- Pelangi hadir saat hujan turun ,kau hadir saat tuhan menentukan kau buat ku -
{JODOH SEKAMPUNG}
~aku masih cinta~
AnissaXHaziq
HALALKAN SEBARANG TYPO
PAGI itu , Anissa dan Haziq menunaikan solat berjemaah berdua buat kali pertama . Setelah salam diberikan serta doa diaminkan , Anissa mencium lembut tangan haziq , manakala Haziq mengucup dahi isterinya lembut .
"Nissa" panggil Haziq
"Ye?" jawab Anissa
"Kejap lagi Kita pergi rumah mak aku kejap , mak nak bagi something "
"Okay"
Anissa bangun , sejadahnya dilipat . Dia pandang Haziq sambil menyuakan tangan.
"Ha?" Soal haziq
"Nak sejadah , aku nak lipat"
"Ouh , nah .."
Haziq memandang Anissa yang sedang ralit melipat sejadah dan telekung .
"Weyh , aku nak cakap sikit ...."
"Cakap ape?"
"Depan parents , aku nak kau bahasakn diri kau 'sayang' or 'nissa' .. dan kau panggil aku , abang . "
Anissa membulatkan matanya . Ha ?! Sayang ? Abang ? Euwww tak biasalah ! Nak cakap pun rasa meremang bulu roma . 'erk abang Haziq ' uishh naik bulu roma tho .
"Abang?"
"Yelah habis kau nak panggil aku , ape ? Bie?"
"Oh tolonglah ! Memang tak lah"
"Haa dah tu?"
"Emm okayla ii , abang pun abanglah ..."
"Haaa kan bagus macam ni"
Anissa memandang Haziq .
"Ape pandang ii ?! Maksud aku , barulah Aku nampak kau ni sopan sikit kalau tak kasar je memanjang sampaikan kambing Pak Abu tu pun lari bila nampak kau" perli Haziq
Uishh mamat nih ! Semalam bukan main sweet gila babun ! Boleh potong kaki oooo . Sekarang nih , perangai syaiton dia dah kembali . My old Haziq has back
"Ewahhhh mulut kau ni ! Aku sumbat dengan selipar jepun baru tahu"
"Berani ke cik Anissa ... Eh Puan Anissa oii?"
"Teringin nak masuk neraka sebab derhaka dekat suami ke?" Tambahnya
Uishhhhhhhhhh deeepppppp ! Tertusuk hati seketul Anissa Alya . Oh , suami mengata isteri tak pelah eh ? Mazhab mana kau pakai? . Ish !
YOU ARE READING
Jodoh Sekampung
RomanceAmazing cover by @nurhanaaaaaaaaaa💛 Anissa Alya dan Haziq Asyraf pantang berjumpa pasti bergaduh , ada sahaja plan untuk mengenakan satu sama lain . "saya kawin dengan dia? haha to the haha lambat lagi " - Anissa Alya "ape ? kawin dengan minah se...