05 :: Days 4 [ Babysitter ]

139 47 2
                                    

Pagi yang cerah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi yang cerah. Seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk berhadapan dengan wajah Yoongi yang masih melelapkan matanya.

Pen maker di tangannya dibuka lalu dilukis pada sesuatu benda. Nyanyian juga dinyanyikan bagi suasana seorang kanak-kanak ceria.

" Pappapapapa. Tarik kiri tarik kanan dan belok ke kanan. Tambahkan garis jadilah Doraeappa! Yeahh! "

Tangan ditepuk gemuruh. Berjaya juga melukis mengikut rentak lagu Doraemon.

" Haishh bisinglah! Jangan kacau aku lah Soyoung! "

Yoongi masih tidak menyedarkan diri. Dia beranggapan bahawa itu adalah Soyoung.

" Appa appa! "

Kanak-kanak itu cuba mengejutkan Yoongi. Bahu lelaki itu ditolak beberapa kali.

" Appa? Aku bukan appa kau lah! Kau gila ke apa? "

Yoongi bermarahan tanpa membuka matanya. Hanya suara saja kedengaran.

" Appa..appa! Doraeappa! "

Kanak-kanak itu menjerit menyebabkan Yoongi tersedar. Yoongi mula melepaskan kemarahannya.

" Doraeappa apa pulak! WAE! SIAPA BUDAK NI? "

Yoongi amat terkejut. Matanya terbuka luas apabila melihat susuk badan kanak-kanak itu berada di hadapannya.

" Appa dah bangun! Yeahh! "

" Aku bukan appa kau lah! Anak siapa pulak dekat sini ni? " nada terkejut dilontarkan.

Badannya mula kebelakang sedikit. Takutlah dikatakan.

" Omma! Appa dah wake up! " petah kanak-kanak itu.

" Oh yeke? Come to omma! "

Terjengkit-jengkit kanak-kanak itu berlari ke arah Soyoung.

" Anak siapa tu Soyoung? " soal Yoongi. Dia mula hairan dengan apa yang sedang berlaku padanya.

" Anak kita lah? Tak akan awak tak ingat? " balas Soyoung.

" Anak? Bila masa pulak aku buat anak dengan cik bebel ni? "

Kepala sedang berloading apa yang baru dikatakan oleh Soyoung.

" Hang percaya hang bodoh hahahhahahaah! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Hang percaya hang bodoh hahahhahahaah! "

Terbahak-bahak gadis itu mengetawakan lelaki itu. Yoongi mula naik angin. Matanya memandang Soyoung dengan panahan tajam bagaikan jarum ingin menusuk ke arah iris mata Soyoung.

" Pabo kau tipu aku ehh! Kurang ajar ehh! "

" Siapa suruh tidur je! Kau ingat aku ni nak sangat ke dengan kau! Kan Kiyomi! "

Soyoung hanya terus mengetawakan lelaki itu. Yoongi mencebik.

" Ni anak siapa pulak? " tanya Yoongi dengan nada dingin.

" Anak jiran. Dia suruh aku jaga dia kejap. Btw pfttt! "

Soyoung menutup mulut menahan tawaan yang bakal pecah.

"Asal kau gelak hahh?" Yoongi pelik.

"Tengok muka kau sekarang!"

"Kenapa dengan muka aku?YAHH! SIAPA BERANI LUKIS MUKA BERSIH AKU NI! " bentak Yoongi sambil membelek wajahnya yang dilukisi garisan seperti misai kucing.

"Opss! Omma, appa dah jadi Doraeappa!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Opss! Omma, appa dah jadi Doraeappa!"

Terjengkit-jengkit Yomi berlari ke arah Soyoung dan menyorok disebalik kaki Soyoung.

"Comel kan hahahahhaa!"

Soyoung masih tidak berhenti mengetawakan lelaki itu.

"Grrr... Kenapa dia bahasakan kau omma ni?" Yoongi mula menanya. Kegeramannya dihembuskan dulu nafas. Nak narah pun tak guna.

"Entah? Semua orang dia kata macam tu. Adik aku Yun tu pun dia panggil Omma."

Bahu dijungkit tanda tidak tahu.

"Yeke. Muka aku nampak macam bapak orang ke sampai dia panggil aku appa?"

"Memang pun! Kau sepatutnya sekarang dah kahwin tahu tak!" ujar Soyoung dengan selambanya. Susu botol Yomi yang dipegang sebentar tadi diberi pada kanak-kanak itu.

"Ehh biarlah aku muda lagi! Kau apa tahu. Dah aku nak mandi!"

Yoongi terus bangun dari sofa. Pergerakkannya terus menuju ke arah bilik air berdekatan dengan dapur.

"Ceh, tak sedar diri dah tua."

Soyoung sempat memberi jelingan. Malas nak layan lelaki itu. Pandangannya kini menghadap Yomi yang sedang menyusu.

To be continue...

[ C ] 7 ᴅᴀʏs ᴡɪᴛʜ ʜɪᴍ ᴹʸᴳWhere stories live. Discover now