Kotusw

244 46 19
                                    

*King of the unseen World*

*Aku rela jadi buih dilaut untuk bukti ini cintaku*

*Tuhan, ku mohon...
temukan aku dengannya*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bunyi air yang mengalir lembut bersulam dengan derasnya air jatuh menghempas permukaan berjaya menggangu lenanya. Entah sejak bila bunyi alarmnya berubah.

Khyra Layla mengeliat lagaknya anak kecil yang terganggu tidurnya. Kakinya dilipat rapat ke dada. Kedua tangannya memeluk lutut. Sejuk. Sejuk hingga ke tulang.

Tangan kanan meraba - raba sekeliling mencari selimut untuk mengurangkan rasa sejuk yang mulai berakar umbi.

Tiada.

Mata masih degil untuk melihat dunia. Walaupun alarm berulangkali berbunyi tanpa henti. Namun Khyra Layla tetap mahu menyambung tidurnya.

"Arghhhh...."

Geram.

Rasa mengantuknya masih menggunung. Dia mahu tidur sepuas - puas hati. Cutinya masih panjang, untuk apa bangun awal pagi kalau hari - hari yang dilaluinya tetap sama. Tiada apa yang berubah.

Perlahan kelopaknya mata dibuka. Maka tautan antara mata mulai terlerai. Terpisah tanpa rela.

Gelap.

Bola matanya tidak dapat menangkap satu apapun. Tangannya diangkat ke muka. Kemudian dihayun kekiri dan kanan. Samar.

Dalam fikirannya tentu bilik hotel yang diinap nya terputus bekalan eletrik. Tapi kenapa sejuk? Atau mereka menggunakan penghawa dingin yang ada bateri?

Tangannya meraba mencari telefon. Puas raba satu katil apa yang dicarinya tetap tak jumpa. Tanpa putus asa dia cuba meraba meja bulat yang ada ditepi katil. Mungkin telefon nya ada di situ.

"Aaaaaaaaaa!!!" Khyra Layla menjerit kuat. Dia telah terpegangkan sesuatu. Jantungnya mengepam laju. Nafasnya jadi tidak teratur. Rasa takutnya tiba - tiba muncul.

Dalam dia cuba menenangkan hati sendiri, cahaya mula menerangi bilik yang tadinya gelap gelita.

"Baguslah kamu telah sedar"

Khyra Layla berpaling. Memandang arah datangnya suara yang menyapa. Sejak bila ada orang lain dalam biliknya? Manusia? Jin? Hantu?

"Minum"

Seperti anak yang menurut kata ibunya, huluran air bersambut. Matanya masih tidak lepas memandang gadis yang berdiri disisi katil. Mug dibawa ke mulut. Dia perlukan air untuk menenangkan diri dari rasa terkejut yang masih tersisa.

"Arhhhh!!"

Terkejut untuk kali kedua buat mug yang ada di tangan Khyra Layla terlepas. Rasa air bukanlah masalah buat tekaknya tapi ada benda lain yang menganggu pandangan.

"Minum..."

Khyra Layla menggeleng. Mug yang ada di tangan gadis itu sebijik dengan mug tadi.

Mug berwarna ungu dengan rekaan unik. Mempunyai gelembung kecil yang melingkar disekelilingnya dan kepala sotong yang bertenggek bulat sebesar bola besboll.

"Eeeee" tubuhnya mengeliat geli. Geli bila teringatkan kejadian tadi. Bayangkan masa dia minum tu matanya bertemu pandang dengan mata sotong. Seram. Nampak hidup dan bernyawa.

"Awak siapa? Saya dekat mana?" Sambil mengajukan soalan Khyra Layla cuba mencerna apa yang sedang berlaku.

Anak matanya ligat melihat dekorasi bilik yang cukup pelik. Dindingnya diperbuat dari bebatuan hitam yang dipenuhi lumut hijau. Ada kerang berbagai bentuk dan warna yang menempel. Bilik itu tampak kosong dan suram. Hanya ada katil dan meja sisi.

King Of The Unseen WorldWhere stories live. Discover now