Bab 3

2.5K 152 3
                                    

Youngji★★

Aduhh..tak pasal-pasal kena pergi sekolah dengan nerd hari ni.Appa punya pasallah ni.Aku ingat,dia tak pandai bawa kereta.Pandai rupamya.Kalau tak,bertambah malulah aku.Sampai sahaja di dalam kelas,aku terus join Se Kyung dan Jiyoon mengumpat."Apa topik korang pagi ni?" Soal aku."Aku dengar,ada budak baru masuk sekolah kita hari ni," Jawab Se Kyung."Lelaki ke perempuan?" Soal aku lagi."Lelaki kot," Jawab Jiyoon.Aku bertambah menjadi teruja."Kau tak payah nak teruja sangat.Kau tu dah jadi bini orang," Kata Se Kyung.Aku menolak kepalanya."Kitorang kahwin pun,bukan atas dasar cinta," Jawab aku.Se Kyung dan Jiyoon mengangguk."Lambat betul Mrs.Jae nak masuk.Aku dah tak sabar ni," Kata Jiyoon.Baru sahaja sebut nama cikgu singa tu,dia dah masuk."Selamat pagi,semua.Hari ni,kelas kita ada pelajar baru.Sila masuk," Kata Mrs.Jae.Pelajar-pelajar perempuan sudah mula bersemangat kerana ada khabar angin yamg mengatakan bahawa pelajar baru itu adalah lelaki.Pelajar baru itu melangkah masuk ke dalam kelas dan...huh..perasaan kecewa kami hanya Tuhan saja yang tahu."Annyeonghaseyo,Song Hyura imnida," Kata pelajar baru itu.Pelajar-pelajar perempuan mula mengeluh.Aku memandang Chen.Dia langsung tidak memandang pelajar baru itu.Dia hanya fokus terhadap teman wanitanya,buku rujukan."Hyura,saya rasa kamu boleh temankan Chen.Sudah lama dia duduk sorang-sorang.Lagipun,dah tak ada tempat kosong untuk kamu.Kamu duduk di sebelah dia,ya?" Arah Mrs.Jae.Hyura pula mengangguk."Nae?! Songsaengnim!" Bantah Chen."Chen,kamu tu dah tak boleh duduk sorang-sorang.Kepandaian kamu tak akan hilang pun," Kata Mrs.Jae.Chen mengeluh kemudian kembali menghadap bukunya.Hyura pula langsung tidak dipedulikannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

REHAT》

"Chen,kau dah ada kawan.Tahniah.Hahaha," Kata aku sambil menepuk-nepuk bahunya."Kau ni dah kenapa? Kalau orang lain perasan yang kau selalu rehat ngan aku,apa kau nak jawab?" Soal Chen."Perasanlah kau,ni.Aku temankan kau,je.Aku rehat ngan kawan-kawan aku tadi.Kau tak nampak? Kau ingat,aku sanggup nak makan dengan kau?" Balas aku pula.Baru sahaja Chen ingin menyuap roti berinti coklat ke dalam mulutnya,aku terlebih dahulu merampas roti itu dari tangannya."Nampak macam sedap,je.Aku naklah," Kata aku kemudian terus memasukkan roti itu ke dalam mulut.Akibat terlalu syok kenakan Chen,aku tertelan roti itu tanpa mengunyah dengan betul.Aku..tercekik! "Uhukk..uhukk..Chen..uhukk..ai...air," Kata aku,tersekat-sekat."Derhaka lagi kat suami,macam tulah," Jawab Chen.Kemudian menghulurkan sebotol air Pepsi kepada aku.Sedangkan...air mineral pun ada duk berdiri depan mata dia."Air..tu!" Jerit aku sambil menunjukkan ke arah botol air mineral.Chen tergelak kemudian menghulurkan air tersebut kepadaku.Aku merampasnya dengan kasar lalu meneguk air itu dengan bersungguh-sungguh."Ahh..lega aku.Ingatkan dah nak mati tadi," Kata aku.Sekali lagi Chen tergelak."Hahaha..janganlah mati,wei.Payah aku nak cari bini lain," Jawab Chen.Aku menyepak kakinya kemudian memijak-mijaknya pula."Sakit! Kau kena gendong aku balik nanti," Kata Chen.Aku terus meninggalkannya.Tak kuasa nak layan dia lama-lama.

