"Eh Hana aku nak pergi tandas jap. Kau tunggu aku dekat luar okey" usai berkata Aerin ye rus berlari kearah tandas tanpa sempat Hana membalas.
Hana sudah menggeleng kepala sebelum dia mengandarkan badannya pada dinding bilik di mana tadi mereka berdua membuat ujian kemasukan kelab seni. Fikir mereka ujian itu susah tapi sebenar tidaklah sukar seperti yang di sangkakan.
Segenap ruang bilik itu diperhati satu persatu. Langsung tidak banyak perabot dalam bilik itu. Tiba-tiba matanya terhenti pada sebuah pintu berwarna coklat. Lama dipandang sebelum diri berdiri. Entah kenapa, hatinya menyuruh pergi kearah sana.
Dengan langkah perlahan dia mendekati sehinggalah dia berdiri betul-betul di hadapan pintu itu. Tangannya sudah selamat membuka pintu itu.
Dia terkaku. Segenap ruang bilik yang baru sahaja dibunya betul-betul memukau. Terdapat pelbagai jenis lukisan berada di hadapannya.
"Cantik" ujarnya perlahan. Dia sudah melangkah masuk tanpa disedarinya.
Satu persatu lukisan dilihat dengan pelbagai rasa. Lukisan bermotif lautan dengan warna oren merah. Dia faham maksud lukisan itu.
Bagi yang bukan jiwa seni, fikir mereka mungkin itu hanya lukisan biasa. Tapi dia dapat rasa perasaan yang disampaikan melalui lukisan itu.
"Bilik apa ni?"
"Siapa benarkan kau masuk" lantas Hana berpaling kearah empunya suara. Dia terpaku saat mata mereka berdua bertembung.
Lelaki tadi nampak lebih kacak daripada tadi mungkin kerana tompokan cat tadi sudah dibersihkan.
Mata mereka saling merenung sebelum Hana sendiri yang mengalihkan pandangan. Hatinya berdegup kencang. Air liur ditelan perit apabila dia rasa diperhatikan.
Tekaannya betul. Lelaki tadi masih merenungnya. Renungan tajam seakan tidak menyukai kehadirannya disitu.
"Saya minta maaf kalau masuk bilik ni sesuka hati. Saya keluar sekarang" Hana mula berjalan keluar dengan langkah perlahan. Gerun dirasakan. Lelaki itu diam memerhati setiap pergerakan gadis itu.
Bibirnya tersenyum sinis. Sekelip mata, tubuh Hana dirapatkan ke dinding saat gadis itu melintasi tubuhnya. Hampir sahajaHana menjerit.
"Senangkan minta maaf. Masuk sesuka hati, lepas tu blah macam tu sahaja. Aku nak kau bayar sebab pecah masuk ke sini"
"Bayar?" Hana mengedipkan mata.
Semakin melebar senyuman sinis di bibir lelaki itu. Segenap wajah gadis itu diperhati seketika sebelum dia rapatkan. Jelas sekali Hana terkejut dengan perbuatannya. Tawa ditahan sehabis mungkin.
"Yes but bayaran aku mahal. Aku nak sesuatu berharga daripada kau" ujaran lelaki itu membuatkan Hana mengerutkan kening. Perasaan berdebarnya sudah bertukar pelik.
Lelaki itu sungguh pelik. Tadi dingin.
"Apa maksud awak? Boleh tak cakap direct. Sesuatu berharga macam apa?"
"Kau rasa apa yang akan terjadi kalau kita berdua di sini. Kawan kau tiada di sini sekarang. Kai pun tiada. Just two of us" perlahan dia berbisik ditelinga kanan gadis itu.
Nafas hangat lelaki itu terasa. Wajah Hana mula sudah memerah.
Dia faham maksud lelaki itu. Jadi, sesuatu berharga itu adalah _______.
"Pabo" badan lelaki itu ditolak kuat sehinggakan kedudukan mereka berdua jauh. Hana dihuni perasaan takut. Dia takut diapa-apakan oleh lelaki tadi sedangkan tadi lelaki itu dingin dengannya.
Dia baru mahu melangkah tetapi lelaki itu lebih pantas bertindak dengan nyekat Hana daripada pergi. Hana sudah kehilangan darah. Lelaki itu betul-betul gila.
Sudahlah perasaan takut menguasai dirinya. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia rasa sebegini.
Bibir diketap kuat. Kedua-dua tangannya digenggam.
Takut.
Takut.
Dan takut.
Itu sahaja dia dapat gambarkan sekarang perasaanya.
"Sekali kau masuk tempat aku bukan senang untuk aku lepaskan kau kalau kau tertangkap dengan aku" ujarnya perlahan. Kepala Hana sudah ditunduk.
Suara lelaki itu semakin menakutkannya.
"Hey, pandang aku" dagu Hana diangkat lembut. Lelaki itu terkedu saat melihat wajah Hana sudah basah dengan air mata.
"Tolong jangan apa-apakan saya" nadanya bergetar. Senyuman sinis lelaki tadi sudah bertukar tawa halus.
Tangan kanannya diletakkan pada mulut. Geli hati lelaki itu melihat.
"Uljima. Aku cuma mahu sakat kau tapi tak sangka kau cengeng" ujarnya perlahan. Bertambah mengalir air mata gadis itu mengalir.
Sakit hati Hana. Bukan setakat sakit hati tapi malu.
"Uljima. I'm sorry. Aku tak patut bergurau seperti tadi" kedua-kedua tangan lelaki itu menyeka air mata Hana. Lembut sahaja dia menyapu. Bibirnya sudah menguntumkan senyuman.
Gadis ini mencuit hatinya.
"Aku minta maaf okey"
"Awak ingat semua ni lawak. Awak buat saya takut"
Bertambah lebar senyuman lelaki itu dan ini membuatkan Hana terpaku. Dalam jarak dekat begini, dia nampak bebola mata lelaki itu tidak lepas merenung wajahnya.
"Sekarang bagitahu aku. Apa yang aku boleh buat untuk kau supaya kau maafkan aku?" soal lelaki itu.
"Sebelum tu, nama awak apa? Saya lupa"
"Taehyun. Kang taehyun"
Hana mengangguk.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NEXT CHAPTER IS LOADING ___
READY?
[YES OR NO]
YOU ARE READING
US : LUKISAN CINTA ©
Random(TXT FANFICTION SERIES) "Bilik apa ni?" "Siapa benarkan kau masuk sini?"