14 Days: Prolog

1K 122 113
                                    

Assalammualaikum, ye story baru lagi HAHAHAHAHA. Ikutkan aku nak publish hujung tahun depan, lepas
'M E M O R I'. Tapi tak apalah, ni just short story je HSHSHSHS.

Jemput baca, vote and comments! Thank you! ✨❤️

|02092020|

~~~~

"UMI nak Ryn pinjam duit dari Airiq."

Kepala terus diangkat memandang Puan Putri terkejut. Barang-barang yang bersepah di atas meja dikemasnya. Niat ingin naik ke atas terbantut apabila Puan Putri memegang lengan. Dia memandang uminya itu.

"No! Ryn tak akan ikut cakap umi," balas Qirsha lantang. Bukan niat dia ingin bersikap kurang ajar, tetapi dia terpaksa. Uminya dah melampau!

"Kamu dah berubah, Qirsha Arynna," ujar Puan Putri kecewa. Apa susah sangat ke permintaan dia sehingga anaknya itu membantah kata-katanya? Qirsha menghela nafas berat.

"Ryn tak pernah berubah. Umi yang berubah. Sejak walid meninggal..." Belum sempat Qirsha menghabiskan ayat, terasa satu tamparan kuat hinggap di pipinya. Dia mengusap pipi yang pedih itu perlahan.

Sakit.

"Ryn jangan nak kurang ajar dengan umi! Umi tak kira, Ryn kena mintak Rm 100k dekat Airiq. Macamlah umi tak tahu yang keluarga Airiq tu kayakan?" tanya Puan Putri sinis. Terkejut bukan kemain dia bila mendengar kata-kata uminya. Qirsha beristighfar perlahan.

"Ryn kawan dengan dia ikhlas, umi! Bukan sebab harta semua tu. Ryn tahu syarikat kita sekarang tengah ada problem. Tapi kenapa kena minta duit orang macam pengemis!" Qirsha membalas renungan tajam Puan Putri.
Dia tahu uminya itu tengah marah. Rm 100k bukannya sedikit.

"Tolonglah, Ryn. Syarikat kita tengah teruk ni. Takkan Ryn nak tengok kita hidup miskin?"

Tertutup mata Qirsha sejenak. Tersepit antara uminya dan Airiq. Tanpa meminta izin uminya, dia terus menapak menuju ke luar rumah sebelum langkahnya terhenti serta-merta. Jantung Qirsha berdegup kencang melihat seraut wajah muram di depannya. Airiq tersenyum nipis sambil membuat peace.

"Jadi, betullah apa yang umi kau kata tu?" Bergetar suaranya bertanya kepada Qirsha. Ye, Airiq dengar semuanya. Dari awal perbualan sehingga habis. Digenggam erat buku limanya bagi menahan perasaan. Hancur hatinya saat ini.

Dia tolong Qirsha ikhlas.

Dia kawan dengan Qirsha ikhlas.

Dan dia...

Airiq melangkah meninggalkan Qirsha
dengan hati yang terluka. Dia berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Terus menitis air
mata Qirsha di pipi. Lantas dilap air matanya lalu mengejar langkah Airiq yang semakin jauh.

"Airiq!"

Langkahnya terhenti apabila retina mata ternampak seekor kucing yang hanya duduk di tengah jalan. Dia memandang Airiq dan kucing itu bersilih-ganti. Bibirnya diketap erat sebelum berlari ke tengah jalan untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Airiq yang terasa tiada lagi derapan kasut yang mengikutinya pantas menoleh ke belakang. Terbuntang luas matanya melihat Qirsha yang sedang berdiri betul-betul dia tengah jalan. Ada sebuah kereta yang sedang meluncur laju ke arah Qirsha. Jantungnya berdegup kencang, mengira setiap detik yang tinggal.

"Qirsha Arynna!"

















- To be continue -

14 Days [C]Where stories live. Discover now