-----------------------------------------------------------------------

Chen★★

Aku buka buku rujukan untuk mengulang kaji memandangkan Mr.Ahn tak hadir hari ni.Tiba-tiba,bahu aku ditepuk."Awak..kita belum berkenalan lagi.Apapun,nama saya Song Hyura.Awak?" Tegur pelajar baru itu.Aku mengangguk kemudian menjawab,"Kim Jong Dae.Tapi,panggil saya Chen," Kata aku.Gadis itu tersenyum."Chen!" Jerit Sungyeol.Aku menoleh ke arah Sungyeol."Nae?" Sungyeol tidak menjawab soalan aku tetapi terus menarik tangan aku dan membawa aku keluar dari kelas."Kau sengaja nak dekati Youngji,kan?" Soalnya sambil menarik kolar baju aku."Aku..tak dekati dialah.Dia tu...yang selalu temankan..aku waktu rehat," Jawab aku dengan tergagap-gagap."Kau ada hati nak tuduh dia pula.Kau jangan harap nak dekati dia.Langsung tak layak.Budak macam aku je yang sesuai dengan dia," Kata Sungyeol lagi."Ya..ya..aku tahu," Jawab aku sambil memejamkan mata."Apapun,tetaplah ada balasannya," Kata Sungyeol lalu menghadiahkan satu tumbukan ke muka aku.Aku rebah ke lantai.Sungyeol pergi meninggalkan aku."Chen?" Kata Youngji yang baru datang dari pejabat bersama Se Kyung dan Jiyoon."Korang masuk kelas dulu," Arah Youngji kepada dua orang sahabatnya.Selepas kelibat Se Kyung dan Jiyoon hilang dari pandangan,Youngji terus datang ke arah aku yang bersandar di dinding."Kau kenapa?" Soal Youngji."Aku kena tumbuk," Jawab aku."Siapa yang tumbuk kau?" "Sungyeol..namchin kau," Youngji merenung wajahku."Aku baru je berhajat nak tumbuk orang tu.Dah kau kata Sungyeol,tak jadilah." Kata Youngji."Kenapa pula? Sebab dia boyfriend kau?" Soal aku."Bukan boyfriend akulah,unta! Bukannya apa..dia tu kawan aku.Tak bolehlah buat macam tu.Huhuhu," Jawab Youngji.Panas dah hati aku ni."Dia kawan kau.Aku ni pula siapa?" Soal aku.Youngji memegang dagunya,seperti berfikir."Entah.Aku tak kenal kau," Jawabnya lagi."Youngji,balik nanti tolong rawat luka aku,eh? Sapukan ubat," Pesan aku.Youngji mula berpeluk tubuh."Kenapa kau tak pergi bilik sakit je sekarang? Nak jugak menyusahkan aku.Dahlah,jom masuk kelas." Kata youngji.Aku menggeleng."Tak nak masuk dengan kau.Lagi teruk aku kena nanti kalau Sungyeol nampak," Jelas aku."Dia tak ada di dalam kelas tadi.Dia turun bawah.Jomlah cepat.Kalau tak,aku bagi penumbuk kat tempat sama kau nak?" Ugut Youngji.Aku terpaksa akur.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Youngji★★

