Surat tawaran untuk ke Seoul Academy dipandang sepi . Kedengaran keluhan halus keluar celah kerongkongku. Kenapa mesti pilihan yang terakhir itu yang bakal berjaya? Dan bukan pilihan pertama atau kedua ataupun pilihan ketiga.
Memohon untuk menyambung pelajaran disana adalah pilihan papa bila dia mengetahui anak kawannya telah mendapat tawaran untuk menyambung pembelajarannya di situ. Papa beria-ria menyuruhku untuk untuk mengisi borang tersebut memandangkan aku mempunyai bakat dalam bidang musik.
Aku hanya sekadar menurut apa yang diarah olehnya. Mahu mencuba nasib la katakan. Aku sudah terlampau bosan hanya duduk di rumah dan tidak melakukan apa-apa. Lagipun, takkanlah aku masih ingin tetap bersama papaku di Jepun. Sekali sekala rindu juga untuk kembali ke tanah air kelahiran ku setelah belasan tahun tidak menginjakkan kaki ke sana. Sudah dekat 2 tahun aku tidak mendengar khabar abangku yang kini berada di Korea. Jadi tidak mengapa kalau aku kembali ke Korea.
Masih terngiang-ngiang di telinga ku bagaimana arwah mama pernah berpesan semasa hayatnya agar jangan pernah abaikan perhubungan adik beradik walaupun papa dan mama telah berpisah. Mama mahu hubungan aku dan abangku kekal hingga ke akir hayat kami. Aku masih ingat lagi kata-kata mama seandainya dia sudah tiada nanti jangan pernah putuskan perhubungan adik beradik walau sekecil mana pun masalah yang kami berdua hadapi. Ah.... Kenangan bersama mama sering kali menerpa ke minda ku tidak mengira waktu.
Ok... Berbalik kepada cerita tawaran sambung belajar ku ke Seoul Academy, kenapa tiada temu duga awal untukku pastikan keputusan aku betul atau tak? Aku risau untuk berangkat ke Korea esok. Sudahlah semasa sesi pertemuan nanti entah apa yang bakal terjadi. Entah aku bakal di tempatkan ke dorm yang selesa atau tak, atau aku bakal ditempatkan di dorm yang agak teruk bersama-sama pelajar yang entah bagaimana perilaku mereka. Dan entah bidang apa yang bakal aku dapat di sana.
Namun aku berasa lega kerana aku tiada satu pun kenalan di Korea. Jadi, aku bisa melakukan apa sahaja yang aku inginkan dan tiada sesiapa yang bakal mengongkongku. Aku hanya mampu membayangkan kehidupan aku bakal aman tanpa sebarang gangguan dari pihak papaku dan keluarga tiriku.
***
"Eun Jin-ssi!" Kedengaran suara papa memanggilku. Aku berpaling. Dengan wajah sugul aku memandang raut wajah papaku yang masih berdiri tegak di hadapan pintu bilikku.
"hm?" Hanya satu keluhan lemah dilepaskan olehku. Surat tawaran itu disimpan semula ke dalam sampul dan diletakkan semula ke atas tilam.
Song Han-Gyeol, papaku, menapak masuk ke dalam bilikku. Punggung dilabuhkan di atas katilku. Surat tawaran dari Korea milikku diambil. Dibaca di dalam hati. Kemudian papa menggeleng perlahan.
"La... kenapa ni? Macam tak seronok ja dapat tawaran ni?" Wajah ku ditatap olehnya. Surat tersebut diletakkan kembali ke katil.
"Entah la pa... adik tak tahu adik patut gembira ke sedih. Papa tahu kan yang adik susah nak biasakan diri kalau dekat tempat baru" luahku sambil memeluk tubuh papa.
Kelemahanku yang satu: Seseorang yang susah untuk yakin pada diri sendiri dan susah untuk menyesuaikan diri di tempat baharu.
"Hesy, anak papa ni. Nanti lambat laun Eun Jin biasa la dengan suasana dekat Korea tu. Lagi pun papa dah bagi tahu Joong Ki yang EunJin akan ke Korea minggu esok," balas papaku sambil mengusap lembut rambutku yang berparas bahu.
"tapikan pa, ramai kawan Eun Jin cakap yang sekolah dekat Korea tak berapa nak baik sebab banyak kes buli" selarku tidak mahu mengalah. Wajahku diamati olehnya sambil mengukirkan satu senyuman manis untukku.
"Eun Jin dengar sini, apa yang kawan kamu tu ta betul pun. Tengok anak kawan papa dia okay ja study dekat sana. Banyak ja kawan yang baik-baik" balas papa dengan tenang.
