03

68 4 0
                                    

Hyunjin mengeluh dengan malas. Ada ada aje pesakit dia ni. Perangai tah apa apa. Jadi nak tak dia kena ikut untuk mempercepatkan kerjanya. Matanya cuma nampak makanan dengan katil.

"Hmm yelah. Ape dia?"

Aku senyum sinis. Maka bermula lah misi rahsia aku. Susah jenis yang cepat curious macam aku ni.

"Siapa Iris?"

Dia pandang aku. Aku faham dengan pandangan tu. Dia tengah cakap aku busybody.

Tapi tidak lama selepas itu dia mengeluh perlahan. Dia duduk disebelah aku atau lebih tepat atas katil aku.

"Macam yang you dengar tadi. I crush dekat dia"

Aku juling mata ke atas. Yang tu aku pun tahu.

"I tahu la tapi siapa Iris? Kerja dekat mana? Umur berapa?"

Dia pandang aku lagi.

"Nak cakap I busybody la tu. Eh tolong sikit. I tanya pun sebab I curious. I rasa nama tu familiar"

"Fine. Dia salah seorang doktor dekat hospital ni. And dia baru start kerja kat sini last year"

Aku berfikir seketika. Jadi betul apa yang aku agak.

"I rasa I satu fakulti dengan dia dulu. Dia dulu hot stuff kan? Ke sampai sekarang still hot stuff?"

Hyunjin mengangguk.

"Eh kalau macam tu you ni doktor lah kan?"

Giliran aku kena soal.

"No. I just masuk first year. Second year I berhenti sebab I tak suka. Biasalah kena paksa dengan mummy" cerita aku.

"Rugilah you ni. Dah elok elok masuk bidang tu. Yang pergi keluar tu buat apa"

Aku senyum hambar. Ramai cakap benda yang sama. Tapi dorang tak tahu apa yang aku rasa.

"I just do what I love"

Simple jawapan aku. Sesimple orang yang bercakap.

"You are right. We should do what we love. Not following someone order"

Kali ni aku senyum sebab finally ada orang yang faham dengan aku. Sebelum ni aku cerita dengan orang lain dorang akan bash aku cukup cukup sebab keluar dari urusan kedoktoran. Tapi hari ni lain. Orang sebelah aku faham dan tak bash aku.

"So now you kerja apa?"

"Boutique" jawab aku.

"Okeylah tu dari tak kerja langsung"

Aku cuma mengangguk. Finally ada orang support aku.

"Apa kata biar I yang bantu you dapatkan si Iris tu?"

Aku pandang dia dengan mata yang aku sengaja kelip kelipkan. Biar comel gitu. Hell.

"Tak naklah. I tak suka orang lain masuk campur dalam urusan peribadi I"

Bodohlah kau Ara. Betullah apa yang dia cakap tu. Itu urusan peribadi dia. Asal kau nak masuk campur pulak.

Aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri.

"Tapi kan I rasa dia suka dengan Ryu"

Jauh hati betul bunyinya.

"No you tak boleh judge macam tu. Belum cuba belum tahu"

"Habis tu you nak I buat apa?"

Aku senyum sinis. Dan idea idea mula muncul didalam kepala otak.

🍃ideabank

ILY DOCTOR | STRAY KIDS HYUNJIN Where stories live. Discover now