BAB 1

685 92 8
                                    

"Wei budak bodoh! Kau memang sial, setan! Aku dah cakap jangan sesekali lapor pada Cikgu Rizwan!" tengking Umar Syahwi dengan lantang.

Si 'Dia' hanya menunduk lemah. Rasa sakit pada tubuh ditahankan sahaja.

Melawan? Gila! Itu semua hanya akan memberikan tiga kali ganda kesakitan pada dirinya.

"Oii! Bodoh! Aku bercakap dengan kaulah. Pekak ke apa?" Umar Syahwi menunjal kepala si 'Dia' menggunakan jari.

Oleh kerana terlalu geram, kali ini dia menarik tudung sekolah milik si 'Dia' dengan kuat.

Tudung tadi dicampak kasar ke atas tanah. Terserlah rambut panjang ekal itu. Sedaya upaya si 'Dia' cuba menutup aurat dari melihat oleh sekumpulan kejam itu.

Si 'Dia' cuba mencapai tudung di atas tanah itu namun terbatas bila pinggangnya ditendang kuat oleh Umar Syahwi. Lengannya pula cengkam supaya berdiri.

"ARGH! Lepaskan aku, Umar!" teriak Hannah Marissa.

Ya, nama tidak seindah orangnya.

"Sakit? Hati aku lagi sakit Anna! Sebab kau, Cikgu Rizwan rotan belakang aku sebanyak 10 kali!" tubuh Hannah Marissa ditolak kuat oleh dia dan menendang pada perut bagi melepaskan amarahnya.

"Memang patut kau kena rotan pun! Kau yang selalu buli aku dekat sekolah kan!" Hannah Marissa mempertahankan diri.

"Kau memang celaka! Kau memang patut mati! Menyusahkan aku sahaja!" kata Umar Syahwi dengan terus memukul Hannah Marissa.

"Korang tunggu apa lagi? Pukulah cepat" arah Umar Syahwi kepada the geng.

Mereka mengangguk sekilas dan join sekali segmen membuli.

Hannah Marissa hanya mampu meraung kesakitan dan meminta pertolongan di dalam hati sahaja. Setiap kali waktu balik, mesti ada sahaja Umar Syahwi and the geng pukul dia. Entah apa kesalahan dilakukan pun tidak tahu.

Dari jauh 'lelaki' itu sudah berdecit geram. Dia mengepal penumbuk dan menghentak kaki. Dia adalah...

Engku Haider Faiq.

"Tch! Tak guna punya budak. Kau tu budak lagi lah, bodoh. Nak pukul, heh? Kau tunggu nasib kau budak mentah" gumam Haider Faiq.

"Aku nak kau selamat budak perempuan tu, sekarang. Bawa dia datang sini" arah Haider Faiq kepada orang suruhan dia.

Dia mengangguk sekilas dan keluar dari kereta sebelum mendekati mereka.

Semakin hampir dengan mereka semua itu, sepucuk pistol terselit dibelakangnya dikeluarkan.

BANG!

Satu das tembakan dilepaskan ke udara. Semua di situ terkedu dan mengigil halus.

"Pergi atau aku bunuh korang semua" ujarnya dengan tenang.

Lantas mereka semua berlari meninggalkan tempat itu. Hannah Marissa cuba untuk bangun namun tidak boleh apabila terasa pinggangnya sangat sakit akibat perbuatan Umar Syahwi and the geng.

Dia mengangkat Hannah Marissa dan menuju ke arah kereta Alphard mewah itu.

Pintu automatik terbuka disaat Haider Faiq menekan 'On' Tubuh Hannah Marissa diletakkan dalam kereta dengan penuh berhati-hati.

Angel's For The Devil (H)Where stories live. Discover now