Jam loceng yang sedang berbunyi lantas ku matikan. Aku bangun dari katil dalam keadaan yang mamai untuk menuju ke bilik air. Beberapa minit kemudian aku keluar dari bilik air lalu memakai baju seragam sekolah yang digantungkan di almari ku. Lalu aku mengikat rambutku kepada ponytail dan menuju ke dapur untuk bersarapan.
Setelah selesai bersarapan, aku memakai kasut ku lalu mengunci pintu rumah. Bimbang jika diceroboh oleh seseorang. Beg sekolah disandang oleh ku.
Aku hanya berjalan kaki ke sekolah kerana Sakura Akademi hanya terletak sekangkang kera dari kawasan kejiranan ku. Aku hairan kerana tiada pelajar kelihatan yang sedang berjalan menuju ke sekolah.
"Hari ini cuti kah?" kata ku sendiri.
Aku melirik ke arah jam di tangan ku. Sudah pukul 7: 55 pagi! Aku sudah terlambat rupanya! Pelajaran akan dimulakan tepat pada pukul 8 pagi. Ya, aku masih sempat! Aku berlari sekuat hati menuju ke arah pagar sekolah yang hampir ditutup.
Berjaya! Aku sempat masuk ke dalam kawasan sekolah sebelum pagar ditutup. Aku segera berjalan menuju ke entrance sekolah untuk mengganti kasut ku.
"Tu...tunggu!" panggil seseorang.
Aku hairan. Aku segera menoleh ke belakang mencari dari manakah suara itu datang. Kelihatan seorang lelaki berambut hitam dan berbadan sasa sedang tercungap-cungap memanggilnya.
"Tunggu saya!" panggil lelaki itu.
"Kau cakap dengan saya kah?" tanya ku.
"Ya... Saya cakap dengan kau", jawab lelaki itu. Dia berhenti di sebelah ku. Nafasnya tercungap-cungap kepenatan.
"Kenapa kau panggil saya? Saya ada buat apa-apa yang salah kah?" tanya ku. Sebarang ekspresi tidak ditunjukkan di wajahku.
"Eh, taklah. Sebenarnya saya nak minta tolong ni... Boleh tak tolong tunjuk kat mana pejabat pengetua sekolah ni? Aku ni pelajar baru", kata lelaki itu.
"Sure. Follow me", kata ku selamba.
Aku membawa lelaki itu ke pejabat pengetua. Aku mengetuk pintu sebelum masuk.
Tok...tok...tok..
"Masuk!" kata seorang lelaki.
Aku mulas tombol pintu untuk membukanya.
"Maaf mengganggu tuan pengetua", kata ku. Hormat.
"Oh! Rin... Kenapa kau tiba-tiba datang nak jumpa saya ni? Bukankah kelas kau dah bermula?" tanya pengetua.
"Saya sebenarnya cuma tunjukkan pelajar baru ni jalan", jawab ku.
"Oh! Terima kasih sebab membantu", puji pengetua itu. "Nama kamu siapa wahai anak muda?" tanya pengetua kepada pelajar lelaki itu.
"Nama saya Akabane Kenta", jawab pelajar lelaki itu.
"Saya Akimoto Teeriya. Pengetua sekolah ni", kata pengetua itu.
"Eh, kalau dah tak da apa-apa, saya nak minta diri dulu lah, pengetua. Kelas saya dah mula", kata ku.
"Eh, tunggu dulu Rin. Kau kena berikan tour kepada pelajar baru kita ni", kata pengetua.
"...", Aku membisu.
"Jangan risau. Saya akan inform pada guru kelas kau yang kau akan masuk kelas lambat sikit sebab nak beri tour pada pelajar baru kita", beritahu pengetua.
"...baiklah", ucap ku. Wajahku langsung tidak mengukir sebarang senyuman.
"Bagus. Oh, and... Encik Akabane, ini schedule, nombor loker dan kelas awak. Okay, itu sahaja. Kamu berdua boleh keluar", kata pengetua itu.
YOU ARE READING
Rin's Stories
Fantasy"Jangan tinggalkan aku... Jangan rampas senpai daripada aku..." Cecair merah menitis dari pisau kepunyaan ku... "Haha, kau takkan boleh rampas senpai daripada aku lagi... Hahahahahaha!" Aku mengheret mayat gadis itu. Lalu mengerat tubuhnya kepada be...