Bab 4 💛

19 5 11
                                    

~ Duhai hati , andai ditakdirkan dia pergi , relakan sahaja takdir itu ~

{JODOH SEKAMPUNG}

|Aku Masih Cinta |

AnissaXhaziq

HALALKAN SEBARANG TYPO DAN SEANGKATAN DENGANNYA ✨



Baju jubah nikah berwarna putih ditatap Anissa . Lama . Sekejap lagi dia bakal bergelar isteri kepada Haziq . Setelah persiapan selama sebulan berakhir , kini tibalah hari yang dinanti - nanti oleh ahli keluarga mereka berdua dan juga hampir sebulan dia bergelar tunang kepada Haziq .  Anissa  senyum , sungguh dia teruja dengan statusnya yang bakal berubah sekejap sahaja lagi , tapi adakah Haziq turut bergitu?

Permusuhan mereka berlaku hanya disebabkan salah faham antara dia dan Haziq . Anissa merupakan pengawas sekolah menengah dahulu , dia sering menangkap budak ii nakal Yang bermacam ragam namun setiap kali dia menangkap , pasti terlihat Haziq bersama walhal Haziq langsung tidak ada kena mengena . Oleh disebabkan banyak kali perkara itu berlaku , Haziq menganggap Anissa bagaikan musuhnya kerana Anissa langsung tidak peduli akan jawapan Haziq .

Bagaimana pula dengan rahsia itu ? Anissa sudah lama menyimpan perasaan terhadap Haziq semenjak dari mereka di tingkatan dua sehinggalah mereka berumur 26 tahun sekarang . Lama bukan ? Namun sengaja dia mengacah konon ii benci akan lelaki itu . Dia tahu Haziq takkan memaafkannya sampai bila ii dek peristiwa ketika remaja dahulu.

Setelah dimake up oleh mak andam . Anissa memperbetulkan kedudukan tudung bawal instantnya . Kelihatan balqis di muka pintu lalu menghampiri anissa yang sedang ralit memperbetulkan tudungnya

"Weyh...nissa cantik tho kau..."

Anissa senyum

"Thanks bal , kau pun lawa tho .. kalah Aku"

Balqis ni memang cantik , pkai apa pun cantik . Manis je bila pandang dia nih tau !

"Tak sangka kan , kau berjodoh dengan Haziq..."

"Buat sementara je bal "

"Ish kau nih , doalah baik ii"

Balqis faham maksud sementara dalam ayat Anissa . Pertemuan mereka berdua turut diceritakan oleh Anissa .

"Kau doalah moga Allah bukak hati dia untuk kau ... Dahla jom pergi masjid , family kau dah tunggu tu kat luar  .. "

Anissa dan Haziq memilih untuk bernikah di masjid kampung sahaja.  Tak payah pening ii nak fikir. Lagipun , ini bukan kahwin rela ini kahwin aturan keluarga , buat apa nak buat grand ii bagai .

"Ha jommm"


Di masjid

"Semua dah sedia ? "  Soal tok kadi .

Para tetamu yang hadir hanya mengiyakan pertanyaan itu . Pandangan tok kadi itu beralih pula pada Haziq dan juga Anissa

"Pengatin lelaki dan perempuan? Sedia ?" Soalnya

Jodoh SekampungWhere stories live. Discover now