BAB 3

342 68 3
                                    

Pintu bilik dibuka dari dalam. Pantas Haider Faiq mendapatkan Yasmin sebaik sahaja pintu ditutup. Yasmin menjeling sekilas pada Haider Faiq tengah gelisah itu.

"Yas, macam mana dengan Anna?" soal Haider Faiq dengan panik.

"Anna okey. Kenapa kau masih lagi ganggu dia, Haider? Kau tak kesian kan dia ke apa?" soal Yasmin pula. Dia mula berpeluk tubuh dan memandang Haider Faiq dengan tajam.

"Kau tak perlu masuk campur. Sekarang kau pergi balik. Bayaran kau, aku dah letak atas meja ruang tamu" balas Haider Faiq.

"Okey fine. Apa nak jadi lepas ni  aku tak nak tanggungjawab. Kau kena ingat, dia tu budak lagi. Dan... aku rasa dia hampir pulih" ujar Yasmin dan berlalu pergi.

Haider Faiq tergamam mendengar ayat terakhir Yasmin.

Hampir pulih?

"Aku tak akan lepaskan kau buat kali kedua, Anna" gumam Haider Faiq sebelum memulas tombol pintu dan memboloskan diri ke dalam.

Dia baringkan tubuh ke atas katil bersebelahan Hannah Marissa. Wajah tenang itu ditatap penuh minat.

"Maafkan aku, Buttermilk. Aku tak sengaja nak sakiti kau tadi. Aku janji, aku tak akan buat kau macam itu lagi" ujar Haider Faiq dengan memeluk Hannah Marissa.

Kelopak mata Hannah Marissa dibuka dengan perlahan dan terbuntang matanya tatkala Haider Faiq sesuka hati memeluknya.

"Haider!" jerit Hannah Marissa lalu menolak dada bidang Haider Faiq ke tepi. Kain selimut ditarik menutup dirinya.

"Maafkan aku, Anna. Sumpah! Aku tak buat apa-apa pun pada kau" kata Haider Faiq sambil mengangkat kedua belah tangan ke atas.

"Tipu! Hantar saya balik sekarang!" jerit Hannah Marissa dengan kuat.

"Tapi Anna, perca..."

"Cukup Haider! Hantar saya balik!" pintas Hannah Marissa dengan menjerit seperti orang gila.

"Okey fine! Aku hantar kau balik" Haider Faiq menyerah kalah.

•••

Kereta berhenti di hadapan rumah Hannah Marissa. Haider Faiq menarik lengan Hannah Marissa dari menurun kereta.

"Please Anna. Aku tak buat apa-apa pada kau. Aku cuma peluk kau je" jelas Haider Faiq.

"Lepaslah! Saya tak pernah kenal awak, Haider. Jadi jangan pernah anggap seperti awak terlebih kenal saya" ujar Hannah Marissa.

"Kau sakit Anna! Sebab itu kau tak kenal aku. Nanti kau akan faham juga maksud aku" kata Haider Faiq.

"Tidak. Walaupun saya kenal awak, saya tetap akan pilih jalan untuk tidak kenal awak. Kerana mengenali awak, adalah satu kesilapan besar!" balas Hannah Marissa dan terus berlari masuk ke dalam rumahnya.

Haider Faiq meraup wajah berkali-kali.

Kesal!

Kecewa!

Musnah!

Hancur!

•••

Angel's For The Devil (H)Where stories live. Discover now