SAHABAT 🥺

217 11 1
                                    

"Aisyah, Umi pergi dulu ya. Belajar rajin-rajin tau." kata Hajah Azah. Melihat anak perempuannya mengalirkan air mata, dia pergi ke anaknya untuk peluk dan mencium lembut dahinya.

" Aisyah, ingat pesan Umi ni. Aisyah pergi belajar, menuntut ilmu tau. Besar ganjaran pahalanya. " kata uminya dengan tenang. " Baik Umi. Insyaa Allah Aisyah ingat. Umi doakan Aisyah tau. Hati-hati. Nanti ada masa Aisyah call Umi." Hajjah Azah hanya senyum memandang anaknya. " Insyaa Allah Aisyah. Umi pergi dulu. Assalamualaikum mak, kak long, Aisyah. "

Nama saya, Aisyah Amira. Panggil Aisyah jela ya. Aisyah kena duduk kat kampung dengan nenek sebab Aisyah belajar dekat kelantan. Umi balik ke rumah kerana Abi ada kerja esok. Umi pun bukanlah seorang suri rumah sepenuh masa. Umi merupakan seorang guru sekolah rendah.

'Haih bosan la. Nak call Ira la. Dia jauh kat negeri lain. Tapi dekat ngan Umi. Maklumla dulu sekolah rendah kami sama sekolah hehe ' sebelum sempat Aisyah ingin menelefon sahabatnya namun sahabatnya terlebih dahulu menelefoninya dahulu. ' haih sahabat aku ni baru nak call dia dah call dahulu hahaha' dengan segera Aisyah menekan butang hijau untuk menjawab.

" Assalamualaikum MIRA !! " kata shabatnya di hujung talian.

" Waalaikumsalam ish kau ni Ira, buat terkejut aku je ! " kataku lalu mengusap dada tanda terkejut. Iman Insyirah itulah sahabatku sejak dibangku sekolah lagi. Kami sangat rapat tapi terpisah kerana kami berlainan sekolah menengah. Dia ke sekolah akedemik manakala aku lebih minat untuk ke sekolah agama. Namun jika berkesempatan, kami sering berbual melalui telefon pintar. Tapi Alhamdulillah walaupun dia pergi ke sekolah akedemik namun minat dia terhadap mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Dia juga seorang penghafaz alquran seperti aku. Kami sudah berusia 16 tahun pada tahun ini. Alhamdulillah.

" Hehe. Kau ngan siapa kat rumah. Nenek kau ada? " tanyanya kepadaku." Takde. Nenek takde kat rumah dia pergi keluar" jawabku dengan tenang tidak memikir kenapa dia bertanya sedemikian.

" Oh okay ! Nenek kau suka makan buah tak? " tanyanya. " Suka ! Dia suka makan anggur. Kenapa kau tanya?" jawabku lagi.

" Saja je okay la bye terima kasih. Assalamualaikum " Aisyah menjawab salam sahabatnya lalu mematikan panggilan.

'haih ingat nak sembang. Takpela ada hal kot aku nak masak nasi goreng la lapar pulak' desis hati Aisyah. Gemok juga la si Aisyah ni tadi dah makan ni makan lagi hahaha.

__________

Sedang sebok Aisyah makan sambil main telefon pintarnya ada orang mengetuk pintu rumah.

' nenek dah balik kot .'

Selepas sahaja dia buka pintu,

" SUPRISE !! "

__________

" Kau ni Ira datang taknak bagitau, kalau tak boleh aku masakkan apa-apa. " kataku. " Saja nak buat suprise la kononya hahaha "

" Ni kau datang ngan siapa? Tak nampak pun mak kau ke adik kau ke. " tanyaku pelik. " Aku datang ngan mak aku tapi dia gi rumah kawan dia nanti dia datang la kot. " aku hanya mengangguk dengan jawapannya.

" Assalamualaikum " seseorang memberi salam lalu masuk kedalam rumah. Iman cepat berdiri lalu menyalami tangan nenek Aisyah.

