1 💕

12 3 4
                                    

Satu persatu lukisan yang dilukis gadis itu diletakkan diatas meja belajarnya. Setiap lukisan dan warna yang dicalit diatasnya memberikan beribu makna dan hanya dia sahaja yang faham maksud semua itu.

Bukan dia seorang sahaja malah orang yang mengambil jurusan seni sahaja memahami semua itu.

TING!

Terus telefon diambil dan dibuka mesej yang baru sahaja diterima itu dibukanya. Perlahan-lahan bibirnya menguntumkan senyuman.

"Hana-si kau tengah buat apa tu?"

Gadis itu berpaling kearah rakannya yang sudah duduk diatas katil tidurnya. Kening diangkat sambil tangan masih setia memegang telefon.

"Baca mesej. Waeyo? Ada apa-apa yang aku boleh tolong?"

"Esok jangan lupa isi borang kelab persatuan seni. Kalau tak kau tahulah nasibnya"

Hana ketawa kecil. Tangannya sudah membuat tanda okey.

"Ta-" baru Hana ingin membalas, telefonnya berdering. Terus hilang niatnya mahu menyakat kawan baiknya Aerin.

Dia sudah membuat muka saat melihat nama yang tertera di skrin telefon. Aerin pula sudah membuat kerjanya sendiri. Dia sudah dapat agak siapa yang menelefon Hana waktu-waktu begini kalau bukan orang itu.

"Angkatlah telefon tu takkan nak tengok saja" ujar Aerin tanpa melihat kearah Hana. Matanya lebih berminat melihat lukisan yang dilukis oleh Hana.

Hana menggulingkan mata. Telefon dimatikan. Senang. Tiada siapa akan ganggu dia malam ini.




.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Next Chapter Coming Soon ____







US :  LUKISAN CINTA ©Where stories live. Discover now