Dari jauh kelihatan sepasang kekasih berjalan berpimpin tangan digigi air. Masing-masing kelihatan begitu gembira. Kelihatan senyuman tidak lekang dari wajah keduanya.
Sambil mendepakan tangan, Orked menutup mata, membiarkan bayu laut meniup lembut wajah ayunya. Tiba-tiba satu ciuman lembut singgah dipipinya.
Lekas-lekas Orked membuka katanya. Menjeling kekasih hati yang tersengih menampakkan barisan gigi yang bersih tersusun.
"Eiiii.. suka je ambik kesempatan tau" kata Orked sambil tangannya laju mencubit manja perut Aidan. Lalu Orked berlari meninggalkan Aidan yang sedang menahan kesakitan. Elleh... Bukan sakit pun, berlakon je lebih.
Tidak jauh dari pasangan itu, kelihatan sepasang lagi kekasih sedang bertengkar. Adriana Husna dan Adam Farish yang merupakan pasangan kekasih dan juga sahabat rapat Orked dan Aidan. Dan, bertengkar adalah cara mereka bermesra.
Percutian pendek ini sebenarnya adalah rancangan Aidan untuk melamar Orked. Aidan tahu, Orked adalah seorang yang sangat sukakan pantai. Kerana itulah dia membawa Orked bercuti kesini.
Mereka tiba di Bidara Beach Village tengahari tadi selepas memandu lebih kurang 2 jam. Selesai process check in, Aidan meminta Orked dan Husna merehatkan badan dahulu. Kalau diikutkan, tidak la penat mana pun, namun, dek cuaca yang agak terik, menghalang mereka melakukan sebarang aktiviti.
Petang itu, Orked yang santai mengenakan oversized shirt dan strip pants berwarna gelap kelihatan begitu anggun manakala Aidan senang mengenakan seluar bermuda dan t-shirt Polo warna senada.
Memang menjadi kegemaran pasangan kekasih ini untuk menggayakan warna senada setiap kali menghabiskan masa berdua. Acah-acah couple of the year.
"Abang, tengok la kawan abang tu, ape lagi la yang dia usik Husna sampai muncung Husna tu boleh ikat dengan reben" kata Orked sambil tertawa. Adam Farish memang gemar mengusik buah hatinya. Jika Orked dan Aidan dikenali dengan pasangan paling cool, Husna dan Adam pula dikenali dengan pasangan paling "hot". Manakan tidak, kalau tak habis-habis bergaduh, berperang mulut.
Mereka berjalan bergandingan tangan menuju kearah Husna dan Adam. "Weh Adam, ko dah kenapa? Dari jauh aku nampak muncung Husna" tegur Aidan. Adam hanya membalas dengan ketawa besar. "Mana la aku tak gelak, Husna nie, boleh cakap nak makan chopstick. Jenuh la aku fikir. Sekali, ko tau apa yang dia nak makan sebenarnya?" Adam menyoal Aidan. Lantas Aidan mengangkat bahu tanda tidak tahu. Malas nak fikir yang sebenarnya. "Alaaaaa.... Awak nie, saje kan nak bagi saya malu. Saya tersyasyul je la.. Nak cakap chicken chop, tapi tercakap chopstick.. hehehe" terang Husna sambil tersipu kemaluan. "Laaaaaaaa... Jauh betul kau tersyasyul ye Husna?" jawab Aidan sambil tertawa kecil.
Mereka menghabiskan masa ditepian pantai sehingga terbenam matahari. Masing-masing terpesona dengan keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Tidak lupa, memenuhi ruang simpanan memori telefon bimbit masing-masing dengan mengambil gambar ala insta famous.
Usai makan malam, Aidan mengajak Orked mengambil angin ditepian pantai. Sebenarnya, Aidan sudah merancang sesuatu untuk Orked.
"Orked.. tunggu kejab ye, abang nak ke kereta kejab. Tunggu tau, jangan pergi mana-mana." Orked hanya membalas dengan anggukan kecil. Ye la, mana lagi la nak pergi malam-malam buta ni? Kalau hilang sekalipun, destinasi yang boleh dituju hanyalah ke bilik chalet. Tapi, rugi la.. bukan selalu dapat meluangkan masa dengan kekasih hati.
Aidan datang dengan membawa sekotak donut dari Dunkin Donuts. Bersinar mata Orked melihat bawaan Aidan. Memang kegemaran seorang Orked adalah donut yang dipenuhi dengan coklat.
Aidan mengambil tempat disisi gadis kesayangannya lalu membuka dan menyuakan kotak tersebut. Orked teruja untuk mengambil satu namun, ada sebiji yang agak lain dari yang lain.
"Abang, kenapa Orked tak tau pun Dunkin Donuts ada keluar perisa baru?" soal Orked kehairanan. "Entah la, abang pun tak pasti. Tapi, nampak macam sedap kan?" Sedaya upaya Aidan memancing Orked untuk mengambil donut "perisa baru" tersebut.
