KASIH MAHDEYA...
Nama itu kerap kali timbul dalam fikirannya. Rindu, tetapi apa kan daya masa tak akan kembali.
Menyesal? Mungkin. Waktu itu mereka berdua masih belum matang. Jika dapat diputarkan balik masa..
"Wan.." suara lembut menyentak Ezwan daripada lamunannya.
"Ye bu, kenapa? Ada nak suruh Wan beli barang dapur ke?"
"Taklah, ibu nak tanya Nana datang sini tak minggu ni?"
Nana atau Najla Safiyya, anak kandungnya, muka persis ibunya. Cantik. Warna mata yang menawan menyerlahkan lagi kecantikkannya.
Bagi Ezwan, mata ibu Najla yang paling cantik di dunia. Dia terpikat kepada ibu Najla kerana mata itu. Mata yang berwarna coklat cair dan sering bersinar.
Kali terakhir dia melihat ibu mama Najla bersinar adalah sewaktu mereka masih bahagia bersama. Selepas itu mata itu hanya penuh dengan duka..
"Wan..Wan!" Suara ibu Ezwan membuatkan dia tersedar.
"Haih berangan lagilah dia ni."
"Hehe sorry ibu... Najla balik minggu ni, sebab mama dia OT hujung minggu nanti." Tersengih dia menjawab ibunya.
Malu la ibu nampak aku berangan tadi.
"Haih cepatlah hujung minggu rindu tok dengan Najla" keluh ibu Ezwan.
"Maaf ibu.." rasa bersalah kerana ibunya tidak dapat meluangkan masa dengan anaknya kerana perpisahan antara dia dan isterinya.
"Tak ada apalah Wan, ibu cakap je.."
bahu Ezwan diusap perlahan. Kesian anak lelakinya ini. Selepas perpisahan antara Ezwan dan isterinya. Anaknya ini kadang-kadang termenung mungkin terkenangkan isterinya.Ezwan selalu senyum untuk menyembunyikan kesedihannya. Tetapi ibu Ezwan ini sudah bersama Ezwan selama 26 tahun. Sudah tentu dia faham anaknya. Dia berharap agar mereka dapat berbincang dan berbaik semula demi kebahagiaan bersama.
...
BUNYI nada dering telefon pintar menyedarkan Ezwan daripada tidur. Erwan yang memang tidak pernah lena sejak berpisah terus mencapai telefon pintarnya di meja tepi katil.
Mahdeya?
Terus dia menjawab panggilan tersebut apabila melihat nama itu.
"Assalamualaikum Wan.." suara lembut itu menyapa.
"Wa-waalaikumusalam.." aih..janganlah gugup sangat. Malu la..
Ezwan berdehem sebelum menyambung ayat.
"Kenapa Deya?"
" Er.. sebenarnya Deya nak minta tolong.."
"Apa dia?" Kening Ezwan dijungkit walaupun dia tahu Mahdeya tidak boleh nampak.
"Er.. bos saya suruh saya pergi outstation esok. Jadi, saya nak hantar Nana pergi rumah awak boleh?"
"Mestilah boleh, lagi pun Nana anak saya"
"Oh..ok itu je saya nak minta.." Mahdeya terdiam sebentar. Kekok pula perbualan ini. Selepas mereka berpisah, mereka hanya menggunakan whatsapp untuk berhubung. Tidak pernah lagi mereka bercakap depan-depan seperti ini. Paling kurang pun Mahdeya cakap terima kasih.
Itu pun bila Mahdeya mengambil anaknya daripada rumah bekas ibu mentuanya.
"Terima kasih.." Mahdeya sambung lagi. Dia ingin menamatkan perbualan ini.
"Eh kejap! Deya.." Ezwan hampir menjerit.
"Iy-iya..?" Kali ini Mahdeya pula gagap.
"Er...er.." lama Mahdeya tunggu Ezwan menjawab.
"Kenapa Wan?"
"Eh tak apalah, hm.. jumpa esok. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam"
Selepas salam itu terjawab, cepat-cepat Ezwan mematikan panggilan. Haih kau ni apahal Ezwan duk gugup dari tadi.
Tiba-tiba hatinya berasa sedikit gembira, entah mengapa...
BERSAMBUNG.
YOU ARE READING
Kasih Mahdeya
Short Story"Cerita tentang dua hati yang bercantum semula." Hello! Ini adalah cerpen pertama saya setelah lama berdiam diri hehe :) Selamat membaca! - @zezenoone Start : 2/8/20