Feeling🥀

122 10 0
                                    

Setelah selesai makan malam, aku terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat isya' bersama Ira. Setelah selesai solat isya' , aku terus duduk di hujung katil untuk memikirkan sama ada aku nak keluar ke tak.

" Cik kak, termenung apa tu? Ingat kat Hasif ke? " Aku pun tak tahu kenapa Ira lagi suka panggil Aryan tu Hasif. Biar la bukan salah pun kan. " Tak, aku tengah fikir nak pergi luar ke tak. Tadi dia ajak aku duduk luar nak bincang something katanya. "

" Oh pergi je la. Mana tau something important ke? " Jawab Ira tersenyum sinis. Aku pun tak tahu kenapa. " Ye la aku pergi pun sebab kau suruh okay " jawabku mata keatas kebahu ke bawah. Ira hanya gelak.

__________

Sesampainya aku di luar, kelihatan Hasif duduk di bangku memandang ke langit menikmati ciptaan Allah. Hehe aku pun dah terikut panggil dia Hasif.

" Kau nak apa? " Tanyaku. Bak kata orang straight to the point hahaha. Terkejut Hasif dibuatnya. Terus tersenyum Hasif setelah melihat Aisyah. " Saja aku nak sembang ngan kau. Dulu kau selalu ejek aku kan. Sekarang mesti kau terkejut aku dah handsome kan." Katanya tersenyum sinis.

" P.E.R.A.S.A.N " kataku. Walaupun memang ada sedikit perasaan terkejut tu. SIKIT je okay. Dia hanya tersenyum dan terus memandang ke langit kembali. Aik? Panggil aku sebab nak tengok langit je ke?

" Kau panggil aku semata-mata nak tengok langit je ke? Kalau macamtu baik aku masuk. Berdosa la berdua-duaan macam ni. " Kataku mahu berdiri setelah lama melihat Hasif diam. Aryan terus tarik lengan baju Aisyah yang berlapik. Pantas Aisyah menarik kembali tangannya. " Ish! Berdosalah ! " kataku. Marah.

_________

ARYAN HASIF

"Kau panggil aku semata-mata nak tengok langit je ke? Kalau macamtu baik aku masuk. Berdosa la berdua-duaan macam ni. " kata Aisyah. Aku menarik lengan bajunya yang berlapik. Sejahat-jahat aku, aku tau berdosa pegang yang bukan mahram. Tapi pantas Aisyah menarik kembali tangannya. Kelihatan wajahnya marah lantas mengatakan bahawa perbuatan aku tadi itu salah.

" Okay okay sorry. Aku nak cakap ngan kau ni. Duduklah. Sekejap je. " kataku. Lembut. Dia akur. Dia duduk sedikit berjauhan dengan aku bagi memastikan ada ruang antara kami.

" Cakap. " Katanya tegas. Alamak aku dah takut dah ni. Aduhai. Ye aku suka Aisyah. Dari dulu lagi. Aku nak confess kat dia. Tapi kalau dia tolak macam mana? Alah bantai je la.

" A-aku sebenarnya....... " kataku. Haih gementar betul. " Aku apa ! " Kata Aisyah. Tegas. 'Uish garangnya la dia ni' kataku dalam hati.

" Aku sebenarnya suka kau " kataku pantas. " Apa kau kata tadi? Cakap sekali lagi? " Dia bertanya walaupun aku tahu dia dengar semuanya.

" Aku cakap aku suka kau. Aku suka kau Aisyah Amira. Aku suka kau dari dulu lagi. Aku ubah penampilan aku sebab aku nak ambil hati kau. Aku harap kau boleh terima aku. Aisyah. Please. " kataku menundukkan mukaku. Malu. Takut kecewa. Aku dengar keluhannya.

" Aku minta maaf Hasif. Aku jujur dulu aku pernah suka kau. Tapi tu dulu. Aku nak belajar, banggakan mak aku, ayah aku, adik-adik aku. Kalau boleh aku taknak ada hubungan yang tak halal. Kau percaya pada ketentuan Allah tak? " jawabnya. Aku hanya mengangguk lemah. Aku tau aku jahat tapi aku still solat dan percaya pada Allah.

" Kalau kau percaya pada ketentuan Allah, kita ni, kalau dah jodoh, takkan kemana. Kau percaya la pada ketentuan Allah. Kalau ada rezeki, panjang umur kita, lepas aku habis belajar, dah berkerja, kalau betul kau jodoh aku kita pasti akan disatukan oleh Allah. Sementara tu, kita sama-sama ubah diri kita lebih dekatkan diri pada Allah. Aku bukan hanya mahu mencari suami. Tapi juga ayah dan pemimpin yang baik untuk keluarga aku di masabhadapan. Aku nak cari lelaki yang boleh pimpin aku ke syurga. Maafkan aku ya " katanya. Lembut. Seraya itu, dia bangun dan meninggalkan aku seorang diri.

Tak mengapa Aisyah aku faham. Kau masih sekolah. Insyaa Allah. Aku tunggu kau. Sementara itu aku akan dengar nasihat kau. Dekatkan diri pada Allah. Insyaa Allah. Doakan aku.

♡♡♡♡♡

Another chapter korang !! Sorry kalau typo, pendek. Another chapter coming later okay !

S T A Y ♡ T U N E

Suamiku, SepupukuWhere stories live. Discover now