"Chen..omma suruh..kita pergi tengok rumah yang appa beli," Kata aku kepada Chen yang sedang mengetuk-ngetuk pensel di kepalanya di hadapan meja belajar AKU.Yalah..aku bukannya guna sangat.Aku suka belajar sambil meniarap kat atas katil."Sekarangkah?" Soal Chen.Aku mengangguk."Jomlah," Kata aku."Aku boleh je.Kau pakai elok-elok sikit tak bolehkah? Seluar jeans atas paha.Cuba pakai yang panjang," Bebel Chen.Aku mengangkat kening kemudian berkata,"Huhh..kau suka sibuk pasal akukan? Sepatutnya kau bangga ada isteri seksi macam aku ni," Kata aku sambil menepuk-nepuk paha."Tak ada apa yang nak dibanggakan.Tukar seluar," Arah Chen kemudian mencubit paha aku."Adusshh..sakitlah! Yalah,aku tahu! Kau turun dulu," Kata aku sambil menolak Chen keluar."Tak apalah.Aku temankan kau," Usik Chen.Aku mencubit lengannya kemudian berkata,"Takyah nak byuntae sangat.Kau tu hodoh,"

#################

Kami tiba di alamat rumah yang appa beri."Gila ah..rumah ni ke? Cuba call appa," Kata Chen.Aku memandangnya kemudian berkata."Tak payahlah.Betul dah ni.Cuba tengok alamat ni betul-betul," Aku menghulurkan alamat itu kepada Chen.Chen mengangguk lalu mematikan enjin kereta.Kami masuk meninjau-ninjau rumah tersebut.Mewah,der..tak tahu nak terangkan macam mana."Ni bilik belajar aku," Kata Chen sambil menunjukkan ke arah bilik yang hanya ada kipas siling.Kenapa dia pilih bilik ni? Sedangkan 4 buah bilik lain semuanya mempunyai pendingin hawa."Kenapa pilih yang ni?" Soal aku."Kalau sejuk nanti,aku tertidur pula," Jawabnya.Mulut aku terlopong."Okay.Kau belajar dan tidur kat sini," Arah aku.Chen memandang aku sambil berpeluk tubuh."Kenapa pula? Bilikkan ada banyak.Suka hati kau je nak mengarah aku," Marah Chen.Aku mencebik lalu melangkah ke tingkat atas."Bilik aku kat atas ni! Yang warna sky blue ni," Laung aku dari atas."Kau tu perempuan.Duduklah yang warna merah jambu tu.Sky blue aku punya favourite colour!" Jerit Chen pula.Aku memerhatikan setiap sudut bilik yang berwarna sky blue tu.Perfect ! Ni tetap bilik aku."Kau jangan nak menyibuk hal aku.Kau pilih..nak bagi bilik ni kat aku or...tidur kat ruang tamu?" Soal aku sambil berpeluk tubuh,memandang Chen yang berada di bawah."Apa masalahnya? Sharelah bilik tu.Hihihihi," Jawab Chen.Youngji terus meluru ke bawah dan menarik telinga Chen."Ulang sekali lagi! Kim Jong Dae! Kau tak payah nak mengada.Aku belasah baru tahu," Ugut aku.Chen tersenyum sinis kemudian berkata,"I'm nerd but..I'm byuntae.Hehehe..," Usik Chen."Really? I'm a girl but..I can punch you anytime..anywhere," Jawab aku pula.Tiba-tiba,ada sebuah kereta berhenti di hadapan pagar."Omma," Kata Chen.Aku memandang ke luar.Kereta omma.Chen terlebih dahulu menyambut kedatangan omma aku di pagar.Mungkin ommaku bertanya di mana aku berada kerana ketika itu,Chen menunjukkan ke arah aku.Omma aku masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh Chen."Omma..kitorang suka sangat rumah ni.Bilik KITORANG kat atas tu.Warna sky blue," Ujar Chen secara tiba-tiba kemudian memeluk pinggang aku.Aku tak sempat mencubit tangannya kerana omma asyik memandang ke arah kami."Baguslah.Tak salah kamu berdua disatukan," Jawab omma.Apa ni? Tak ada kaitan langsung dengan hal rumah.........

Budak Nerd Tu Suami Akukah?!Where stories live. Discover now