Airis Irdina mengerling sekilas jam tangannya sambil kepala otaknya ligat memikirkan cara untuk mengusik buah hatinya pagi ini.
"Weh,dia dah nak naik tangga!"ujar hasha dengan nafas yang tersekat-sekat.
"Ish kau ni,cubalah bernafas bagi betul dulu baru cakap."marah aina.
Tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki sedang menaiki tangga dan secara tiba-tiba juga airis menyanyi.
"Dari matamu,matamu ku mula jatuh cinta..."makin lama makin kuat suara dia dan makin lama bayang lelaki itu juga makin hilang dari pandangan mereka bertiga.
Airis masih tetap dengan nyanyiannya tiba-tiba kepalanya diketuk di depan pintu kelas.
"Sakitlah,gila!"marah airis.
"Tahu pun sakit,yang kau kacau anak teruna orang tu dah kenapa?"soal syaza.
"Kau ni dah kenapa?biarlah aku nak usik bakal imam aku."balas airis dengan selamba.
"Huh,banyaklah kau punya bakal imam."balas syaza.
"Kau tu dengki."balas airis.
"Banyaklah kau!ni hah masuk kelas,nanti cikgu marah pulak."arah syaza selaku penolong ketua kelas.
"Hah tak reti nak ajak kawan-kawan kau sekali?"soal syaza kepada airis apabila dia melihat airis selamba sahaja duduk di mejanya.
"Kawan aku kawan kau jugak."balas airis.
"Haih pening aihh"syaza menggelengkan kepalanya.
Itulah perangai sebenar Airis Irdina,suka melepak di tangga dengan kawan-kawannya dan juga suka mengusik sesiapa sahaja yang lalu di tangga itu termasuk jugalah mangsanya yang bernama Aiman Haris.
. . .
"Hello brader,kena usik lagi ke apa ni?merah semacam je muka kau."sapa danial.
"Kau rasa?"soal Aiman sambil menjongketkan keningnya.
"Boleh gila aku kalau tiap-tiap hari macam ni."ujarnya.
Danial tidak habis-habis mengertawakan dirinya.Tak cukup dengan itu diajaknya geng mereka yang lain untuk gelak sama.
"Padu jugalah si airis tu boleh buat kau ni anggau."usik haikal.
"Anggau kepala nyah kau,aku malu kau tahu tak?agak-agak la nak mengurat sekalipun,depan kawan-kawan dia pulak tu."bentak aiman.
"Kau ni kira beruntunglah dia mengurat kau,kalau aku yang lalu depan tangga tu mesti dia buat tak tahu je.Sendu betul."ngadu haikal.
"Haha tu sebab kau tak laku."usik adam.
"Ceh,yang tak layan itu dia tapi kawan-kawan dia ada saja yang nak mengurat aku."nafi haikal.
"Kau takkan tak ada sedikit perasaan dekat dia aiman?"tersentak aiman dengan soalan daripada adam itu.
"Memang taklah aku nak dekat dia,gedik semacam."balas aiman.
"Eleh poyo kau ni."ujar adam.
"Tapikan,kalau kau taknak bagi aku jelah."usik adam.
"Kalau kau nak kau ambik je lah aku tak nak,aku nak hasha je."balas Aiman.
Siapa tak kenal adam fateh,playboy terkenal.Pantang bagi chance mesti masuk.
. . .
"Matamu melemahkan ku saat pertama kali ku lihatmu dan jujur ku tak pernah merasa,ku tak pernah merasa begini..."Nyanyian Airis itu membuatkan Aiman bengang.
"Kau ni gila ke?"soal aiman dengan kasar.
"Alaa awak ni jangan garang sangat nanti cepat tua,kita belum kahwin lagi nanti tak kacak bakal imam saya."hah dia mula dah bawa keluar ayat-ayat dia.
"Kau tak ada kerja lain ke?aku nak lalu ni."soal Aiman.
"Tak ada,kerja saya 24 jam asyik fikir macam mana cara nak pikat hati awak yang keras macam batu ni hmm"balas airis.
"Halah-halah semak betul aku dengan perempuan ni!"bisik hati Aiman.
"Kau nak main-main dengan aku kan?okay fine,jom kita main."Aiman telah merencanakan idea jahatnya.
"Kalau nak pikat hati aku,buatlah betul-betul."pesan Aiman sambil mengerlipkan sebelah matanya.
Airis terpana,muka tak payah cakaplah memang merah habis terasa bahang sahaja.
"Dia kejip mata dekat aku ke weh?damn..."jerit airis dalam hati.
Tergelak kecil Aiman dengan tingkah laku airis,seperti budak-budak.
"Baru kena kejip mata dah jadi macam tu,tak sabar nak seksa hati kau."bisik hati aiman bersama senyuman mengejek.
"It's you,and always you.Nobody same like you🌸"
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Aku Sweet Talker! (SLOW UPDATE)
RomanceAIRIS IRDINA,sebut sahaja nama itu pasti semua orang tahu bahawa dia adalah pelajar yang terkenal dengan sikap nakal,suka membuli dan juga suka buat masalah.Dia juga seorang gadis yang sweet talker!Misi dia adalah untuk tambat hati si crush yang di...
