BFF:Animation world OwO

64 12 46
                                    

Credit to the original writer of the plot:- Putri_Kurenai05




Title : GO TO THE ANIMATION WORLD! #1

Pukul 9.00 pagi...

"Huaaaa~ ngantuknya~"

"Tu la. Malam tadi siapa suruh main A3! sampai pukul 4.00 pagi. Kan dah mengantuk." Along mendukung Babyboy yang masih mengantuk sambil memarahi adik-adik perempuannya kerana bermain game pada lewat malam. Hmm... padan muka dia orang.😅

Puan Aisyah dan Encik Amato masing-masing pergi ke lawatan kerja di London selama dua minggu. Haih... bertuahnya dia orang. Pergi luar negara, dapat melancong kejap. Yang selebihnya kena dengar cakap Along yang terlebih garang tahap maksima tu. ;-;

"Ha. Yang sorang lagi tu tengok cerita Beyblade Burst Series sampai pukul 5.00 pagi sebab nak tengok Shu Kurenai dia lah tu kan." Along menuding jari telunjuknya pada kakngah Aleya yang sambung tidur sambil tersenyum-senyum di sofa ruang tamu. Entah apa yang dia mimpi agaknya.😂

Along hanya mampu tepuk dahi. 🤦🏻‍♂️

"Yang kakngah tu tidur sampai tersengih-sengih." 😂 Amni mula berkata-kata.

"Dah la. Nak buat kopi." Ana terus pergi ke dapur. Tak sangka eh dia minum kopi.😅

"Gue nak buat Milo ais. Lepas tu masak Maggi Ayam Bakar." Nurin ni tak serik-serik dengan Magginya. Mau tak mau kena buasir budak ni.

"Along ngan Babyboy nak pergi bersiap, nak pergi ke rumah Solar. TV kat rumah Solar dah rosak so Along and Babyboy boleh jadi peneman dia. Along balik pukul 5.00 petang nanti. Korang duduk rumah diam-diam. Kalau ada masa, kemas rumah ni." Along terus ke biliknya bersama Babyboy untuk bersiap.

Yang lain hanya menjawab, "Hmmm..." Malas nak layan Along.

゜゚°。♡゜゚°。☆

"Bye~~~ korang jangan nakal-nakal tau." Along dan Babyboy bersedia untuk pergi ke rumah Solar.

Respon mereka sama seperti tadi, hanya menjawab, "Hmmm..."

Along dan Babyboy telah pergi, meninggalkan mereka dia dalam rumah yang besar itu.

Kakngah Aleya pulak... hmmm... Dia duduk kat sofa, dah bangun tidur tapi masih mamai lagi. 🙃🙃🙃

"Nak buat sandwich la." Thia yang dari tadi mengidam sandwich, segera ke dapur ingin membuat makanan kegemarannya.

"Gue nak ambik phone kat dalam bilik jap." Puteri on the way pergi ke kamar tidurnya.

"Aku nak on TV jap." Atikah terus mengambil remote di atas meja lalu menekan butang on. Apabila Atikah membuka TV tersebut, tiba-tiba keluar berita yang membuatkan semua terpaku memandang TV tersebut.

'Berita terkini. Hari ini dalam sejarah, sekumpulan saintis telah berjaya membuat portal ke alam lain. Alam lain tersebut dikenali sebagai 'Animation World' dimana kita boleh pergi ke alam cerita animasai yang kita mahu. Mereka telah bertungkus-lumus membuat portal ini pada 2 tahun lepas tetapi telah gagal beberapa kali. Dengan penat lelah, akhirnya pada tahun 2020 mereka telah berjaya mencipta portal tersebut.'

'Bersama kami, salah seorang ketua saintis yang bernama Lya. Baiklah cik Lya, apakah perasaan cik Lya dan kawan-kawan seperjuangan cik apabila portal tersebut telah berjaya dicipta?'

'Kami berasa sangat gembira dan terharu kerana ia melibatkan semua orang yang telah melibatkan diri untuk mencipta mesin ini. Kami sangat gembira...'

Gadis-gadis tersebut kaku di tempat duduk mereka, terkejut.

Kakngah yang mamai tadi kini segar-bugar seperti baru berjumpa Anime Crushnya di depan matanya sendiri.

BF FAMILY(Boboiboy Fans Family)Where stories live. Discover now