|3| The Voices in My Head

2 1 0
                                    

Jam loceng lantas ku matikan. Seperti biasa aku memulakan rutin harian ku iaitu menyegarkan diri bersiram di bilik mandi. Kebetulan hari ini hari Sabtu. Selepas aku selesai menyegarkan diri, aku bersiap untuk pergi ke tempat kerja ku. Aku mengenakan baju T berwarna purple dengan seluar  slack hitam. Pakaian ringkas namun kemas itu gaya ku.

Aku kemudian berjalan kaki ke tempat kerjaku, iaitu Saki's Otaku Cafe. Cafe itu hanya terletak beberapa meter dari tepat tinggal ku. Almaklumlah, aku kena cari duit untuk sara kehidupan aku.

Setibanya aku di cafe tersebut, aku segera menukar pakaian ku kepada pakaian 'maid' lalu melakonkan 'watak' yang diberikan oleh pengurus kedai.

'Kenapa pengurus bagi aku watak ni...', rungut ku dalam hati. 'Lantaklah, apa nak jadi pun jadilah. Asalkan pengurus bayar gaji aku'.

"Eh, Rin! Bila masa kau sampai?", tanya seorang gadis berambut jingga. Dia melakonkan watak sebagai seorang Tsundere.

"Kau rupanya Ammy. Ya, saya baru ja sampai", jawab ku. "Ok, saya nak buat kerja dulu, nanti pengurus maki saya pula", kata ku sambil berlalu pergi.

"Oh, okay. Saya pun nak pegi kerja ni", kata Ammy. Dia menyusuli aku yang keluar dari bilik persalinan wanita.

Aku mula berkerja. Aku melayan para pelanggan dengan 'watak' yang telah diberikan kepada ku.

"Ohayo! Onii-Chan!", sapa ku kepada beberapa orang pelanggan lelaki yang masuk ke cafe.

"So kawaii", ucap pelanggan lelaki tersebut.

'Huh, what?' bisik ku.

"Onii-Chan! Pesanlah chiffon cake ni, Rin pasti Onii-Chan akan terpesona dengan kesedapan cake ni", kata ku. Senyuman palsu terukir di wajah ku.

"Oh, ye ke? Hmm, baiklah! Bagi saya chiffon cake dua!", kata pelanggan lelaki itu.

"Mhm! Nice choice, Onii-Chan!", ucap ku. Aku pergi menghantar pesanan makanan ke tukang masak, Satou.

Dan, macam tu lah kerja yang aku lakukan setiap hari. Aku terpaksa memainkan 'watak' yang aku sendiri tidak faham.  Mereka kelihatan gembira tapi aku tidak merasakan apa-apa.

"Eh?" kata ku. Hairan. 'Kenta? Dia dengan siapa tu?'

Aku melihat Kenta bersama dengan seorang gadis berambut pendek. Boleh dikatakan gadis itu cantik juga.

'...mereka berdua kelihatan mesra', bisik ku.

Suatu perasaan dapat aku rasakan. Aku tidak tahu apa perasaan itu tapi aku rasa sakit di bahagian hati. Adakah itu yang dinamakan sakit hati?

Hati ku bertambah sakit apabila gadis itu berpaut pada tangan Kenta.

"G-gomene, Onii-Chan!" ucap ku kepada pelanggan itu lalu aku segera menuju ke tandas. Menyampah melihat mereka berdua gembira.

Aku masuk ke dalam tandas. Hanya aku dan diriku yang berada di dalam tandas itu.

.......
...
.

"Aku benci! Benci! Benci! Aku tidak suka perasaan ini! Aku tidak suka mereka bersama! Aku benci!" kata ku sendiri.

"Kenta...Kau lah orang yang buat hati aku merasa sesuatu... Aku masih mahu merasakan perasaan itu, perasaan yang membuat hati aku berdegup kencang. Aku mahu perasaan itu kekal, aku mahu..aku.. mahu", kata ku sendiri.

Aku merenung pantulan diriku di cermin. Air mata yang hangat sedang mengalir diri mataku.

"Huh, apa ni?", soal ku. Aku menyentuh wajahku, mengesat air mata tersebut.

"Itulah perasaan sedih... Air yang mengalir dari mata kau tu adalah air mata, kau hanya akan rasa sedih jika seseorang menyakiti hati kau..."

Rin's StoriesWhere stories live. Discover now