DARI lepas sembahyang subuh sampai jarum jam terpacak di angka 9 Erwan tunggu mereka.
"Eh Wan tak pergi kerja lagi?" Pelik ibu Erwan, Puan Khairiah. Selalunya anak dia ni dah pergi kerja pada waktu ini.
"Belum lagi ibu, nanti tiada siapa sambut Nana" jawab Ezwan.
"Aik Wan, ibukan boleh sambut" berkerut dahi Puan Khairiah. Dah kenapa budak ni.
"A-a tak saja, rindu dengan Nana"
Puan Khairiah tersenyum nakal, oh.. rindu anak ke rindu maknya.
"Cakap jela Wan rindu Deya"
Ezwan terkejut dia memandang senyuman nakal ibunya.
"Ehh apa ibu ni! Kita orangkan dah together!" Bulat mata Ezwan menolak pernyataan itu.
"Eleh, macam ibu tak tahu. Dahlah pergi la kerja nanti ibu sambut"
Nak taknak Ezwan kena gerak la sekarang hm...
Tertunduk sedikit wajah Ezwan.
"Eh Wan!" Jerit Puan Khairiah.
"Together can be forever tawwww!"
Terbeliak mata si Ezwan. Dah kenapa emak dia ni. Ni mesti belajar daripada sosial media. Takleh jadi ni nanti ibu terpengaruh dengan onti bawang! Seram.
...
BARU sahaja Ezwan berura-ura untuk pergi kerja. Loceng rumah berbunyi.
Dengan pantas matanya melirik ke arah pintu masuk. Puan Khairiah membuka pintu tersebut.
"SUPRISE!" dengar saja bunyi jeritan itu, bahu Ezwan yang tegang terus mengendur. Lupa pula angah balik hari ini.
"Aik.. abang Wan macam kecewa je orang balik" Maisarah adik perempuan Ezwan.
Cepat-cepat Ezwan membetulkan raut wajahnya. "Mana ada kecewa. Along memang tunggu dari tadi"
"Yeye je tunggu Mai. Tunggu bekas bini dia adalah" Terbeliak mata Ezwan aduh ibu ni..
"Choi! Abang masih tak dapat lupakan Kak D-" kata-kata Maisarah terputus.
"Assalamualaikum" suara lembut menyapa telinga mereka.
Terkaku sebentar Ezwan.
"Waalaikumsalam, Deya! Haaaa cucu tok dah sampai!" Suara Puan Khairiah menyentak Ezwan daripada mengkaku.
"Tok! Mangah! Babah!" Anaknya, Nana berlari kearahnya lalu memeluk kakinya.
"Hai baby babah" Ezwan terus mendukung anaknya itu dan mencium pipinya.
"Dengar cerita, Deya pergi outstation? Kat mana tu. Bila baliknya?" Puan Khairiah membuka perbualan.
"Aah, dekat Ipoh bu. Deya balik minggu depan."
Ezwan hanya berdiam diri.
"Eh Wan, pergilah kerja dah lambat sangat ni nanti kang balik lambat" mentang-mentang itu syarikat dia sendiri ikut kepala je nak masuk keluar bila-bila.
"Haa yelah"
"Alang-alang tu teman Kak Deya pergi kereta" Maisarah bersuara. Muka memberikan riak nakal kepada Ezwan.
Budak ni la... Ezwan membesarkan matanya sedikit kepada Maisarah.
"Eh-eh tak apa, akak okay je. Lagipun depan ini je"
Mata Ezwan melirik ke arah Mahdeya.
ZAP!
Berdegup-degup pula jantung ni.
Pipi Mahdeya berubah sedikit merah apabila Ezwan tidak lepas memandangnya.
"Eh Wan! Galak nampak!" Dush!
Pandangan mereka terus dialihkan.
Hak alah ibu ni kacau betullah!, Maisarah menepuk dahinya.
BERSAMBUNG.
YOU ARE READING
Kasih Mahdeya
Short Story"Cerita tentang dua hati yang bercantum semula." Hello! Ini adalah cerpen pertama saya setelah lama berdiam diri hehe :) Selamat membaca! - @zezenoone Start : 2/8/20