Prologue - Ada Apa dengan Cinta?

55 6 0
                                    

'Cinta itu adalah antara anugerah terindah daripada tuhan. Sesuatu yang begitu suci yang terlahir daripada hati. Selalunya mata yang menjumpai nilai pada cinta terlebih dahulu, sebelum hati menghakimi. Namun, cinta sebegini selalunya adalah cinta tipikal antara seorang pria dan seorang gadis. Bagaikan Adam dan Hawa. Bagaikan Laila dan Majnun. Bagaikan Cleopatra dan Marcus Antonius. Bagaikan Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Bagaikan Ratu Victoria dan Putera Albert. Cerita cinta mereka begitu agung sehingga kini ia masih bersinar dan diketahui serata dunia. Cinta manis antara dua pasang mempelai ini dipanggil cinta Eros.

Berlainan pula dengan cinta antara ibu bapa dengan anak-anak, atuk nenek dengan cucu-cucu (walaupun di antara keluarga angkat sekalipun) pula. Cinta ini terlahir kerana darah daging sendiri yang telah bertungkus lumus kita jaga dan lindungi. Cinta yang mengalir walaupun telah melalui lebih dari tujuh keturunan. Cinta ini dipanggil cinta Storge.

Cinta di antara sahabat yang tidak kira jantina, bangsa mahupun agama terlahir kerana keselesaan dan kepercayaan yang terpateri. Cinta sebegini hanya memerlukan hati yang ikhlas dan toleransi yang tinggi. Keras cinta yang disimenkan bersama batu-bata sabar maka keraslah setia dan jujur di hati, buat selama-lamanya. Cinta ini dipanggil cinta Philios – cinta yang berteraskan hormat dan kepercayaan semata-mata.

Jangan salahkan cinta apabila satu perhubungan tidak menjadi. Salahkan si pemuja cinta itu, yang mengheret cinta setiap masa, ke mana sahaja, termasuklah ke dalam lumpur dan ke atas kasar jalan tar. Jangan membuang cinta kerana manusia lah yang memalit najis pada kesucian cinta. Buang nafsu yang berleluasa tidak terkawal dek akal hanya kerana paras rupa. Jangan membenci cinta hanya kerana sekali dua kau terkandas di medan kehidupan. Benci diri kau yang mudah mengalah hanya kerana sekali dua hati itu tergores. Jangan diperolokkan cinta hanya kerana kau tidak tahan dengan bingit kesunyian–'

Aurora menutup buku itu dengan begitu kasar sekali. Bulu romanya menegak dan seluruh badannya meremang geli, "Urgh... yuck!"

Gagak Indigo & Kerongsang Lima DelimaWhere stories live. Discover now