Lara hati

208 14 20
                                    

Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran aku genggam. Sepatutnya, aku merancang untuk menyambung pelajaran selepas menikahi Orked. Sudah tentu lah Orked akan aku bawa sekali. Aku juga merancang untuk mendaftarkan Orked untuk mengikuti sebarang kursus yang dia minati. Tapi kini, hanya aku saja yang akan meneruskan segala perancangan ini. Sendirian. Bukan aku tak tahu, keinginan Orked yang satu ini. Masih aku teringat betapa sedihnya Orked apabila umi menolak permohonan Orked untuk melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM.  Aku lah satu-satunya saksi yang menyaksikan air mata Orked. Lalu aku berjanji,  suatu hari nanti, bilamana tanggangjawab Orked berpindah kepada aku, akan aku realisasikan segala hasrat Orked yang tidak kesampaian.

"Arrrrrghhhhh"..  Aku kusutkan rambut yang semakin panjang. Sebagaimana kusutnya rambut, begitu juga kusut hati dan perasaanku.

"Tok tok tok" pintu bilik ku diketuk dari luar.

"Aidan"

"Ye mama?" 

"Aidan, jom makan sekali. Mama dah masak lauk kegemaran Aidan nie.. nanti dah kesana jangan kata rindu pulak.. "

Aku tersenyum nipis. Pandai je mama memancing aku.

"Jab mama.. nanti Aidan turun"

"Cepat sikit, abah pun dah tunggu tu"

Mendengar khabar abah ada sekali, cepat-cepat aku menyarungkan t-shirt. Tak mahu dikatakan anak menjadi tuan.

Tiba dimeja makan, semua ahli keluarga dah duduk mengadap makanan. Mama, abah, abang long, kak long, kak Mia dan kak Ya.  Kami empat beradik. Entah bila abang long sekeluarga sampai, aku pun tak perasan.

"Sorry lambat.. tak tau pulak semua ada" kataku sambil tersengih memandang ahli keluarga yang lain.

"Mana la nak sedar, kalau asyik termenung dalam bilik tu.  Mengalahkan anak dara pulak". Fuhhh.. Kak Ya nie, kalau dah bukak mulut, memang pedas la kata-kata yang keluar.

"Dahhhhh... Depan rezeki jangan nak bergaduh. Aidan, baca doa."

Aku sekadar menurut arahan abah. Doa makan aku bacakan. Usai membaca doa, aku menyenduk lauk kegemaranku yang mama katakan tadi. Gulai daging salai. Dimasak dengan penuh kasih sayang oleh mama, memang tiada tandingan. Lupa sekejap segala kekusutan.

"Aidan, barang semua dah siap kemas?" Soal abah. Jarang-jarang sebenarnya abah ada sekali waktu makan tengahari.

"Belum lagi" jawabku sambil tersengih. Masakan tidak, mengikut jadual penerbangan, aku akan berlepas ke Melbourne pada esok pada jam 9.15 pagi.

"Kenapa belum Aidan? Tak jadi nak pegi ke?" Soal mama kehairanan.

"Tak de la mama.. jadi je. Ala.. bukan ape sangat.. semua dah ada, tinggal nak masuk dalam luggage je".

"Lepas makan nie, siapkan semua. Mama tak nak nanti ade je yang tertinggal. Melbourne tu jauh. Bukan macam nak pegi Sabah ke Sarawak." Mama dah mulakan leteran.  Sesuatu yang akan aku rindui nanti.

"Baik mama.. Lepas makan nie, Aidan buat ye.. mama jangan la risau.. sekarang nie, mama bagi Aidan enjoy makanan kegemaran Aidan dulu.. nanti lama lagi baru dapat rasa air tangan mama yang awesome nie". Sengaja aku memuji mama. Mama tersenyum bangga, manakala aku meneruskan suapan.

Kedengaran abang dan kakak-kakakku bersembang. Aku hanya mendengar. Malas mahu menyampuk sekali.

Semua ahli keluarga aku tahu apa yang terjadi antara aku dan Orked. Kak Ya yang agak rapat dengan Orked mahu berjumpa dan berbincang. Tapi aku tak benarkan. Aku tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Pastilah Orked akan rasa lebih tersepit. Antara sayang pada umi dan pada aku, sang kekasih hati. Kekasih hati? Ah... Itu dulu.. sekarang dah tak ada maknanya lagi.

Gelora Hati (Slow Update)Where stories live. Discover now