Killer Part 5 🔪

14 2 0
                                        

" alaa serius lah? Cepat sgt lah unnie nak start kerja balik. Tinggallah beberapa hari lagi " haena merengek rengek manja dibahu Irina.
Irina hanya menayangkan senyuman manis buat haena
Bagi diri dia sendiri. Dia pun merasakan benda yang sama
Sekejap saja dia akan ke luar negeri semula akibat dipaksa oleh syarikat untuk berkerja diluar negeri
Irina mengeluh
Baru 5 hari dia balik ke rumah tapi dia terpaksa keluar negeri semula
Haih bila kerja ni semua nak habis

"Han tak puas lagi berkenalan dengan unnie " cebik han pula terhadap Irina
Irina tertawa kecil.
Yelah dia pun baru saja berjumpa dengan han. orang yang di bawak balik oleh hyunra. Cantik dan baik budaknya
Ramah lagi suka bersembang dengan orang.

"Apa bising bising ni " Soal hyunra yang turun dari tangga menuju ke mereka di dapur.
Dia baru bangun dari tido.
Pajamas berwarna pink bercorak Bunga menjadi perhatian mereka semua di dapur.
Semua menoleh ke arah hyunra tidak percaya.

" asal tengok tengok " maki hyunra deret.
Dia mengambil sekeping roti yang dah sedia dia atas meja.
Dicalitkan pulak dengan peanut butter.
Hyunra mengigit roti itu dengan seleranya

" jarang kau ada rumah " tanya harin yang pegang sebakul kain untuk disidai.
Hyunra menoleh ke arah harin menyampah.

"Aku ada rumah salah. Takde rumah salah. Habis aku nak buat apa yang betul ?"  jawap hyunra sambil mengunyah
Berterabur serbuk roti bertempias kena kat mereka semua .

"Eyy unnie ni jgn lah pengotor sangat. " rungut sumin yang terkena tempias serbuk roti di mulut hyunra juga.
Hyunra melemparkan jelingan maut
Kepada sumin.
sumin sengih dipandang begitu oleh hyunra

" apa yang kecoh kecoh tadi " soal hyunra balik topik yang asal. Cakap berkenaan diri dia mmg takkan habis sampai ke sudah.

"Irina unnie ni haa. kejap lagi dia nak pergi airport nak kerja kat luar negara lagi"
Luah haena sedih.
Irina mengosok manja rambut haena.
Haena dah ada tanda tanda protes nak merajuk dengan irina.

" lagi ? Cepat " kata hyunra

"Biasalah. Dah mmg aku ditugaskan dekat bahagian tu " jawap Irina

" dah macam rumah tumpangan kau buat rumah aku ni. " jeling hyunra kepada irina.
Irina menayangkan muka tak bersalah nya saja
Dalam rumah ni ada beberapa orang saja yang hyunra lepaskan untuk berkerja
Mana yang tak berkerja hyunra bagi tugas dirumah masing masing.
Hyunra jugak tidak benarkan mereka belajar atau bersekolah.
Dia ada sebab.
Salah satu sebab kerana rumah mereka jauh dari kawasan bandar.

" aku dah suruh kau berhenti kau tak nak. Degil. Ikut kau la Irina. Aku tak masuk campur hal orang. Aku malas " kata hyunra dan dia berjalan naik ke atas
Seketika kemudian dia berhenti di tangga.

" pukul berapa kau pergi airport " tanya hyunra pada Irina

"Jap lagi pukul 1 petang. Asal?  " Irina bertanya kembali

"Siap cepat. Aku hantar kan " kata hyunra dan berlalu pergi naik ke atas.

" nak ikut "
"Sumin jugak "
"Han pun sama!! " berpusu pusu mereka bersuara sebab nak ikut hantar Irina ke airport.

" unnie tak rasa hyun unnie nak lepas kan korang ikut " haera bertegas
yang lain dah mengeluh ada yang dah muncung sedepa.

" halah kenapaaaaaaaaa " tanya han merajuk.

" kalau dengan hyun unnie memang susah. Alah takpelah. Korang semua kan dah puas manja manja dgn unnie
Nanti unnie balik kita sembang sembang g shoping semua lagi okay? " pujuk irina kepada mereka
Mereka terpaksa mengeluh
Kenapa mesti hyunra yang nak hantar Irina .
Kalau bukan hyunra yg hantar. Pasti mereka dah boleh ikut hantar Irina ke airport.

Killer // OngoingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang