Tepat pukul 8am aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea.
(ILUSTRASI HIASAN SAHAJA)
Anak mataku memerhati sekeliling kawasan lapangan itu untuk menca ri keberadaan abangku, Song Joong Ki yang berusia setahun lebih tua dariku. Sekali sekala anak mata ku memandang ke arah jam tangan jenama Hublot Big Bang yang dihadiahkan oleh ibu tiriku sebelum berpindah ke Korea.
'Mana dia ni,' omelku sambil menyeret bagasi kelabuku.
Saat aku sibuk mencari kelibat abangku, tanpa sengaja aku terlanggar seseorang. Minuman yang berada di tangannya tumpah membasahi baju kemeja biru lautnya itu. Ketika itu aku hanya menundukkan wajah dan meminta maaf padanya sebelum memberikan sapu tangan yang kebetulan berada di poket jaket ku. Tanpa rasa segan silu, aku melangkah laju meninggalkannya tanpa melihat wajah jejaka itu.
'Aduh apasal aku cuai sangat ni!!" Aku menepuk-nepuk dahi ku secara perlahan. Gila ke kalau aku tak rasa bersalah terhadap apa yang jadi tadi. Kalau nanti terjumpa orang tu lagi macam mana? Tak ke malu aku nak menghadap muka dia.
Satu keluhan dilepaskan olehku sebelum mencari tempat duduk yang berada berdekatan pintu masuk lapangan terbang.
***
"Asal lambat sangat? Penat Eun tunggu abang dekat sini" bebelku sambil menjeling wajah Joong ki yang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tak ada rasa bersalah langsung!
"Sorry tadi abang ada kerja sikit nak diselesaikan dekat dorm," jawabnya sambil menggosok belakang tengkuknya. Aku dah terlalu faham dengan perangai abang aku yang sorang ni. Ada-ada ja alasannya.
"Ye la tu, jangan-jangan abang tertidur kan," usik ku sambil menyorong bagasiku ke arah keretanya. Lalu bagasi itu ditempatkan ke dalam bonet kereta itu.
***
sorry ye :'> saya tiada idea untuk jalan cerita di atas:'(
Kini aku telah tiba di tempat letak kereta di sebuah akademi yang tersegam indah di kawasan tidak jauh dari ibu kota Seoul. Anak mataku memandang keadaan di sekeliling kawasan itu. Memang serupa macam dalam drama Korea yang selalu dilihatnya didalam televisyen.
"Abang?" panggilku.
"Ya? Kenapa?"
"Abang study dekat sini jugak ke?" soalku sambil memandang ke arahnya. Ketika itu, segaris senyuman terukir dibibirnya.
"Tak la, abang study dekat Korean Arts Academy. Ni kan akademi bidang musik, takkan la abang nak masuk sini sedangkan abang minat jurusan lakonan," ujarnya sambil mendorong bagasiku ke hadapanku.
Aku menepuk perlahan dahiku. Ya tak ya juga, baru aku ingat abang aku ambil jurusan lain. Macam mana aku boleh lupa pula ni. Eun Jin, Eun Jin kenapa la kau ni pelupa sangat?
"Dah jom," Joong ki berjalan mendahuluiku, menuju ke dewan pendaftaran untuk pelajar-pelajar baru seperti aku. Hehehe...
Saat melangkah masuk ke dalam dewan itu, alangkah terpegunnya aku saat melihat sejumlah pelajar yang baru masuk datang dari pelbagai negara. Joong ki yang melihat wajah terkejutku hanya menahan gelaknya dan berjalan ke arah kaunter pendaftaran untuk mengambil kunci loker dan nombor dorm aku. Saat aku masih sibuk membuat pemerhatian. Heks! Tiba-tiba seseorang menyapaku dari belakang. Dan dia telah membuat aku hampir terkena serangan jantung.
"Hai, kau student baru dekat sini eh? Aku Lisa," dia memperkenalkan dirinya tanpa disuruh sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan. Aku yang masih blur hanya menyambut jabat tangannya dan mengukirkan segaris senyuman kejanggalan yang menjanggalkan. Hehehehe... Astaga author ni... Suka hati aku ler, ni story aku :p! Dah,dah jangan di layan author kita yang tak betul ni. Okay back to story.
Tidak lama kemudian, seorang gadis berbaju unggu- Hey kamu gadis berbaju unggu dekat pada ku disini~~ ERK??? AUTHOR KITA MEMANG DAH TAK BETUL YE GUYS... Sibuk kau Eun.
Okay,okay sekarang kita serius eh..
Tidak lama kemudian, seorang gadis berbaju unggu muncul dari belakang gadis yang bernama Lisa itu sambil menghadiahkan satu senyuman manis padaku.
"Lis, siapa dia ni?" soalnya, memandang ke arahku.
"Hai, aku Song Eun Jin. Panggil ja Eun," jawabku sambil tersenyum.
'Tak macam yang aku sangka' omel hatiku sambil melirik kearah wajah gadis itu.
"Oh hai, aku Jisoo." ujarnya.
"H-"
"SONG EUN JIN!" sekali lagi seseorang membuatkan jantung aku hampir tercabut dan telinga aku hampir berdarah. Apa la nasib aku. Kejam sungguh penulis cerita ni. Hiks...
Aku menoleh ke arah datangnya suara yang menyeru namaku dan terkejut melihat seorang jejaka yang amatku kenali berlari ke arah ku dan memeluk tubuh badanku yang kecil molek ini. Air mukanya jelas menunjukkan yang dia sangat gembira melihat aku berada di hadapannya setelah 3 tahun tidak menemui keberadaanku.
"Finally I found you, Eun... Lama aku tak jumpa kau," tubuhku dipeluk dengan erat olehnya hingga menyebabkan aku sukar untuk bergerak.
"Yo-Yoshi... S-Sakit!" aku memukul belakangnya dengan kuat hingga dia melepaskan dakapan terkuatnya itu. Sakit woii kena peluk! Aku baru sedar abang aku hilang. Hahahahaha...
"Eh? Yoshi? kau pun ada dekat sini? Bukan parents kau hantar kau ke London ke?" Kemunculan abangku yang entah dari mana memeranjatkan aku. Terkejut lagi... Aku tahu aku suka kejutan tapi jangan la buat aku selalu terkejut wahai penulis yang ku sayangi aku hargai. Kesian dekat pembaca-pembaca kita ni...
"Eh hyung? Lama tak jumpa," ujarnya sambil mengukirkan senyuman ke arah Joong ki.
{INFO!!}
[HYUNG- ADALAH ABANG *hanya digunakan oleh kaum lelaki untuk memanggil seseorang ynag lebih tua darinya*]
Btw, I think sampai sini dulu la perjalanan Eun Jin sebab otak aku lagi --- faham-faham la.. Hope korang enjoy this story. And kalau ada salah dalam penggunaan ayat or bahasa aku minta maaf sebab aku ni bukan budak pro. SO,
.
.
.
TATA!!!!! BYE!
YOU ARE READING
SUPERSTAR ACADEMY {슈퍼 스타 아카데미}
RandomSONG EUN JIN Dia tak pernah menyangka yang dia bakal menjejakkan kakinya kembali ke Korea setelah berbelasan tahun menetap di Jepun. Perwatakan Eun Jin sedikit berbeza daripada gadis remaja kebiasaannya. Pada awalnya dia menyangka bahawa kehidupa...