kita

157 26 1
                                    

dulu yang ku tatap adalah wajahmu. sekarang kau sudah temukan pemilik rindu yang baru.
kita adalah pernah. bukan menyerah, bukan punah, hanya sudah.

kadang aku juga bingung. tangan yang ku lepaskan itu, adakah benar aku ikhlas membiarkan ia terbang meski dengan balutan rasa sayang ? tapi tidak mengapa, aku biarkan kamu pergi. pergilah ke tangan insan yang baru. aku percaya aku juga bakal begitu.

di segenap waktu menangisi makam sesuatu yang dahulunya pernah tercipta, bukan bermaksud aku tidak rela melepaskan, tidak berjaya mengikhlaskan, atau tidak mahu pergi meninggalkan. cuma mungkin terkadang aku merindui. bukan kamu, tetapi kenangan itu.

aku juga bingung. tidak tahu definisi kita apa yang setepatnya diperkatakan. mungkin kita hebat, tidak berdebat, tapi tamat. atau mungkin kita cuma pilu. pernah bersorai, tetapi rindu.

namun ketahuilah.
aku juga turut berduka dengan perginya mimpi mimpi yang pernah kita rangka.

bolehkah aku mendefinisikan hati ini sekarangnya cuma makam ?
kerana makam itu, ibaratnya seperti perasaan. perasaan yang sekarang sudahku tanam. dan bolehkah kau merayakan aku ? kerana aku telah berhasil merelakan dan melepaskan segalanya.

to that specific person ; || Where stories live. Discover now