MTLM 1

145 8 4
                                    

DADA kiri yang terdedah disentuhnya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DADA kiri yang terdedah disentuhnya perlahan.Mata tertumpu pada cermin di hadapannya.Tangan yang memegang dada kiri itu dijatuhkan perlahan-lahan.Terserlah Tattoo berbentuk Spider pada dada kiri itu. Tattoo yang paling disayangi.

Senyuman sinis terbit di bibir merah milik Aisy Amsyar.Tattoo itu sangat bermakna baginya.Tanpanya title Ketua Mafia tidak berguna bagi dirinya.

Mafia?Ketua Mafia?

Kali ini senyum sinis bertukar ketawa besar.Cermin di hadapannya direnung dalam.Tanpa dipinta,bayangan Aisyah muncul di cermin itu.Senyuman Aisy mulai kendur.Dilihatnya,Aisyah sedang menangis.Cuba meminta pertolongan saat dirinya hampir dirogol.

"Abang!!Tolong Adik!!".

Suara Aisyah seolah-olah didengarnya. Meminta pertolongan darinya tetapi ketika itu dia tiada di situ. Dia tiada untuk menyelamatkan Adiknya.

Aisy mengepal penumbuk.Tanpa sesaat,cermin itu ditumbuknya sekuat hati.

Prangg!

"Arghhh!!!".

Tangan yang mulai mengeluarkan cecair merah tidak dipedulikan.Ditumbuk lagi cermin itu sepuas hatinya.Cermin itu diibaratkannya sebagai pembunuh Aisyah.

Hampir 8 tahun pembunuh Adiknya dicari tetapi dia gagal.Gagal mencari dalam tempoh itu.Dia tak berguna. Sangat tidak berguna.

"Arghhh!!!".

Berderai cermin itu sepenuhnya. Entah untuk kali ke berapa,cermin di dalam biliknya ditukar.Akhirnya dia terduduk. Setitis air matanya jatuh. Walaupun peristiwa hitam itu telah lama berlalu,sakitnya masih terasa. Seolah-olah masih baru.

Serpihan kaca berselerak dipandangnya.
Suara-suara yang menemaninya selama ini mulai hadir. Bermain-main di fikirannya.

'Kau memang tak guna!'

'Kau memang malang,Aisy Amsyar'

'Kenapa eh kau tak mati je?'

"Diam!!Diam!!!!!".

Serpihan kaca itu diambil dan pergelangan tangan dikelarnya tanpa menunggu sesaat.Terpejam mata menahan kesakitan yang mula menyucuk tangannya.Sakit yang sudah lali dalam hidupnya selepas kematian Aisyah.

"Tuan?".

Terbuka luas mata Aisy mendengar suara yang memanggilnya.Siapa yang berani masuk ke dalam bilik ini saat keadaannya lemah?Dia paling pantang. Orang itu memang menempah maut.

"Tuan ok?".

Bibirnya diketap rapat.Tangan digenggamnya kuat.Hanya menunggu masa untuk membunuh orang yang mengacau dirinya saat ini.

Baru ingin membuka mulut lagi,Alan menelan liur payah apabila terpandang serpihan kaca di hadapan Aisy.Baru dia menyedari keadaan lemah Tuannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAFIA,THE LOST MEMORY (OG)Where stories live. Discover now