Izaan POV
Kaki terus melangkah keluar mengheret troli yang telah ku isikan dengan bahan mentah.. Terasa nak memasak.. Lama dah tak turun ke dapur..
Tiba di petak parking ku terdengar perbicaraan sorang lelaki sorang kanak2 dan sorang wanita.. Macam bergaduh.. Mungkinlah.. Entah apa yang menarik perhatian ku.. Aku terus merenung mereka.. Lebih kepada budak lelaki tu.. Dia tertunduk sedih..
Wanita : " maaf encik anak saya tak sengaja.."
Lelaki : " Maaf2... Kau ni reti jaga anak ke tak? Ni baju aku kotor kena aiskrim anak kau ni macam mana.. Aku dah la ada meeting lepas ni..."
Wanita : " Saya bayar ganti rugi untuk baju encik ye.. Maafkan saya.."
Lelaki :" are you kidding me? Kau mampu ke?"
Allah berlagaknya.. Aku tak mampu melihat lagi.. Perlahan kaki mendekati..
Izaan :" Maaflah mencelah.. Bukan apa saya terdengar pertengkaran korang tadi.. Saudara, maafkan budak ni.. Dia tak sengaja.. Apa yang budak kecik ni tahu.. "
Lelaki :" Excuse me kau ni sape? Tetiba datang terus nak sound orang.."
Izaan : " saya bukan nak bahasakan saudara.. Macam ni lah.. Anggap je saya minta maaf bagi pihak budak tu.. Saya akan ganti semua ganti rugi atas baju saudara.. "
Lelaki :" Nak jadi hero la ni.. Ok aku nak rm1k untuk baju aku ni sekarang.. Mampu ke? " dengan berlagaknya dia menuturkannya.. Aku hanya mampu tersenyum.. Entah mengapa aku melihat diri aku yang dulu dalam diri dia..
Izaan :" Saya takda cash sekarang.. Check pun takde.. Boleh saya dapatkan no akaun saudara? Saya transfer.. "
Aku memandang wanita bersama budak lelaki kecik di sebelah..
Izaan : " Akak balik la dulu.. Kesian anak akak.. Takpe saya settle semuanya.."
Wanita :" Tapi adik.. "
Izaan :" Takpe kak.. Akak balik je.. Saya niat nak bantu akak... "
Wanita :" Terima kasih dik.. Maafkan anak saya sekali lagi encik.."
Dia pun berlalu.. Kesian bawa barang banyak tak berteman pulak tu.. Hanya anak sebagai peneman..Lelaki tadi asyik melihat perlakuan ku..
Izaan :" So encik, boleh kita settle sekarang?"
Lelaki :" aku tak bagi kau no accounts aku.. Kot2 kau scammer jatuh miskin aku.. Aku nak kau settle by cash.. Ni card aku..aku nak kau settle within this week.. Kalau tak siap kau.."
Izaan : "Jangan risau saudara.. Saya jenis berpegang pada janji.."
Lelaki : "Lantak la janji kau.. Yang aku tahu benda ni settle.."
Dia terus berpaling dan masuk ke dalam kereta audi nya..
Berderum bunyi enjin meninggalkan ruang disitu..
Aku tunduk melihat kad nama tertera..
Tengku Fizral Affieq bin Tengku Farhan
Terdetik dalam hatiku..
Orang tengku2 ni memang sombong bagak ke?Eh lupa aku dulu Sombong nauzubillah jugak.. Hahahhahaa
.................................................................................
Aku beratur berdiri untuk memesan minuman kesukaan ku.. Pagi2 sebelum masuk office aku pasti akan kesini dulu.. Terbayang dah keenakan hazelnut latte kesukaan ku..
Baru je nak melangkah ke hadapan tubuhku dirempuh seseorang. Automatik badanku menjauh namun airnya tetap terkena baju ku..nasib baik air sejuk.. Kalau air panas mahunya melecur..
Aku memandang wajah yang melanggar ku..
Tengku Fizral?
Fizral : " Kau ni lagi.. Pagi2 dah rosakkan mood orang.. Nasib baik kena baju kau.. Padan muka"
Hah? Biar betik takde kata maaf langsung.. Siap cakap padan muka.. Mak ai muka hensem adab fail pun x guna jugak cik abang oi.
Izaan : " Saya minta maaf walaupun salah tu bukan dari saya.. Rasanya tak jatuh martabat kita kalau kita minta maafkan.. Have a nice day encik.."
Lembut je aku bahasakan dia.. Baru aku nak pergi dia menahan lengan ku..
Tengku Fizral : "What did u just said? Selamba badak kau bahasakan aku.. Kau tak kenal aku siapa.."
Aku mengeluh perlahan..
Izaan : "Encik beginilah.. Tak sudah kita gaduh pada hal yang macam ni.. Maaflah kalau kata2 saya ade lukakan hati encik.. Kalau kita duduk diatas permukaan yang tinggi sesekali pandanglah ke bawah agar kita tahu gentarnya pabila jatuh.."
Tengku Fizral : "Duk bahasakan orang.. Blah la kau.."
Dia terus berjalan meninggalkan aku.. Niatku hendak melangkah pergi terhenti pabila terlihat sebuah motosikal kuasa tinggi meluncur laju ketika Tengku Fizral melintas jalan.. Pantas aku berlari menariknya.. Terjatuhlah kami atas tar jalan tu..
Aku memandang wajahnya dengan pandangan bengis..
Izaan : "Kot ye pon sombong sangat, sayangkan jugak nyawa tu.. Ingat nyawa ada refill kat 7e ke? Saya tak kisah la awak nak sombong bongkak tinggi melangit pon tapi jangan sampai takde mata sampai membahayakan nyawa orang lain... Nyawa awak sendiri.. Paham?"
Aku lihat dia terkebil2 memandang wajahku..
Aku dengan geramnya terus berdiri meninggalkannya.. Terhincut kaki aku berjalan dari situ..Bersambung....
YOU ARE READING
Untuk Sekali Lagi ( Special Edition)
RomantikKesinambungan cinta Izaan buat Arash... 4 Tahun berlalu makin mekar cinta dihati dua insan.. Kasih disemai mekar mengharum.. Sayang ditatang seutuhnya... Namun, takdir sekali lagi menyentak sekaligus merebut kebahagian itu... Izaan : " kerana kasih...