Bab 1

53 2 0
                                    

"Riel, papa nak jumpa kamu sekejap dalam bilik papa ya, sekarang!" Dato' Zahdi seorang yang tegas apabila berkerja, sama juga seperti anaknya yang sulung itu Zafriel Irsyad. Tak usahla cakap apa-apa dah namanya bapa borek anak rintik!

"okey pa." Zafriel tidak berkata apa ii lagi dan dia terus masuk kedalam bilik Dato' Zahdi.

TUK TUK! "pa, ada apa nak jumpa Riel ni, macam ada benda penting je yang nak dibincangkan tu." Tanya Zafriel apabila sudah masuk didalam bilik papanya itu.

"Ha Riel, ni papa ada nak bagitahu sikit tapi kamu jangan terkejut la pulak." Mula Dato' Zahdi dengan serius. Terkejut sedikit anaknya itu.

"Papa nak bagitahu apa ni? macam serius aje bunyinye? jangan buat Riel tak senang duduk pa!" Tanya Zafriel dengan nada yang sedikit terkejut. Mana taknya sampai ternganga mulut dibuatnya tu.Hahaha.

"Papa nak kamu gantikan tempat papa, papa dah serahkan semua kepercayaan papa kepada kamu untuk uruskan syarikat ini dan jangan kamu hancurkan kepercayaan papa tu Riel!" Terang Dato' Zahdi tetapi masih tegas suaranya. Tiada sebarang senyuman langsung.

Dato' Zahdi memang sudah lama menyimpan akan hal ini tetapi dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu anaknya bahawa sudah tiba masanya untuk dia berehat dan menyerahkan segala urusan syarikat kepada anaknya itu Zafriel Irsyad. Tapi kenapa Zafriel Irsyad? Kenapa bukan Zakif Irman?

"Tapi pa... papa ada anak lagi sorang pa, Akif pa Akif? kenapa papa tak beri semua ni pada Akif? Tapi kenapa papa bagi dekat Riel? Riel dah selesa dengan jawatan yang Riel pegang sekarang ni pa." Rintih Zafriel. Dia tahu perangai adiknya itu nakal sedikit tetapi tak salah kalau papanya bagi peluang untuk adiknya berubah. Dia masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab yang sebesar itu! Dia sudah cukup selesa dengan jawatan COO yang dipegang sekarang ni.

"Riel, papa faham kamu kesiankan Akif dan kamu nak dia juga dapat sebahagian apa yang kamu dapat kan? Riel, papa tahu apa yang papa buat. Papa nak anak-anak papa bahagia tak kisah la cara hidup bahagia tu macam mana. Papa tak mintak banyak pun Riel, papa just nak kamu ambil alih tempat papa, papa dah tua Riel, papa pun nak berehat nak luangkan masa dengan mama pula." Terang Dato' Zahdi sambil memujuk anaknya itu. Dia bukannya paksa Zafriel untuk mengambil alih tempatnya itu secepat mungkin tetapi dia mahukan persediaan sebelum apa-apa masalah berlaku.Dia percayakan Zafriel seorang sahaja iaitu anaknya yang sulung itu.

"okeylaa pa... bagi Riel masa sikit untuk pertimbangkan apa yang papa minta tu. Insyaallah Riel akan tunaikan permintaan papa nanti tapi bila Riel dah bersedia!" jawab Zafriel dengan seikhlas hatinya. Dia tidak mahu hati papanya terguris dan dia ingin menjaga hati kedua orang tuanya itu.
"ha macam tu la anak papa, tak membantah apa yang papa cakap. Okeylah papa ada meeting ni, nanti jumpa dekat rumah." Dato' Zahdi terus meluru keluar dan tinggallah Zafriel bersendirian di situ.

~

DATIN IDAYU termenung sendirian entah apa yang difikirkan pun tidak tahu. Ada anak ada suami tapi selalu ditinggalkan seorang diri. Keluar pagi balik malam. Dia tiada teman yang boleh berborak, berjenaka. Hmmm... 'kalaulah ada menantu dalam rumah ni mesti tak sunyi kan'. Datin Idayu bermonolog sendiri.

"Hah mama! Jauh termenung, fikirkan ape tuh sampai Riel balik pun mama tak sedar lagi." Sergah Zafriel kepada mamanya sambil ketawa.

"Ish Riel ni, nasib baik mama tak ade sakit jantung tau. Kalau tidak dah lama mama masuk hospital. Ni banyak sangat ke kerja kat offis tu sampai balik lewat macam ni." Bebel Datin Idayu.

"Alaa mama ni... kerja banyak sikit la...Riel tengok mama macam sedih je sejak kebelakangan ni. Ada apa-apa ke nak kongsi dengan Riel. Mama jangan la pendam seorang diri macam ni. Kalau ada masalah bagitahu la Riel eh." Terang Zafriel sambil melentokkan kepala di bahu Mamanya.

Jodoh Yang TerindahWhere stories live. Discover now