Killer Part 7 🔪

8 0 0
                                        

kereta diparking digaraj
Hyunra keluar dari kereta begitu juga dengan mereka bertiga.
Haera terburu buru lari mendapatkan hyunra

"Hyunra!! " jerit haera nyaring.
"Asal " tanya hyunra rimas

"Budak bertiga tu hilang ! Han . sumin dengan haena hilang ! " haera bertingkah panik.
Hyunra kerut kening penat
Hyunra menuding jari ke belakang.
Haera tolehkan kepalanya ditepi
dan dia nampak mereka bertiga sedang seronok menikmati aiskrim dan juga air milk boba.
Haera menjeling mereka tajam
Hyunra malas mahu layan.
dia mahu masuk ke bilik makan ubat dan berehat
Kepalanya terasa amat sakit.

"Korang bertiga ! Kemana haa !? " marah haera. Dia menarik ketiga tiga telinga mereka serentak .
Akibat geram punya pasal dengan mereka

"Duh duh sakitlah haera unnie " ngadu sumin sakit.
Haera tak peduli.

"Mana korang pergi ? Unnie ingat korang hilang tau. Jgn buat org risau boleh tak lepas ni. Haih korang ni mmg lah " mereka bertiga menutup telinga.
Haera bila dah start membebel automatik mmg takkan berhenti.

" alah unnie. Rilek lah kami pegi hantar irina unnie je " kata haena selamba.
Haera menjegilkan mata nya geram

"Kepala otak kau. Korang dah lah pergi senyap senyap. Haih lain kali jgn buat perangai mcm tu boleh tak? Buatnya mood hyun tu tak elok mahunya dimaki saja korang " kata haera geram.

" siapa belanja korang semua ni ? " tanya haera berminat nak tahu.

"Hyunra unnie lah. Kitorang tak bawak pape pun tadi " jawapan sumin membuat haera termenung.
Hyunra tak mudah sangat mahu melayan mereka.
Kalau dulu lain lah.
Dia terasa rindu akan sikap dan perangai hyunra yang dulu.
Kalau sekarang. Dia pun rasa takut takut mahu tegur hyunra.
Entah apa yang buat hyunra boleh berubah begitu.

" dahla jom masuk. " ajak haera kepada mereka. Mereka semua menurut dan mengikut haera masuk ke dalam.

Selepas mandi hyunra mengambil beberapa pil dilaci dan menelannya
Kepalanya teramat sakit.

" tak biasa kau layan mereka " teguran harin buat hyunra tersentak.
Hyunra memandangnya dingin.

"Kau nak apa " tanya nya dingin
Harin senyum saja lihat kelakuan hyunra.
Dia tahu hyunra menyembunyi kan sesuatu daripada dia dan mereka semua.

" kau okay ? " soalan yang lain dilemparkan oleh harin
Hyunra mendengus

" kalau takde apa apa yang penting tolong keluar harin.
aku takde mood nak bercakap dengan org. Aku nak berehat. Kepala aku sakit. Lagi satu mcm mana kau boleh masuk bilik aku ? " hamun hyunra sekaligus.
Harin tak berminat nak jawap.
Dia hanya diamkan diri nya saja

" pintu kau yang tak kunci. Aku kebetulan lalu dan masuk. " jawap harin setelah diam beberapa minit tadi

"Keluar " halau hyunra.
Harin mengeluh . Susah sangat nak bercakap dengan hyunra sekarang ni.

"Hyun. Aku tak tahu apa yang jadi dengan kau. Tapi tolonglah hyun. Aku rindu kau masa dulu. Mana kau yang aku perlukan sekarang? Mana janji kau dulu hyun ? Kenapa kau berubah secepat ni? Apa salah aku. Apa salah mereka? Kenapa kau dingin dan boleh jadi semarah ni hyun
Jujur hyun jujur. Aku rindu kau yang dulu. Hyunra yang depan mata ni aku dah tak kenal siapa kau. " hyunra memegang kepalanya sakit.
Hati dia panas.
Kenapa semua orang asyik cakap benda yang sama.
Dirinya terlalu berubah ? Atau hanya mereka saja yang perasan.
Dia penat nak layan semua soalan yang sama.
Diorang takkan tahu apa yang dia rasa dan apa sebab dia boleh jadi macam ni.
Hyunra terlampau rungsing nak memikirkan semuanya.
Hyunra menolak harin keluar dari biliknya.
Dia mengunci pintu dan membiarkan harin diluar.
Dia merebahkan dirinya ke katil.
Dirinya terlampau penat. Kepalanya terlampau sakit.
Dia melelapkan matanya sekejap.
Nampaknya ubat yang dia telan dah beraksi.

