Bab II - Senapang Tidak Berpeluru

24 1 0
                                    

"Bunyi apa tu?" suara Ariana kedengaran menggeletar sedikit. Dia seakan-akan tahu akan bunyi itu cuma dia memilih untuk menafikannya. Dia memeluk beg sandang jeansnya dengan lebih erat sebelum memandang Aurora dengan riak wajah 'now what?'.

"Jom keluar sekarang! Kalau kita terperangkap dekat dalam gudang ni lagi bahaya!" Aurora meneruskan langkahnya keluar dari gudang usang itu dan Ariana membontotinya. "Lagipun aku tak rasa tembakan itu adalah sebab kita. Bunyi itu macam dari rumah bapak aku!"

Mereka berdua lekas-lekas mengunci semula kedua-dua pintu gudang dan pintu pagar sebelum berlari menerusi lorong malap tadi. Setelah mereka hampir sampai di pintu besi, bunyi tembakan itu semakin jelas dan kini bertalu-talu. Seolah-olah ada yang berlawan tembakan di dalam rumah.

Aurora tanpa membuang masa menekan punat-punat di pintu. Dia membuka pintu besi itu perlahan-lahan. Ruang makan dan kawasan sekitarnya kelihatan selamat walaupun dia dapat melihat cahaya tembakan-tembakan itu di dinding-dinding ruang makan. Dia mengarahkan Ariana agar mengikut jejak dia dari belakang perlahan-lahan menggunakan bahasa isyarat tangan. Gadis serba putih itu hanya menganggukkan kepala.

Sebaik sahaja Aurora mahu membelok di satu penjuru dinding, seorang lelaki botak yang lehernya penuh dengan rantai besi meneriak kuat apabila ternampakkan mereka berdua. "Shit!" getus Aurora sebelum pantas mencapai pergelangan Ariana dan melarikan diri daripada situ tetapi larian mereka terbantut apabila mereka tiba di salah satu hujung lorong yang punyai jalan mati. "Alamak! Macam mana pula ni!" Aurora kelihatan resah apabila tapak kaki lelaki botak tadi kedengaran semakin kuat.

Ariana ternampakkan dua laras senapang bersilang pangkah kedudukannya melekat di dinding hujung lorong itu. Beg sandangnya sempat diberi kepada pegangan Aurora sebelum dia meluru ke arah senapang-senapang itu. Dia mengambil salah satu laras senapang dan membidik segera apabila lelaki botak itu sudah muncul di ruang matanya. "Kau dekat, aku tembak!" gertaknya keras. Aurora terkaku sebentar melihat tindakan spontan tetapi berani Ariana itu. Dia mengeratkan lagi pelukan kepada kedua-dua beg milik mereka itu. Di dasar hatinya, dia tahu terdapat barang berharga di dalam salah satu beg itu yang masih lagi tidak dilihatnya.

"Letak pistol itu ke bawah! Sekarang!" arah Ariana tegas. Mulutnya memuncung ke arah Pistol Double-Action Revolver yang berada di tangan lelaki botak itu. Apabila lelaki botak itu perlahan-lahan meletakkan pistol ke lantai, Aurora dapat menangkap sepasang tatu pelik berhampiran bahu lelaki itu. Namun entah kenapa, lelaki botak itu masih mampu tersengih-sengih memandang gadis-gadis di hadapannya itu. Ariana menyumpah di dalam hati, sial! Nampak sangat dia underestimate kita orang!

Lelaki itu bersuara garau, "Cik adik manis ni reti ke guna senapang tu?" dan dia melangkah setapak ke hadapan. "Saya buang pistol itu pun sebab takut tertembak muka cantik cik adik manis nanti!"

"Aku cakap jangan jalan ke depan, kan!" seraya itu Ariana menekan picu senapang itu. kedengaran bunyi klik tetapi tiada peluru yang dimuntahkan. Muka Ariana berubah bersama muka lelaki botak tadi yang tadi gugup seketika kini berubah suka. Ah ini sial, getus hati gadis itu. Dia menoleh ke arah Aurora dan gadis itu pula berbisik dengan nada sarkastis, "Obviously lah takder peluru! Tu kan senapang perhiasan!"

Ariana membuat muka 'Apahal tak cakap awal-awal!'. Dia sudah mula menggelabah apabila lelaki botak itu semakin setapak mendekati mereka. Namun, matanya pantas menangkap pistol lelaki botak itu di lantai dan tangan lelaki itu yang kosong tanpa sebarang senjata. Ariana menyembunyikan senyuman sinisnya. Sebaik sahaja lelaki itu sudah tiga kaki di hadapannya, dia menghayungkan bontot senapang itu sekuat hatinya dengan memegang muncungnya. Hayunannya tepat ke dagu lelaki botak itu.

Apabila lelaki itu jatuh melutut dan meraba dagunya yang kesakitan, Ariana berguling ke arah Revolver yang tersadai di atas lantai itu. Sebaik sahaja pistol berada di tangannya, gadis yang terbaring mengiring atas lantai itu menembak kedua-dua lutut lelaki botak itu daripada arah belakang. Lelaki botak yang menjengkelkan itu terteriak kesakitan dan kini memegang pula lutut-lututnya cuba menahan darah tersebut daripada terus membuak keluar.

Gagak Indigo & Kerongsang Lima DelimaWhere stories live. Discover now