Aku dengar suara orang berbual tak jauh dari aku. Eii geram betullah. Ganggu aku nak tidur tau. Aku ni jenis tak boleh dengar suara orang sikit, terus terjaga.
Tapi kali ni aku tak buka mata. Bantal koala kat sebelah diletak rapat ke muka. Dah alang alang terjaga, aku dengar dorang berbual diam diam. Siapa suruh buat aku terjaga.
"So macam mana kau dengan Iris?"
"Macam mana apa. Biasalah hidup seorang crusher. Memang macam ni. Dia tak pernah tahu yang aku suka kat dia"
Wait suara ni. Bukan ke ini suara doktor acah cool semalam. Aku sambung dengar.
"Memanglah sial! Dah kau yang tak confess dekat dia"
"Kau ingat confess ni benda main main ke gile. Tak kena cara malu aku nanti. Mana tahu dia suka orang lain. Tak ke naya aku"
Oh doktor acah cool ni ada crush rupanya. Iris? Macam familiar nama tu. Tapi siapa eh?
"Habis tu tak kan kau nak melepas macam tu je?"
Haah! Betul tu. Dah tahu crush dekat pempuan tu, usahalah. Kau tu lelaki ngek. Doktor pulak tu. Sapa aje tak nak.
"Entahlah bro. Aku rasa dia suka dekat Doktor Ryu"
"Maksud kau doktor Thai jambu tu. Eh kau lagi hensem lah nak dibandingkan dengan dia"
Doktor Ryu asal dari Thailand. Wow mesti hensem kan. Teringin aku nak tengok muka doktor tu.
"Ekhm! Excuse me. I'm not jambu but I'm manly. You guys yang jambu"
Satu suara yang garau menyampuk. Agaknya doktor Ryu kot. Omg teringin aku nak tengok. Tapi aku tak nak kantoi.
"Eh sorrylah Ryu. Kitorang tak bermaksud pun nak cakap macam tu kat kau"
Ha tahu pun. Aku ketawa diam diam. Dasar doktor acah cool.
Tapi lepas tu aku dengar Doktor Ryu sekadar ketawa. Eh tak jadi ke scene pukul pukul. Hmm tak best!
"Aku tahulah. Saje nak test korang tadi. Anyway jomlah dinner sekali"
Dinner? Wait? Tak kan sekarang baru malam kot. Sumpah tadi aku ingat dah pagi. Anjai betul.
"Takpe kau pergilah dinner dengan Seungmin. Kejap lagi aku join. Ada last patient yang perlu aku check up"
Eleh bagitahu jelah tak nak join. Kasi alasan pulak.
Dan selepas itu bantal koala aku ditarik. Eh siapa pulak yang berani ambil bantal kesayangan aku ni. Hawau tul.
"Done curi curi dengar perbualan aku?"
Entah sejak bila doktor acah cool ni berdiri depan aku.
"Ekhm mana ada I curi curi dengar. Tolong sikit. I tak sudilah nak dengar"
Aku cuba berdalih. Mata dilarikan ke arah lain.
"Iyelah tu. You ingat I ni bengap sangat ke tak tahu yang you dah terjaga"
"Dahlah malas nak gaduh dengan you. Sambung tidur lagi bagus"
"Eh hello hello. You ada check up okey"
"Tak nak!"
Aku menjelir lidah. Bantal koala diambil dengan kasar.
"Siapa jadi husband you mesti merana kan"
Aku buka mata semula.
"Kenapa pulak?"
"Yelah ada wife degil macam you"
"Eii suka hati you je cakap I degil"
Aku tak puas hati. Tak pernah lagi tau mana mana doktor cakap aku degil.
"I cakap benda yang I nampak"
Tapi idea baik terus muncul.
"Okey macam ni. Kalau I bagi you buat check up, you kena jawab segala soalan I. Boleh?"
🍃ideabank
YOU ARE READING
ILY DOCTOR | STRAY KIDS HYUNJIN
ChickLit∆ Doktor yang paling annoying yang pernah aku jumpa for the rest of my life!