Dunia dilanda pandemik COVID-19, satu penyakit berjangkit yang merebak seluruh dunia. Malaysia tidak berkecuali dengan ribuan kes dilaporkan. Untuk mengelakkan jangkitan merebak, Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah di kuatkuasakan. Sekolah dah pejabat ditutup dan rakyat malaysia hanya dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
"Babe, I miss u. Dah almost 3 minggu tak jumpa"
Confession itu dibuat Daniel Iskandar secara tiba tiba melalui whatsapp, walaupun dia dan Khairul Asyraf sedang berborak mengenai sesuatu yang lain sebelum itu.
"Boooo mengada. Aku pun rindu kau gak. Malam ni video call?"
Khairul Asyraf mengikut rentak perbualan tersebut.
"Takmo la video call, nak jumpa depan depan"
"Meh datang sini, kalau kena saman aku tak tahu. Hahaha"
"Emm k 🥺"
"Ototo... taknak la macam ni. Dah habis PKP kita jumpa eh 😽😽"
"Okaii, malam ni video call eh"
****
Notification phone Daniel Iskandar berbunyi, menandakan pesanan mesej baru sahaja masuk. Satu nombor tidak dikenali terpapar di skrin telefonnya."Rindu..."
Hanya sepatah perkataan dihantar. Daniel Iskandar berasa curiga dan terkejut apabila menerima pesanan mesej tersebut.
"Who dis"
Soalan yang ditanya Daniel Iskandar tidak terjawab. Sebaliknya, nombor misteri itu menghantar sekeping gambar dan riak wajah Daniel Iskandar mula berubah sebaik sahaja dia membuka gambar tersebut.
Ianya merupakan sekeping gambar bogel yang telah diconteng mukanya. Walaupun diconteng, Daniel Iskandar tahu bahawa itu adalah gambarnya yang di ambil oleh Cikgu Hafiz di dalam bilik warden beberapa bulan yang lepas. Gambar yang dijadikan "insurans" supaya mangsa mangsa Cikgu Hafiz tidak berani melaporkan perbuatan sumbangnya.
"Dah tengok gambar? Agak agak ni siapa?"
"Cikgu Hafiz..."
"Panggil "cikgu" kat sekolah je la. Kat luar boleh panggil abg je. Kamu sihat?"
Belum sempat membalas whatsapp tersebut, notifikasi FaceTime daripada Khairul Asyraf kedengaran. Video call tersebut terus diangkat tanpa lengah.
"Ayyy boi. Kiss sikit..."
Khairul Asyraf memulakan perbualan secara bergurau.
"Kena kawen dulu baru boleh kiss! 🤣"
"Okay, esok aku hantar rombongan. Harap ayah kau tak tunggu depan pintu pegang parang"
Mereka berdua ketawa dengan lawak tersebut.
"Khai, tadi aku dapat text dari Cikgu Hafiz"
"Dia nak apa? Dia dapat nombor dari mana?"
"Tak tahu... tapi... Tapi dia hantar gambar aku naked. He blurred my face, but still..."
"And what are you gonna do bout it?"
"Tell my parents? Expose him? I don't know Khai..."
"Nooo, don't go public. Aku bimbang orang lain akan fikir pelik kat kau lepas ni. And your parent will found out about this too."
"So, aku nak buat apa?"
"Why don't we set an appointment dengan pengetua lepas sekolah bukak nanti, and kita buat police report... without going public."
"I'll think about this..."
Muka Daniel Iskandar kelihatan sugul. Khairul Asyraf seusaha yang mampu cuba untuk menceriakan Daniel Iskandar.
"Why the long face boi. Cheer up, we will figure this out ye"
Malam itu, mereka berdua banyak berbual kosong. Disebabkan sekolah masih ditutup, mereka hanya melepaskan rindu melalui pesanan teks dan panggilan video.
*****
Sektor pendidikan telah dibuka semula selepas jangkitan COVID-19 semakin berkurang. Walaubagaimanapun, Standard Operation Procedure (SOP) diperkenalkan oleh kementerian berkaitan supaya tiada kes jangkitan dalam kawasan sekolah."Assalamualaikum Ustaz Harun, saya Khairul dan ni Daniel. boleh kami jumpa ustaz selepas waktu sekolah?"
Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf sengaja ke sekolah lebih awal pada pagi tersebut dan menunggu pengetua sekolah di kawasan parkir kereta.
"Waalaikumussalam... Oh, boleh saja. Tapi boleh saya tahu kenapa?"
"Kami ada something untuk berbincang dan tunjukkan kat ustaz"
Daniel Iskandar hanya menganggukkan kepalanya dan segala percakapan dilakukan oleh Khairul Asyraf. Kepalanya ligat memikirkan apa yang akan berlaku sekiranya dia melaporkan apa yang terjadi. Dan semestinya dia agak gementar.
(Bersambung)
YOU ARE READING
Daniel Iskandar
Teen FictionDaniel Iskandar, seorang remaja yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Terjebak dalam 'sisi gelap' kehidupan asrama dan hatinya mula terpaut dengan rakan sebiliknya. Mampukah mereka mengapai bahagia di dalam dunia PLU?