"Kenapalah dalam banyak-banyak orang dalam sekolah ini aku asyik terserempak dengan kau?"soal aiman.
"Itu namanya jodoh bang."balas airis.
"Bila masa aku jadi abang kau?"balas aiman.
"Haih abang ni kenapa garang sangat?cubalah bagi peluang kat saya ni untuk pikat abang dengan ayat-ayat manis saya ni."balas airis.
"Haih kau ini pun makin aku layan makin gila aku."ujar Aiman.
"Aik?belum mula ayat manis lagi dah gila bayang dengan saya apa cerita abang ni?"usik anis.
"Hah sudah,dia mula dah!"bisik hati aiman.
"Bila masa aku gila bayang dengan kau nih?"soal Aiman.
"Ada pari-pari bagitahu saya tadi yang awak ni selalu gila bayang dekat saya."balas airis.
"Ni mesti kerja danial."tak payah susah-susah fikir pun dia dah dapat tangkap sapa pari-pari itu.
"Kau dengan pari-pari sajat itu sama saja dua-dua tak pernah bagi aku tenang."balas Aiman.
"Dah lepas ni tak payah kacau aku lagi,aku tak suka kau pikat aku nampak murah sangat bila kau tergedik-gedik macam ni."tegur Aiman.
Zap...berkecai hati dia dengan sekelip mata.
"Aw...ak cakap saya murah?baiklah kalau itu yang awak nak."balas airis dengan senyuman yang sehabis manis.
Airis beredar dari situ dengan perasaan yang hampa.
"Sampai hati awak gelarkan saya macam itu,saya separuh mati cuba untuk pikat awak."tanpa dipinta air mata dia jatuh.
"Puas hati aku!"bisik hati Aiman.
[2 minggu kemudian]
"Eh Aiman aku perhati kau ini dah dua minggu macam tak ada mood saja,kenapa ni?"soal adam.
"Tak ada apalah,aku okay saja."nafi aiman.
"Bro,aku kenal kau bukan setahun dua bukan sehari dua bahkan aku kenal kau sejak kita kecil lagi.Kau nak tipu aku apa pulak kali ini?"soal adam.
"Entah la,aku rasa bersalah sangat buat dia macam itu."balas Aiman.
"Kau buat apa dekat airis?"soal adam.
"Aku tegur dia tapi lebih kepada hinaan."balas Aiman.
"Kau cakap apa dekat dia?"soal adam.
"Aku cakap dia nampak murah bila tergedik-gedik dekat aku."ujar Aiman dengan nada kesal.
"Ya Allah,yang kau ini pun satu cakaplah baik-baik lain kali.Kalau niat kau nak tegur dia sekalipun janganlah sampai menghina,kau tahukan hati perempuan ni macam tisu?"soal adam.
"Tahu."balas Aiman.
"Dah tu kenapa kau sakitkan hati dia?"soal adam.
"Aku cuma nak dia berhenti kacau aku itu saja."balas Aiman.
"Tapi cara kau itu salah."balas adam.
"Aku tahu dam,tapi aku tak boleh kawal masa itu.Aku rasa tertekan bila dia asyik kacau aku tiap-tiap hari."luah Aiman.
"Tak apalah aiman,benda pun dah lepas.Lebih baik kau pergi minta maaf dekat dia mungkin dapat tenangkan hati kau yang tak tenang tu."pujuk adam.
"Tak boleh dan takkan sama sekali,aku taknak dia ulang balik perangai dia itu."balas Aiman.
"Ikut kau lah aiman,tapi kau kena ingat hati yang kau sakiti tu tuan dia perempuan jadi kau faham-faham sajalah kalau dia betul-betul tawar hati dengan kau."pesan adam.
"Apa maksud kau?"soal Aiman.
"Aku dah tahu segala-galanya Aiman,kau cintakan dia tapi kau tak mahu beterus-terang kau ego."balas adam.
"Takkan sesekali aku nak jatuh cinta dekat dia,tolonglah faham."balas Aiman.
"Hati aku hanyalah untuk hasha,bukan untuk Airis."sambungnya.
"Ikut kaulah,dah nak ego sangat tapi jangan kau menyesal pulak nanti dikemudian hari."pesan adam sekali lagi.
Aiman memandang sepi pemergian adam.
"Mana mungkin aku suka Airis."bisik hati Aiman.
"Ah takkan sesekali aku jatuh hati dekat Airis!"gumam aiman sambil mengusutkan rambutnya.
. . .
"Everytime we say goodbye,we hurt ourselve."
![](https://img.wattpad.com/cover/237641444-288-k354535.jpg)
YOU ARE READING
Isteri Aku Sweet Talker! (SLOW UPDATE)
RomansaAIRIS IRDINA,sebut sahaja nama itu pasti semua orang tahu bahawa dia adalah pelajar yang terkenal dengan sikap nakal,suka membuli dan juga suka buat masalah.Dia juga seorang gadis yang sweet talker!Misi dia adalah untuk tambat hati si crush yang di...