Aku tidak mahu mendengar kata-kata papaku kerana bagi aku itu hanya kata-kata untuk menyedapkan hatiku sahaja. Tipulah, kalau aku tak risau pasal diri aku kalau menetap dekat sana tanpa teman. Kadang-kadang aku takut la juga kalau tiba-tiba aku kena buli ke apa ke. Dan mana la tahu kalau cikgu-cikgu dekat sana semuanya garang-garang dan terlalu menekan pelajar.
"tapikan pa, kebanyakkan drama korea bertemakan alam persekolahan semua macam tu" selarku lagi.
Papa hanya menggeleng perlahan melihat aku. Eun Jin... Eun Jin... nak samakan dengan drama-drama yang dia tengok dengan kehidupan nyata pulak dah.
"Dah jangan nak banyak cakap. Tadi abang kamu telefon. Dia pesan dekat Eun Jin esok kalau dah sampai airport terus telefon dia." Papa menyampaikan pesanan anak sulungnya kepada anak bongsunya iaitu aku yang bakal menjejakkan kaki ke Korea pada esok hari.
"Papa sure ke nak lepaskan Eun Jin ke Korea ni?" Tanyaku yang ingin kata putus dari papaku.
Kata-kata papa tadi tidak diendah olehku. Aku masih lagi merasa gusar mahu meninggalkan papa dan menempuh hari-hari di tempat baharu serta suasana baharu. Aci tak kalau sekarang aku bagitahu papa yang aku nak tolak tawaran ni? Ermm.... Aku rasa baik aku terima ja tawaran ni daripada merasa putig beliung papaku.
Huh.... Aku tak ada pilihan lain selain pasrah dan terima aje la. Tapi kalau aku rasa aku masih tak dapat nak menyesuaikan diri dekat sana, aku akan cabut lari balik ke Jepun. Macam yang pernah dia lakukan sebelum ini. Rasa tak dapat menyesuaikan diri di China, aku masuk ke Musician Collage. Masih rasa tak selesa aku pindah ke Girl Dance Highschool. Sudahnya setiap tempat tu pun aku mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Aku masih ingat lagi macam mana papa dengan mama tiri aku membebel sampai naik menanah telinga kerana sering bertukar-tukar tempat belajar kerana tidak tahan dengan suasana di kawasan tersebut. My stepmother kata aku ni manusia yang cerewet dan tak tahan dengan cabaran sekeliling. Lembik! Sememeh sangat!!!
"Eun Jin dah packing barang ke belum?" Suara ibu tiriku memecah suasana bilikku yang sunyi sepi. Lamunanku turut tergendala kerana tegurannya. Ramai yang menyangka kehidupan mempunyai keluarga tiri amat memeritkan. Tapi tidak bagiku. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab tak semua ibu tiri seperti dalam cerita dongeng. Jahat, kejam, ingin merampas kebahagian keluarga atau harta. Setiap insan mempunyai hati dan niat yang berbeza. Dan bukan seperti yang kita selalu fikirkan serta bayangkan.
"Ermm... dah. Just Eun Jin perlu pastikan barang yang diperlukan cukup atau tak." Jawab ku sambil menatap wajah wanita 30 an itu. Perwatakan dan gayanya hampir serupa seperti arwah mamaku.
"Kalau dah habis check, Eun Jin terus tidur tau. Esokkan dah nak berangkat" rambutku diusap lembut olehnya sebelum mengucup dahiku.
"erm... Aunty... nanti waktu Eun tak ada aunty tengok-tengokkan papa eh" ujarku sambil menundukkan wajah. Lantai bilik di pandang tajam olehku.
"iye mama jaga papa dengan baik. Demi Eun Jin" jawabnya sambil tersenyum lebar. Aku hanya mendiamkan diri dan mengangguk.
Ibu tiriku meninggalkan ku bersendirian di dalam bilik. Barang-barang yang telah dikemas dan di susun dipandang kosong sebelum merebahkan diri di atas tilam empuk sebelum melelapkan mataku.
YOU ARE READING
SUPERSTAR ACADEMY {슈퍼 스타 아카데미}
RandomSONG EUN JIN Dia tak pernah menyangka yang dia bakal menjejakkan kakinya kembali ke Korea setelah berbelasan tahun menetap di Jepun. Perwatakan Eun Jin sedikit berbeza daripada gadis remaja kebiasaannya. Pada awalnya dia menyangka bahawa kehidupa...