Aurora sedang mencicip kopi hitam yang masih panasnya sambil anak matanya meneliti pantas suratkhabar di tangannya apabila ada seorang gadis berpakaian serba putih – kecuali jaket jeansnya yang obviously berwarna biru tua – menghentak-hentak kakinya melangkah ke kaunter Perpustakaan Negara Malaysia itu. Gayanya tidak ubah seperti anak saudaranya yang berumur lima tahun apabila tidak dapat gula-gula kesukaannya. Aurora tersenyum simpul mengenangkan anak saudaranya itu.
"I have been waiting here for God knows how long! Sampai bila you guys nak buat I tunggu ni!" Suara gadis itu sahaja dah memenuhi segenap tingkat ground. Aurora cuba untuk tidak melihat kekecohan yang berlaku tepat di hadapan matanya itu tetapi dia masih memasang telinganya.
"Maafkan saya, Cik Ariana. Tetapi Encik Ghazali masih belum sampai lagi. Dia ada masalah di pejabatnya di Subang sebentar tadi." Kerani di kaunter menjawab dengan senyuman manis di wajahnya. Kesabarannya itu perlu ditanamkan di dalam hati setiap rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang suka jump to conclusions – basically semua orang. "Jikalau Encik Ghazali sudah tiba atau dia memaklumkan saya tentang kehadiran dia melalui teks ke apa, saya akan terus inform pada Cik Ariana. Jangan risau."
Aurora mengangkat muka sebaik sahaja nama Encik Ghazali disebut. "Apa pula masalah minah ni dengan bapak aku ni," Dia menggerutu perlahan.
Suara gadis yang tadi bukan kemain berang kian kendur, "Oh, okay... terus inform I okay." Dia mahu beredar daripada kaunter itu sebelum berpatah balik, merenung wajah kerani itu semula, "And... I'm sorry sebab kecoh-kecoh tadi. It's just dah almost noon and I dah ada dekat sini sejak pukul 8 pagi kot."
"Takper, kami faham. Kami pun meminta maaf kerana mengambil masa cik." Lembut sahaja suara kerani itu. Gadis yang bernama Ariana itu membalas senyuman kerani itu sebelum kembali ke tempat duduknya berhampiran pintu utama perpustakaan. Dia kembali menyilang kaki dan membaca majalah yang tersedia di situ.
Aurora menghabiskan segera kopi hitamnya dan melangkah ke Ariana bersama surat khabarnya di tangan. Dia mendekati Ariana perlahan-perlahan sebelum gadis serba putih itu menyedari kehadirannya itu, "Yes? May I help you?" Dahinya berkerut seribu.
"Ah, hai. Tadi saya ada dengar Cik Ariana cari Encik Ghazali kan?"
Gadis itu terangguk-angguk, "Yup! Kenapa ya?" Mukanya berseri dalam kedua-dua anak matanya pula tiba-tiba melilar ke sana sini, "Dia dah sampai ke?"
Aurora duduk di hadapan Ariana, "Eh, tak. Saya Aurora, anak kepada Encik Ghazali." Muka gadis bersilang kaki itu berubah. Aurora sambung, "Ada apa ya urusan cik dengan bapa saya?"
Ariana menurunkan kaki dan meletakkan majalah yang dibacanya, "I dapat tahu yang your father expert dalam buku-buku lama. Lagi-lagi yang dah beratus tahun lamanya." Giliran Aurora pula yang terangguk-angguk. Ariana mengangkat bahu, "I don't actually know apa yang I cari sebenarnya atau apa yang I expect tetapi I harap ayah you tu ada sedikit information about peninggalan arwah nenek I untuk I."
"Inalilahi wa inallilahi rojiun..." Aurora kembali memandang Aurora dengan wajah yang penuh dengan rasa ingin tahu, "Peninggalan?"
Ariana terdiam sebentar. Hatinya berbisik perlahan, boleh percaya ke dia ni? Kalau aku bagitahu pasal barang yang nenek aku bagi tu je, takder apa-apa masalah kot. Wajah Aurora yang beria-ia mahu tahu itu mengganggu kata-kata hatinya itu. Gadis itu mengeluh sebentar sebelum mendekatkan wajahnya kepada wajah Aurora. Gusar orang lain terdengar atau curi-curi dengar. Dia berbisik perlahan, "It's a... kerongsang. Kerongsang antik."
Wajah Aurora bertambah buntu, nada suaranya turut dikecilkan, "Oookay... tetapi kenapa kita berbisik ni?"
Wajah Ariana kian pucat, "Sebab lately ni I rasa ada orang ekori I. Especially after wasiat nenek dibacakan kepada kami sekeluarga. I dapatlah beberapa harta but yang peliknya tu, nenek I bagi kerongsang ni kepada I. Only clues yang dia bagi that this thing asalnya milik Putera Jepun zaman beratus tahun yang lalu and an old diary."
YOU ARE READING
Gagak Indigo & Kerongsang Lima Delima
AventuraAriana, yang terasa dirinya dalam bahaya setelah menerima kerongsang pemberian terakhir arwah neneknya meminta pertolongan daripada orang-orang yang langsung tidak dikenalinya. Tidak pernah sesekali terlintas di benaknya bahawa Aurora; seorang trans...