“Oppar,,, saranghaes!”
“I-I'm sorry jagi,,, but,,, I don't sarangs you anymores!"
“WhY oPpAr??? WhYYyyy???”
“Because,,, I only sarangs,,, YOU” Lelaki yang berada di dalam iklan aplikasi mencari jodoh itu memandang ke arah camera.
Pada masa yang sama, Wani yang ketika itu sibuk menunggu iklan tersebut untuk habis, tersedak popcorn yang baru sahaja dimasukkan ke dalam mulutnya. Apa punya iklan ni?
Remote TV cepat-cepat diambil, dah tak sanggup lagi dia nak tengok muka lelaki yang hampir sama dengan sajat itu. Sekali tekan, lesaplah wajah lelaki sajat itu daripada skrin televisionnya. Tapi lesap di skrin sahaja lah, di otak, masih segar lagi bugar wajah lelaki itu.
Bosan dan seram untuk kembali kepada channel yang sebelumnya, Wani akhirnya mencari channel lain untuk ditonton. Entah apalah malang dia pada haritu, secara tiba-tiba, hanya tinggal TV1, TV2 dan TV3. Itupun, hanya TV3 sahaja yang siarannya okay, yang lain, K.O. Dengan penuh keterpaksaan, Wani menonton siaran yang dilangsungkan di TV3 itu. Melihat pada tajuk cerita, Wani hanya mampu mengeluh.
“Bersamamu pun bersamamu ja lahhhh... Redhaaass” Wani sambung menonton cerita sedih lagi sedan eh- maksud aku sendu itu.
Mira yang ketika itu menuruni tangga, terpandang ke arah television dan channel yang ditonton oleh Wani itu. Woaws, Bersamamu, gaies! Bestnyersss!!
“Sedih tul kau ah sampai tengok Bersamamu lagi” kata-kata Mira itu membuatkan Wani terkejut lalu buat kali keduanya, tersedak pada popcorn yang dimakannya.
“Haih kau lah ni punca dia” marah Wani.
“Aik? Aku pula? Kau yang makan popcorn tu. Kenapa aku pula yang salah?”
“Bukan sebab popcorn lah”
“Habistu?”
“Kau belum bayar lagi kan untuk siaran-siaran TV ni?” tebakan Wani itu menusuk ke dalam lalu menembusi hati Mira. Dengan muka yang tidak ikhlas dan bersalah, Mira hanya mampu tersenyum.
“Sampai matilah kita tengok Bersamamu ja”
“Alahhhh steady bah kau, Wani. Bukannya TV3 ni main Bersamamu ja satu hari-” Kata-kata Mira itu terhenti apabila Wani menekan butang info, menunjukkan yang untuk 24 jam straight, mereka hanya boleh menonton Bersamamu. Tidak kisahlah TV1, TV2 atau TV3. Yang penting, hanya Bersamamu yang mampu ditonton.
“.... at least bolehlah kita ambil iktibar dari cerita diorang ni” kata Mira.
“Iktibar apa?”
“Bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita sekarang ni”
Wani ingin melawan kata-kata Mira itu tetapi, dibatalkan sahaja niatnya itu. Nanti kena ceramah, telinga siapa yang susah? Of courselah dia.
Ketika mereka sibuk melayan cerita yang syahdu itu, kedengaran bunyi loceng pintu berdering di setiap sudut rumah. Siapa pula yang datang malam-malam buta ni? Kalau nak cakap diorang Fira, confirm sudah landing di katil masing-masing. Penat kot pergi majlis perkahwinan El tu.
Sejujurnya memang Mira dan Wani nak ikut sekali tetapi, apakan daya. Bos tak bagi lepas. Kata dia, kalau nak ambil cuti hanya sebab perkara remeh ni, baik terus berhenti kerja. Ya, Mira dan Wani ialah rakan sekerja. Di mana diorang kerja? Di kedai tong. Tapi hanya untuk dua harilah. Lepas dua hari tu terus diorang pindah ke Syuks Resort. Kerja sebagai apa di sana? Waiters untuk restoran kat resort tu jers. TAPI jangan pandang rendah tau dekat resort tu. Sebab apa? Syuks Resort merupakan satu-satunya resort yang memberikan pelanggannya 50% diskaun TAPI masih lagi kaya. Bak kata Syukri, si pemilik sekaligus bos kepada Mira dan Wani, ‘40% tu sedekah, 10% tu diskaun sebenar’. Takpe, semua pekerja pun blur ketika mendengar kata-kata bos mereka tu.
Bunyi loceng yang ditekan berkali-kali merimaskan mereka. Tak kusyuk terus diorang nak tonton Bersamamu. Disebabkan Mira rajin sangat, dia pun berdiri lalu menuju ke pintu utama rumah mereka. Tanpa melihat dahulu siapa yang berada di pintu hadapan, Mira terus membuka pintu tersebut.
“Uhm... ni rumah Hannah kah?” soalan yang diajukan itu membuatkan Mira terkejut sekejap. Cepat-cepat langsir yang berada disebelahnya ditarik lembuts lalu dijadikan sebagai tudung. Nasib baik tak jatuh langsir tu. Tapi,,, macam kenal suara ni. Suara siapa ni eh? Fikir Mira.
Wajah lelaki yang berada dihadapnnya cuba ditilik namun gagal kerana entah apa masalah lelaki tu, malam-malam macam ni nak pakai hoodie hitam, pastu topeng mulut hitam and lastly topi hitam. Apa kes semua hitam ni? Jangan-jangan penyamun lelaki ni? Mustahil pulak sebab kalau penyamun mesti dah lama dia kena pukau and kena sumbat masuk van untuk dijual. Eh, tu kah kerja penyamun? Sorrylah, Mira manalah tau sebab dia bukannya pernah jadi penyamun sebelum ni.
“Sorry tapi salah rumah ni. Rumah Hannah kat saaaaanaaaaaa” Mira menundingkan jarinya ke arah runah yang berada di seberang jalan. Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya lalu berterima kasih sebelum beredar dari situ. Mira pula hanya tersenyum dan terus menutup pintu itu kembali.
Siapalah jejaka tadi tu eh? Suara macam handsome tapi tu lah, pakai semua pakaian hitam. Ada pengebumian berlangsung kah apa ni? Dengan itu, Mira menuju ke ruang tamu kembali. Nak sambung menonton Bersamamu. Tapi,,,
“Aik? Episode tadi dah habis?”
“Ya,,, lama sangat kau kat luar tadi”
“Aduhhh melepas satu episode!!!”
YOU ARE READING
ҡαℓαµ ∂αɦ ʝσ∂σɦ
Romanceнι∂υρ ιτυ ιи∂αнѕ. καυ ραи∂αиg καиαи, иαмρακ καρєℓ. καυ ραи∂αиg κιяι, иαмρακ καρєℓ נυgα. καυ ραи∂αиg ρυℓα ∂єραи,,,, єнннннн иαмρακ נο∂οн ℓαн. єн κєנαρ, נο∂οн οяαиg ℓαн ρυℓακ. нαιн, ѕυѕαн ϐєτυℓ ϐιℓα ϐєℓυм ѕαмραι-ѕαмραι נο∂οн иι. ταρι οяαиg ϐιℓαиg, καℓ...