"Daniel ada apa apa nak share dengan saya?"
Dr. Azlina menanyakan soalan tersebut sebelum sesi kaunseling bulanan berakhir. Itu merupakan soalan wajib sebagai psychiatrist untuk mengetahui status client mereka.
"Saya.... emm takde apa apa la Dr"
"It is okay Daniel, ini adalah safe space awak. Tidak akan ada siapa siapa yang akan tahu apa yang Daniel ceritakan kepada saya"
"Emm... kadang kadang saya masih termimpikan apa yang terjadi dalam bilik warden tu..."
Dr Azalina memberikan nasihat untuk terus kuat, dan lupakan apa yang terjadi. Walau pada hakikatnya itu adalah sukar, Dr Azlina terus meniupkan semangat kepada Daniel Iskandar.
——
Sementara itu, Khairul Asyraf juga sedang dalam sesi kaunseling di bilik yang berasingan."Anything you wanna share, Khairul?"
Dr. Khairiah bertanya menggunakan modus operandi yang sama, untuk mengetahui status client nya.
"Dr, saya suka lelaki... Apa saya kena buat Dr?"
"Kamu start suka lelaki lepas kejadian dengan warden tu... atau kamu memang minat lelaki even sebelum kejadian tu?"
Dr Khairiah bertanya untuk melakukan diagnosis sebelum memberikan kata putus.
"Sejujurnya... saya tak tahu..."
"Tak apa Khairul, perasaan suka kat someone tu memang fitrah... cuma, kat siapa kita suka tu mungkin boleh diubah... So, Saya akan go through balik perbincangan kita hari ini dan kita jumpa lagi bulan depan untuk bercakap lebih dengan apa yang awak kongsikan tadi."
Disebabkan esok adalah hujung minggu dan pelajar dibenarkan pulang ke rumah, Ustaz Harun bercadang untuk menghantar kedua pelajarnya itu terus ke rumah masing masing usai sahaja dengan kaunseling bulanan itu. Di dalam perjalanan, Ustaz Harun membawa mereka singgah ke salah sebuah kedai makan untuk mengisi perut.
Khairul Asyraf dan Daniel Iskandar tidak banyak bercakap, mereka agak 'awkward' kerana di hadapan mereka adalah pengetua sekolah. Sesekali, Ustaz Harun memulakan topik perbualan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelajarnya.
"Dah kenyang? Jom saya hantar balik rumah"
Ustaz Harun bersuara ringkas.
"Errr ustaz, kalau hantar saya ke waterfront Kuala Berang boleh? Saya macam nak ambil angin kejap sebelum balik"
"Nanti kamu nak balik macam mana, Daniel?"
"Takpe, nanti ayah saya pick up. Office dia pun tak jauh dari situ"
Ustaz Harun hanya mengiya kan permintaan Daniel Iskandar. Memandangkan Daniel Iskandar meminta untuk diturunkan di Waterfront tersebut, Khairul Asyraf juga meminta perkara yang sama.
****
"Macam mana dengan sesi tadi budak kecik? Okay?"
"Entah la Khai, macam biasa la, Dr tu suruh be strong, try my best to forget everything yang berlaku... Can I hold your hand, babe?"
Khairul Asyraf memandang sekeliling. Setelah memastikan tiada sesiapa yang berdekatan, dia menghulurkan tangannya.
"How was your session? Everything went well?"
Daniel Iskandar pula bertanya kepada teman lelakinya.
"Same thing... Just, kita ada cakap kat Dr tu yang kita suka lelaki"
Panggilan mereka berevolusi daripada menggunakan "kau-aku" kepada "kita-awak" ketika berada berduaan. Jika ada kawan kawan ataupun orang yang dikenali, mereka kembali menggunakan "kau-aku". Mereka tidak menggunakan panggilan tipikal sebagai couple kerana ini ada hubungan pertama bagi kedua mereka. Masih banyak yang perlu dipelajari.
"Then Dr tu cakap apa kat awak?"
"She said... it is normal to like someone.... tapi siapa yang kita suka, mungkin boleh diubah. Next appointment dia nak discuss lebih pasal ni. Idk"
"Boleh diubah ye... So, apa yang berlaku kat kita kalau tiba tiba awak pilih orang lain?"
"Dann... jangan la macam tu. Dia tak maksudkan apa apa. Kita just bagitahu Dr tu untuk tahu pandangan dia"
"Do you still love me, Khai...?"
"I still am, budak kecik"
Tangan Daniel Iskandar digenggam erat seperti tidak ingin dilepaskannya. Mereka berada di situ seberapa ketika sebelum menelefon ayah masing masing.
****
"Ayah dengar... ada cikgu kena tahan kat sekolah angah. Betul ke?"Ayah Daniel Iskandar bertanya ketika sedang menikmati makan malam bersama keluarganya. Along nya juga berada di rumah, memandangkan pelajar matrikulasi hanya perlu menghadiri kelas secara talian.
"Kena tahan pasal apa bang...?"
Ibu daniel iskandar menyampuk, terasa ingin tahu.
"Entah la ibunya...tanya la Angah tu. abg pun dah lama dengar tapi baru teringat"
Daniel Iskandar terasa 'ditampar' dengan soalan ayahnya itu. Dia merupakan watak utama dalam kisah penahanan warden tersebut. Walaupun begitu, dia masih berlagak tenang.
"Haah ibu... ayah. Angah pun ada dengar jugak pasal benda ni"
"Kena tahan sebab...?"
Along nya turut bertanya soalan dan seakan tidak sabar untuk tahu jawapan.
"Entah... angah dengar dia buat something kat student. Tapi angah tak tanya lebih la..."
"Alaa tak fun la angah ni. Patut jadi macam along ni, dengar gossip je terus korek sampai tahu semua benda"
Daniel Iskandar hanya gelak terpaksa mendengar ayat daripada Alongnya. Memang niatnya untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai penahanan tersebut. Daniel Iskandar mengambil kesempatan itu untuk menukar topik perbualan.
(Bersambung....)
—————
Ps:
> Dah dua chapter aku release hari ni. Next chapter aku try taip next weekend pulak ya.
> Korang kalau ada twitter, drop la tweet handle, nanti aku follow. Mana la tahu boleh jadi kawan. 🤣Happy weekend and be safe guys!
YOU ARE READING
Daniel Iskandar
Novela JuvenilDaniel Iskandar, seorang remaja yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Terjebak dalam 'sisi gelap' kehidupan asrama dan hatinya mula terpaut dengan rakan sebiliknya. Mampukah mereka mengapai bahagia di dalam dunia PLU?