Bab 2

2.7K 162 1
                                    

Youngji★★

"Esok kamu dah nak kahwin.Jadi,malam ni kamu tidur awal,tau? Satu lagi omma nak pesan,tunjuk ayu sikit depan orang ramai.Jangan nampak ganas," Pesan omma yang kali ke-10."Saya tahulah.Penat dah Youngji dengar," Jawab aku."Dah,pergi tidur," Kata omma.Aku hanya menurut.

Keesokan harinya★

Aku termenung di meja makan,teringat tentang kucupan oleh Chen semasa dikahwinkan tadi.Malu gila,dah adat perkahwinan macam tu.Pengantin kena bercium,nak buat macam mana? Tapi,bukannya betul-betul pun.Dekatkan bibir,je.Huhuhu.."Kenapa tak makan ni?" Soal ommaku."Ha? Hurm..Youngji tak lapar," Jawab aku."Huhh..appa dah belikan rumah untuk korang.Esok bolehlah pergi tengok.Lusa..pindah,ok?" Kata appaku pula."Macam nak halau,je," Balasku.Appaku mula ketawa."Bukan nak halau.Kamu kan dah ada suami.Tak bolehlah tinggal dengan omma appa lagi.Kamu dah ada kehidupan sendiri," Kata appa.Aku mengangguk."App..appa,cepatnya appa belikan rumah," Sampuk Chen."Appa dah beli minggu lepas lagi," Jawab appaku selamba."Tak apalah.Youngji tidur dulu," Kata aku kemudian terus menuju le bilik.Baru sahaja ingin melangkah tangga,omma memanggil."Chen dah siap makan ni.Bawa dia sekali," Kata omma.Aku mengeluh kemudian kembali ke meja makan,menarik tangan Chen."Jomlah.Ke kau nak aku tolong angkat kau?" Soal aku.Chan menggeleng.Alahai...tak ada rasa nak menjawab langsungkah? Sampai sahaja di dalam bilik,Chen terus berlari dan terjun ke atas katil aku."Hoii! Turun! Siapa suruh kau tidur atas katil aku? Kau tidur kat bawahlah!" Arah aku kepada Chen."Tak reti nak hormat suamikah?" Soal Chen.Aku mengepal penumbuk."Depan omma dan appa,kau pendiam je.Rupanya,teruk!" Kata aku."Sekurang-kurangnya aku tak gangster," Chen menjawab lagi."Kau jangan nak bermaharajalela,eh? Selagi kau hidup dengan aku,aku tak akan biarkan kau bahagia," Kata aku,tak ubah seperti watak jahat dalam drama."Kau tau tak? Bibir kau masinlah," Kata Chen.Aku mula teringat dengan ciuman."Heii! Jangan nak pandai-pandai! Bukannya...cium betul-betul pun," Kata aku sambil berpeluk tubuh."Hahaha..main gunting-batu-kertas,nak?" Kita tengok,siapa yamg kena tidur bawah," Kata Chen.Aku ni ratu permainan tu tau? Dia tak tahukah? "Yakin? Kalau kau kalah,aku bukan setakat suruh kau tidur bawah,je.Tapi,aku buang semua buku-buku rujukan kau," Kata aku.Chen menggigit bibir."Tak apalah.Aku tidur bawah," Kata Chen,mengalah.Sedang seronok aku ketawa,Chen menguap dan menggeliat.Tangannya terkena dahi aku."Chen! Kau gila! Sakitlah" Jerit aku.Kemudian,aku terdengar bisikan di sebalik pintu.Aku tak rasa yang orang di luar tu berbisik sebab pintu bilik aku ditutup rapat,tetapi suara mereka masih dapat didengar.

"Awak janganlah kacau diorang,"

"Saya tak kacaupunlah,"

Itulah antara bisikan yang aku dengar.Haiihh..omma dan appa akulah tu.Ini semua salah Chen.Aku dan Chen memandang antara satu sama lain."Kau punya pasallah ni! Diorang dah salah faham!" Aku memarahi Chen kemudian menolak kepalanya."Kau tu yang menjerit apahal?" Balas Chen pula.Aku terus menolaknya sehingga jatuh dari katil.Aku membaling dua biji bantal kepadanya."Tidur! Jangan bunyi suara pun!" Pesan aku kepada Chen."Sebelum aku senyap,kata-kata terakhir daripada aku adalah..Selamat malam bini tersayang,harap kau boleh jadi macam isteri orang lain yang lemah lembut,hormat suami dan romantik," Kata Chen.Aku menarik selimut lalu berpura-pura berdengkur.

Chen★★

Jam loceng aku dah berbunyi.Bermakna,aku perlu bersiap-siap untuk ke sekolah.Tapi,kenapa rasa berat sangat tubuh aku ni? Aku membuka mata,rupa-rupanya,kaki Youngji berada di atas perut aku.Macam mana dia boleh tidur di bawah? Kalau macam tu,baik aku yang tidur atas katil semalam."Wooii..kaki kau beratlah," Kata aku sambil menolak kaki Youngji.Tiba-tiba,tangannya mendarat di atas dada aku."Agak-agaklah.Pagi-pagi buta lagi dah buli aku?" Kata aku lagi.Aku menggoncang tubuh Youngji.Akhirnya,mata dia terbuka."Aku kat mana ni?" Soalnya.Aku ternganga."Kau sekarang ni..berada di alam fantasi.Bangunlah,tuan puteri," Jawab aku.Mata Youngji membulat."Kau! Byuntaelah kau ni! Kenapa tarik aku tidur bawah?" Soal Youngji.Hati aku dah panas ni.Sesuka hati dia tuduh aku."Woii,kaki gajah! Kau tu yang terjun turun bawah,kan? Kau jangan sesuka hati pula nak tuduh aku!" Balas aku."Kau ni nampak je nerd.Tapi,huhhh...," Jawab Youngji."Nak 'huhh' 'huhh' pun,bangunlah dulu! Rimaslah!" Kata aku.Youngji terus berdiri."Dah! Kau pergi mandi tandas kat bawah.Aku nak guna yang ni sebab ni bilik aku," Kata Youngji."Nanti kalau omma dan appa tanya,aku nak jawab apa?" Soal aku.Youngji memejamkan matanya.Mungkin menyumpah aku dalam hati."Kau tunggu aku siap mandi dulu.Kau keluar sekejap," Katanya lagi.Apalah yang tak cerdik sangat dia ni."Kalau appa dan omma tanya apa aku buat kat luar,aku nak jawab apa? Lagipun,kenapa suruh aku keluar? Aku ni bukan macam peminat-peminat kau kat sekolah! Gatal! Tak inginlah nak mengintai kau," Jawab aku.Youngji terus mengambil tuala dan masuk ke tandas tetapi sebelum itu,sempat dia memberi amaran."Siaplah kau,Kim Jong Dae! Aku akan pastikan kau merana," Katanya.Tak habis-habis dengan ayat jahat dia tu.

Maaf kalau ada bahagian yang korang tak faham.Saya tak buat masa kahwin..saya tak tahu nak cerita macam mana..huhuhu..

Budak Nerd Tu Suami Akukah?!Where stories live. Discover now