Fifty two

941 44 0
                                    

Automatik wanita itu terjaga dari tidur. Dia terduduk. Di fikirannya saat ini, nama Jasmin diulang ulang bagaikan siaran ulangan radio.

Bahu lelaki disebelah digoncang. Tidak perlahan dan tidak kuat sangat. Terus lelaki itu terjaga.

" Kenapa ni?"   lemau aja suara Haziq ketika dia bertutur. Dia duduk dan lampu tidur dibuka. Mata digosok dan wajah Rania dipandang.

" Abang! Teman Nia pergi rumah Jasmin sekejap!"

Terus segar bugar Haziq jadinya. Dia terkejut.

" Hey, kenapa nak kena pergi sana pulak? Lagipun dah malam buta dah sayang. Kenapa ni?"

Rania mencebik. Dia turun dari katil dan menuju ke almari untuk menukar pakaian.

" Nia nak cari betul ke dia anak makcik Husna. Nia nak cari rekod perubatan dia"

" Kejap! Kenapa nak cari semua tu?"

" Ish abang ni!"

Rania menuju ke arah suaminya dan duduk betul betul dihadapan lelaki itu.

" Kalau betul apa yang Ryan cakap Jasmin attack Rycca selama ni, maklumat maklumat tu boleh membantu"

Kening Haziq bertaut. Sejak bila semua tu berkait rapat?

" Dari segi?"

Rania mencekak pinggang.  " Abang nak ikut ke taknak? Kalau tak Nia pergi sorang!"

Kelam kabut Haziq turun katil dan mencapai jaket di dalam almari. Tak sempat nak cuci muka ke apa, nak mendesak aja laju!

" Sekejap sayang. Abang nak tengok Hadif "

Setelah memastikan si anak lena diulit mimpi, perlahan lahan mereka keluar dari rumah itu.

Setibanya di rumah Jasmin, Rania telan liur.

" Hari tu tuan rumah ni ada kata, Jasmin tak pernah pindah. Maknanya, mesti barang barang dia still ada dekat sini"   jelas Haziq. Yelah, membantu lah katakan.

" Seram lah"  kata Rania.

Haziq menjeling.  " Nak ke taknak?"

" Nak nak. Jom"








****









Buntu. Blank. Blur!

Badan Rycca terketar ketar tika ini. Air mata jangan cakap, meleleh leleh keluar tanpa had. Matanya tidak lepas memandang Ryan yang sedang menahan kesakitan.

" Pandang aku lah! Pandang dia buat apa?"  Jay menyampuk. Rycca tersentak. Dia tersedu seduan.

" Kak..Jasmin..kenapa ni? Kenapa akak- "

" JAY! Aku dah kata, nama aku Jay. Jangan buat aku ulang Rycca"

Sungguh! Lemah semangat. Segala kekuatan bagaikan terbang begitu sahaja. Langsung tidak meninggalkan sisa.

" Please..jangan buat macam ni..aka-J..Jay nak apa?"

Satu senyuman lebar terukir di bibir Jay. Nampak berpuas hati dengan reaksi yang diberikan oleh Rycca. Perlahan lahan dia mendekati wanita itu.

" No. Jangan dekat"

Jay berhenti. Dia mengangkat kedua belah tangan apabila mendengar permintaan Rycca.

" Alright"

Jay diam kembali. Dia menebarkan pandangan pada seluruh bilik itu. Seakan akan mengimbas. Apabila pandangannya tertancap pada Ryan yang masih berusaha untuk bangkit, dia senyum sinis.

My SoulWhere stories live. Discover now