"Tak guna kau cakap benda yang sama harin " tegur sandara yang perasan harin berdiri di pintu bilik hyunra.
Dia bersalah kerana mendengar pembualan antara hyunra dan harin
Harin hanya senyum tipis buat sandara.
Mood dia hancur disebabkan hyunra.
Harin meninggalkan sandara tanpa membalas apa apa.
Sandara hanya melihat harin pergi.
Dia mengeluh.

.......

" awak ni asyik lambat je. Penat saya tunggu " aera merungut terhadap yunho
Yunho tak berminat nak melayan
dia berjumpa dengan aera pun disebabkan terpaksa
Sampai bila dia nak kena hadap macam ni
Tiba tiba yunho mengeluh.
Aera melihat ke arah yunho pelik
Tak biasanya yunho mengeluh bila keluar dengan dia.

"Are you okay ? " tanya aera risau.

"Okay " jawap yunho sepatah.
Aera menyerah.
Dia betul betul dah hilang sabar dengan yunho

"Kalau awak rasa terpaksa keluar dengan saya. Cakap yunho.
saya penat lah macam ni. " yunho senyum sinis
Baru sekarang dia sedar yang yunho mmg terpaksa keluar dengan dia ..

" baguslah kalau kau dah tau " balas yunho dengan riak tak bersalah.
Aera terkesima.
air mata nya mengalir perlahan.
Belum sempat aera mahu bertanya kenapa
Yunho awal awal dah hilangkan diri  dia
Makin kuat air mata aera mengalir..
Apa salah dia terhadap lelaki itu ?
Aera menyeka air mata nya dan berlalu pergi dari mall .
Dia tak nak orang lain nampak dia menangis
Apa pulak akan dikatakan org pulak.

Yunho hanya melihat aera keluar dari mall..
dia diamkan diri.
Takde langsung dia terfikir nak kejar aera atau pun nak pujuk aera.
Sejujurnya dia penat nak berlakon macam ni..
Tapi kesakitan aera tak setanding kesakitan yang kawannya perlu lalui.

" ni baru sikit aera.. Kau sendiri yang buat semua ni. Aku terpaksa. " tutur yunho bersahaja. 

"Tak kejam sangat ke kau buat dia mcm tu ? " tanya yeosang yang jugak bersembunyi bersama dengan yunho.
Yunho mengeluh
Nak kata kejam. Dia hanya buat aera menangis je
Belum lagi dia pukul atau bunuh aera.
Tapi tu semua tak pernah terfikir oleh yunho nak buat semua tu terhadap aera.

" kau sendiri tahu aku buat sebab apa kan ? Nak kata rasa bersalah. Sikit pun aku tak rasa bersalah dengan dia " jawap yunho jujur.
Buat apa dia nak tipu ? Sejujurnya mmg dia takde perasaan dekat aera.
Yeosang menggelengkan kepala tanda takmahu masuk campur.

....

" kenapa balik dengan taxi ? " mendatar saja suara hyunra bertanya.
Aera diam tak bersuara..
Dia tiada mood untuk bercakap..
Dengan tiba tiba aera menangis.

" asal kau nangis " tanya hyunra semula.
Aera mendapatkan hyunra dan memeluknya.
Aera menangis dipelukkan hyunra.
Hyunra membiarkan saja.
dia mengusap usap belakang aera lembut. .
Mereka yang lain hanya jadi pemerhati saja.
Jauh disudut luar tingkap.
Harin melihat kelakuan hyunra sayu.
Dia teringat layanan hyunra masa mula mula mereka berdua berjumpa.
Tapi sekarang? Mana hyunra yang dia kenal dulu ?

Killer // OngoingCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang