Chapter 11

45 6 0
                                    

Helloo readers.....👋🏻😁

SELAMAT MEMBACA.........

°

°

°

°

°

°

°

°

°

°

°

°

Yuta rasa tidak sangka bahawa Seohyun juga mempunyai perasaan yang sama dengannya. Betullah orang dulu kata kalau pada mulanya tak suka nanti akan datang perasaan suka tu. Yuta mula memujuk Seohyun supaya berhenti menangis.

"Sudahlah tu menangisnya buat apa awak nak tangisi lelaki tak guna macam Felix tu. Buat sakit mata saja. Nanti tahulah nasib dia sebab buat kekasih hati saya ni menangis." Kata Yuta.

"Awak janji yang awak akan balas balik pada dia setelah dia sakitkan hati saya." Pinta Seohyun.

"Ya, saya janji." Janji Yuta pada Seohyun dan tanpa mereka sedari Jaehyun dan Sohyun telah melihat kejadian di mana Yuta meluahkan rasa cintanya pada Seohyun. Tiba-tiba Jaehyun mencelah..

"Wuuuuu!!!!!! Terluah juga akhirnya. He he he he...." Celah Jaehyun sambil ketawa.

"Diamlah!.. Kau menganggu aku nak berdua-duaan dengan Seohyun. Dah pergi sana." Halau Yuta.

"Seohyun saya tak sangka awak pun suka dekat Yuta hyung dan awak tak terasa ke yang Yuta hyung tu dah nak tua...hi hi hi hi..." Kata Jaehyun sambil menahan ketawa.

"Ishh... Budak ni kau ke sini.. Geram pula aku dengan Kau ni." Kata Yuta sambil mengejar Jaehyun yang sudah melarikan diri dari Yuta. Sohyun hanya menggelengkan kepalanya ketika dia melihat gelagat dua beradik tersebut. Sohyun pun mula menghampiri adiknya dengan tatapan selidik.

"Kakak marah ke saya suka dengan Yuta Oppa??" Tanya Seohyun dengan nada perlahan.

"Buat apa kakak nak marah pada kau.. Itukan hak kau nak bercinta dengan sesiapa pun asalkan orang tu baik. Lagi pun Yuta Oppa tu bertanggungjawab orangnya." Jawab Sohyun sambil memeluk Seohyun.

"Terima kasih sebab memahami saya selama ini." Kata Seohyun.

"Sama-sama. Kakak nak kau bahagia selalu." Kata Sohyun. Seohyun hanya mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Mereka pun masuk ke dalam rumah bersama-sama dan mereka membiarkan kedua beradik itu bertengkar.

°

°

°

°

°

°

°

°

°

MY BELOVED MAID 💕Where stories live. Discover now