Nyata Orked terliur sungguh dengan donut perisa chocolate kreme dan diatasnya dihiasi dengan cream frosting. Manakala dibahagian atas dihiasi dengan sebutir coklat Ferrero Rocher.
Usai membaca bismillah, Orked lantas mengambil coklat yang digemarinya dan dimasukkan kedalam mulut. Sambil menutup mata, seakan Orked benar-benar menghayati setiap kunyahan. Aidan tersenyum melihat aksi comel Orked. Orked sentiasa menjadi diri sendiri apabila bersamanya. Tak perlu berlagak ayu.
Orked lantas menggigit donut tersebut. Cream frosting terkena hidung mancung Orked. Makin besar senyuman Aidan. Masuk gigitan kedua, Orked berasa pelik. "Dah kenapa ada batu pulak dalam donut nie?" Orked memperlahan kunyahan. "Ada yang tercekik donat nie karang" bisik hati kecil Orked.
Aidan yang memang bersedia dari awal, menghulurkan sehelai tisu kepada Orked. Lantas Orked mengeluarkan "batu" dari dalam mulutnya.
Terkebil-kebil mata Orked cuba menghadam situasi. "Abang, agaknya cincin staff Dunkin Donuts nie tertinggal dalam donut nie masa dia buat agaknye kan?" Dalam masa yang sama, timbul rasa geli.
Berdekah Aidan ketawa. Orked makin kehairanan. " Alah Orked.. kira tak jadi la suprise abang nie ye?" Suprise ape pulak abang mengarut nie?" nyata Orked masih lagi belum menyedari yang cincin tersebut adalah cincin yang ingin Aidan berikan sebagai simbol untuk melamarnya menjadi surihati Aidan.
Lantas Aidan mengambil cincin tersebut dari tangan Orked dan mencuci dengan air mineral yang memang sudah disediakan lebih awal. Usai membersihkan cincin tersebut, Aidan mengambil tangan Orked. Cincin tersebut disarungkan dijari manis Orked.
" Orked sayang, sudi tak Orked hidup dengan abang, susah senang, bersama abang?" Orked yang baru tersedar akan "suprise" tersebut hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju. Speechless Orked rasakan. Lansung Orked tidak menyangka, selepas lebih 6 tahun menyulam cinta, Aidan benar-benar mengotakan janji.
Serentak itu, Husna dan Adam keluar dari tempat persembunyian. Lantas Orked memeluk Husna tanda gembira.
Sempat Adam merakam detik-detik manis yang tak menjadi tadi. Boleh tunjuk kat anak cucu betapa "blur"nya seorang Kaseh Orked.
Percintaan Orked dan Aidan berputik ketika mereka masih dialam persekolahan lagi. Orked ketika itu ditingkatan 5 manakala Aidan adalah abang senior upper six yang menjadi kegilaan para junior. Walaupun selepas tamat persekolahan, Aidan melanjutkan pelajarannya di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur, namun hubungan mereka tetap kekal hingga ke saat itu. Nyata, cinta dan kasih sayang Aidan utuh hanya untuk gadis manis bernama Kaseh Orked.
Manakala Orked, tidak menyambung pelajarannya kerana tidak mahu menyusahkan kedua ibubapa angkatnya. Walaupun keputusan SPMnya sangat cemerlang dan Orked merupakan salah seorang pelajar cemerlang disekolahnya. Sejak habis persekolahan, Orked menghabiskan masa lapang dengan membantu umi dan walidnya menguruskan beberapa cawangan mini market milik keluarga mereka. Ketika ini, walid telah menyerahkan 100% urusan kepada Orked. Walid hanya bertindak sebagai penasihat sahaja.
Namun begitu, Orked sangat rajin mengikuti kursus-kursus jangka pendek. Pada Orked, tidak mengapa jika tidak memegang segulung ijazah, tapi dia tak akan berhenti dari menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
Aidan baru lebih kurang setahun menjawat jawatan auditor di salah sebuah firma audit yang terkenal di ibu kota. Setiap bulan, Aidan akan berjimat cermat semata-mata mahu melamar si kekasih hati. Dan malam ini, semua itu menjadi kenyataan.
Sepanjang malam itu mereka menghabiskan masa di tepian pantai. Baring sambil mengira bintang-bintang di langit, merenung bulan yang mengambang indah. Jari bertaut seakan tidak mahu dilepaskan. Sesekali Aidan mencium lembut kepala Orked yang dilitupi dengan shawl. Bercerita tentang masa depan. Mengimpikan sebuah kehidupan indah. Sehingga mata tertutup hingga subuh memunculkan diri.
YOU ARE READING
Gelora Hati (Slow Update)
RomanceKaseh Orked. Bertahun menyulam kasih bersama kekasih hati, Ahmad Aidan. Berjanji hidup bersama. Namun, sebagai anak angkat yang terhutang budi setelah kematian kedua ibubapa, Orked dikahwinkan dengan anak buah ibu angkatnya. Perkahwinan yang mulanya...