" Assalamualaikum nenek. Nenek sihat? Nenek ingat Iman tak? hehe" tanya Iman bergurau. " Waalaikumsalam. Mestilah nenek ingat. Kamu Iman Insyirah kan. Kawan Aisyah kan. Dulu pernah datang sini. Lagipun ibu kamu dah bagitau nenek " Iman hanya tersenyum menampak barisan gigi putihnya. Macam iklan gigi pulak sudahnya.

" Assalamualaikum " ada orang memberi salam di pintu. ' uish ramai betul datang rumah harini. Aip tak baik la Aisyah. Tetamu tu ' sempat dia berkata dalam hati sambil berjalan ke arah pintu untuk melihat siapakah yang datang.

" Eh makcik ! Waalaikumsalam. Masuklah. Nenek, ibu Iman dah sampai. " jeritku lembut. " Ha ajak la dia masuk. " kata nenekku. Aku pun menjemput ibu Iman untuk masuk lalu bersalam dengannya. Ibu Iman masuk ke rumah lalu bersalam dengan nenek dan berlaga pipi hahaha. Seorang lelaki dan seorang budak perempuan mengekori ibu Iman.

'oh mungkin itu abang Iman. Tak pernah aku lihat sebelum ini. Budak itu sudah ku kenali. Adik Iman. Sofia. Sofia Imani. Dia seorang yang peramah dan periang. Hehe'

Selepas bersalaman dengan ibu Ira, aku berlalu pergi ke dapur untuk membuat air.

__________

Sedang mereka sebok bersembang, Ira mengajak aku untuk naik motor. Aku ada moto, tapi tak reti bawak. Taknak lah takut je. Hehe. Aku pun meminta keizinan nenek sama dengan iman lalu kami pergi menaiki motor. Aku hanya membonceng motor di belakang. Kami pusimg satu kampung.

" Ira kau balik bila? Kau kan sekolah. " tanyaku. " Secret. " aku menjelingkan mataku. Dia hanya tergelak melihat reaksi aku😂

__________

Sesampai di rumah kelihatan ibu Iman sudah hendak pulang ke rumah. Yela esok dah start sekolah untuk tahun baru. Tahun 2018. Mira pun pergi peluk sahabatnya.

" Yang kau tiba-tiba peluk aku ni kenapa? Hahahaha" tanya Ira. " Yela kau kan dah nak balik. " jawabku. " Bila masa aku nak balik?" jawab iman tersenyum sinis.

Ha sudah apa benda la minah ni tersenyum-senyum gitu. " Aku tak balik. Mak aku yang balik. " jawabnya ringkas. Aku pelik.

" Okay lah kakak. Ibu balik dulu. Baik-baik kat sini jangan nakal-nakal. Dengar cakap nenek Aisyah. Belajar rajin-rajin tau. Makcik, terima kasih sudi jaga anak saya ni. Kalau dia nakal tarik je telinga dia nak rotan pun takpe saya tak kisah hahaha" kata ibu. Ira mencebik. Nenek Aisyah tersenyum.

" Takpe tak susah pun. Iman pun dah besar dah. " lalu tersenyum.
" Okayla saya gerak dulu ya." Ibu Iman berkata. Sempat Iman menyalami abangnya dan memeluk adik dan ibunya.

" Bye abang jangan nakal-nakal hahahaha jaga ibu ngan adik elok-elok tau " dia tergelak. Abangnya menjeling. " Ha ye la bye abang gerak dulu. Assalamualaikum semua. "

" Bye !! " lambai iman.

Setelah kereta ibunya berlalu pergi neneknya terlebih dahulu masuk ke bilik untuk berehat.

" Explain please. " kataku

♡♡♡♡

Hai korang ! First chapter? Best tak? Takpe lepas ni lagi best hehe♡ Jangan lupa vote, comment and share tau ! Thank you❤️🥰

S T A Y ♡ T U N E

Suamiku, SepupukuWhere stories live. Discover now