Seventeen

1.1K 56 13
                                    

Baru Rycca tahu yang Ryan duduk serumah dengan Amar dan Jumbo. Haritu datang kata lain. Memang Ryan nak kelentong Rycca.

Bubur didalam periuk kecil itu dikacau perlahan. Tipikal makanan orang sakit.

Tiba tiba Rycca rasa berbahang. Pipi rasa panas. Bukan dia tak dengar kata kata Ryan sebentar tadi. Memang melayang sampai bulan Rycca jadinya. Mulalah menaruh harapan.

Bubur ayam itu disenduk kedalam mangkuk. Kemudian air suam dituang kedalam muk. Ubat Ryan yang ada diatas meja turut diambil.

Rycca mendekati Ryan. Dulang makanan diletakkan diatas meja. Mangkuk bubur dikeluarkan dari dulang.

" Nah. Makan ni dulu baru makan ubat."    arah Rycca.

" Bubur?"

" Yep. Bubur. Saya tak tahu masak sangat. Setakat bubur boleh lah. Lagipun awak sakit kan? So makan aje."

Ryan garu garu kepala. Kenapalah makanan orang sakit mesti bubur? Buatlah barbeku ke, steamboot ke. Baru bersemangat nak makan.

" Awak makanlah. Saya balik dulu."

Terhenti terus pergerakan Ryan nak mencapai mangkuk bubur. Dahinya berkerut.

" Eh? Habistu kau datang ni nak buat apa?"

Bahu diangkat.  "Nak tengok awaklah. Tau tau je demam. Saya langsung tak dapat khabar."

Bunyi macam tak tahu malukan? Datang rumah lelaki yang takde hubungan apa apa.

" Ha habistu balik cepat sangat apehal?"

Baru Rycca nak membuka mulut, Ryan memintas. Seperti tau tau aje apa yang ada dalam fikiran Rycca.

" Budak dua ekor tu ada je dekat luar. Kita bukan berdua duaan. Pintu tu pun terbuka luas ha."

" Takut takut sangat, anak jiran depan tu tengah melalak main kejar kejar. Apa apa jerit je. Confirm depa mai tolong."

Rycca berdehem perlahan. Memang itu yang dia fikirkan.

" Duduk."

Bagaikan patung bernyawa, Rycca automatik duduk. Hanya memerhati Ryan meniup bubur dan menyuap perlahan.

Senyuman terbit dibibir Rycca. Comel jugak Ryan ni. Dengan baju lengan panjang dia tu. Rambut masai masai. Macam budak budak. Tapi handsome lah.

Semakin lama semakin laju suapan Ryan. Sesekali dia mengaduh kerana bubur itu masih panas. Gelojoh.

" Bila kau belajar balik? Kaki tu?"  soal Ryan memecah kesunyian. Rycca tersentak dari lamunan sebelum menjawab soalan Ryan.

" Entahlah. Tengok lah."

Keadaan kembali sepi semula. Hanya bunyi dari Ryan yang menyedut hingus aja. Tisu pun dah penuh dalam bakul sampah tu.

Rycca menggigit bibir bawahnya. Ingin menanya satu soalan ini. Tetapi takut masa tidak sesuai. Ryan pun sakit. Tapi nilah peluang yang ada sementara dia masih ingat.

" Macam mana awak boleh ada dekat hotel tu? Awak selamatkan saya? Kenapa awak sorok?"

Ryan seperti sudah menjangka soalan soalan itu. Yelah. Lepas semua terjadi, pasti Rycca ada banyak soalan yang ingin diutarkan.

Air diteguk sebelum Ryan menjawab soalan Rycca.

" Aku takut kau takut tengok aku macam tu. Aku taknak."   Ryan berterus terang. Dia menarik nafas.

" Tapi apa aku boleh buat? Kau dah takut aku pun."

" Kalau saya takut awak, saya takkan datang sini tahu tak."  bidas Rycca geram. Ryan dijeling tajam.

My SoulWhere stories live. Discover now