Chapter 2

108 14 0
                                    

Hello readers👋

I'm backkk 😀...

SELAMAT MEMBACA.....






Setelah So hyun menerima syarat yang diberi oleh Jaehyun mereka pun pergi menuju ke bilik pemilik Club malam tersebut lalu Jaehyun berjumpa dengan pemilik Club itu untuk membebaskan So hyun dan adiknya. Pemilik Club malam tersebut memberi harga yang tinggi kepada Jaehyun jika dia ingin membebaskan kedua beradik itu. Nama pun Jaehyun dia tidak hairan dengan harga yang telah diberikan oleh pemilik Club tersebut kerana wangnya pun terlalu banyak sampaikan tujuh keturunan dia pun tidak akan habis. Oleh itu, Jaehyun pun menulis harga yang diberikan di atas kertas cek lalu dia memberikan kepada pemilik Club malam tersebut. Pemilik Club malam itu sangat terkejut kerana Jaehyun memberikan dua kali ganda untuk membebaskan So hyun dan adiknya kemudian pemilik Club itu terus memerintahkan pengawalnya untuk membebaskan adik So hyun. Setelah selesai dengan perundingan tersebut mereka pun keluar sambil menunggu adik So hyun.

"Tuan Jaehyun terima kasih kerana membebaskan kami dan saya minta maaf gara-gara saya tuan terpaksa buang duit semata- mata nak bebaskan kami." Kata So hyun.

"Tak perlulah awak nak risaukan duit saya pun tak akan habis." Jawab Jaehyun. Pada ketika itu Seohyun memanggil kakaknya sambil berlari menghampiri So hyun..

"Kakak!!!". Panggil Seohyun.

"Seohyun!! Mujurlah kamu selamat". Kata So hyun sambil memeluk adiknya.

"Ehemmm"......

"Oh kakak hampir lupa.. Kenalkan ini tuan Jaehyun. Dialah yang sudah membebaskan kita berdua." Jelas So hyun..

"Hello tuan Jaehyun, saya kim Seohyun dan terima kasih sebab sudah bebaskan kami." Kata Seohyun.

"Kalau begitu mari kita pulang" kata Jaehyun sambil berjalan keluar dari Club malam itu diikuti dengan So hyun dan Seohyun.

"Kita akan pergi ke mana kakak????" Tanya Seohyun.

"Kita akan kerja menjadi maid di rumah tuan Jaehyun.. Tak mengapakan ???" Kata So hyun.

"Ooo.... Tidak menjadi masalah lagi bagus kerja jadi maid daripada kerja di tempat tadi." Jawab Seohyun. Mereka pun mengikuti Jaehyun dari belakang dan menuju ke arah kereta Jaehyun. Semasa menuju ke kediaman Jaehyun mereka bertiga hanya berdiam diri sahaja lalu Jaehyun pun mulakan perbualan agar mereka tidak berasa kaku.

"Umur awak berapa tahun So hyun????" Tanya Jaehyun.

"Umur saya baru 22 tahun dan umur adik saya pula baru 20 tahun tuan Jaehyun." Jawab So hyun dengan sopan.

"Jangan panggil saya tuan... Awak panggil saya macam menampakkan saya ni dah tua... Just call me Jaehyun Oppa sahaja." Kata Jaehyun.

"Baik Jaehyun Oppa" jawab So hyun.

"Umur saya dengan awak tidak jauh pun..... Saya baru 25 tahun. Awak dengan adik awak boleh ke kerja di rumah saya bukan apa rumah saya tu besar dan saya takut awak penat nak uruskan." Kata Jaehyun.

"Tak mengapa Jaehyun Oppa kami sudah terbiasa buat kerja rumah." Jawab So hyun. Mereka pun meneruskan perjalanan sehingga kereta yang dinaiki pun mula masuk ke dalam perkarangan rumah Jaehyun dan alangkah terkejutnya So hyun dan adiknya kerana rumah Jaehyun sangatlah besar dan boleh dikatakan itu adalah sebuah mansion.

 Mereka pun meneruskan perjalanan sehingga kereta yang dinaiki pun mula masuk ke dalam perkarangan rumah Jaehyun dan alangkah terkejutnya So hyun dan adiknya kerana rumah Jaehyun sangatlah besar dan boleh dikatakan itu adalah sebuah mansion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY BELOVED MAID 💕Where stories live. Discover now