18

1.2K 62 11
                                    

ALEX P.O.V

Aku menekan-nekan perlahan huruf-huruf yang tersusun pada laptop berjenama HP berwarna hitam. Laptop pemberian Uncle Joe @ Papa aku.

Aku membuka cermin mata yang terletak elok pada batang hidung aku. Mata aku gosok perlahan. Letih menghadap komputer riba sejak 3 jam yang lepas.

Aku merenggangkan otot-otot badan yang mula terasa lenguh. Mengurut-urut perlahan pada bahagian leher dan pinggang. Pada masa itulah mata aku tertancap kearah sebuah buku berwarna Coklat gelap.

Perlahan-lahan aku mencapai. Tertulis pada kulit hadapan perkataan 'Diary'. Aku menyelak satu persatu mukasurat yang telah dipenuhi tulisan.

'7 Julai 2015'

'19 September 2015'

'15 Oktober 2015'

Tiga tarikh yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Malah sudah siap aku catit didalam buku ini.

Akhir sekali, aku terhenti pada lembaran yang bertarikh 4 hari lepas. Serta merta minda aku memainkan semula kejadian tersebut. Seperti pita rakaman.

" Memandangkan kau adik aku, merangkap best buddy aku. Aku nak kau jadi orang pertama tau pasal ni."

"Apa dia?"

"Aku bercadang nak..."

Aku diam menanti Shane menghabiskan ayat.

"Aku nak lamar Tina."

Lamunan aku terhenti.

Sekeping gambar terjatuh diatas lantai.

Aku menunduk, perlahan-lahan mencapai gambar tersebut.

Gambar sepasang kekasih tersenyum ceria. Aku ikut tersenyum memandang gambar bertarikh 5 April 2015 itu.

Aku menterbalikkan gambar, tertera sebaris tulisan

'NEVER and ALWAYS'

"Sayang, lima tahun saya tunggu awak kembali ke dalam dakapan saya."

"Lima tahun saya cuba cari awak. No answer. And suddenly you showed up infront of me. Ini ke namanya takdir?"

Aku menghela nafas berat.

"Tapi takdir tak pernah menyebelahi saya kan sayang. Saat sayang dah ada didepan mata, terlalu hampir untuk didakap..."

"Sayang semakin menjauh...You choose him, not me. Sekali lagi saya kehilangan awak, tapi kali ini benar-benar dihadapan mata saya."

" Saya tak mampu nak buat apa-apa sayang, dia abang saya... walaupun bukan abang kandung. Tapi saya hormat dia sebagai abang. Dia family saya sekarang."

"Saya tak tergamak nak rampas orang dia cinta hanya untuk saya gembirakan hati saya sendiri. Dan yang lebih sakit, kami mencintai orang yang sama."

"I'm sorry,sayang but I love you so much. Always...My love Christina Rose."

Aku menutup diari tersebut usai menulis perkataan terakhir.

********

Aku membuka pintu bilik. Terjengul wajah Christina memenuhi ruang mata aku.

Aku tersentak, dia juga nampak terkejut

Dia mengenakan dress berwarna kuning cair, berlengan pendek dan labuh skirt sehingga ke paras bawah lutut. Rambutnya dibiarkan lepas melepasi bahu.

Simple but gorgeous.

"Err...Alex tolong saya boleh?" Pinta Christina

"Yup, apa tu?"

"Tolong naikkan zip belakang ni boleh? Tangan saya tak sampai." Ucap Christina malu-malu.

"Owh, boleh-boleh. Pusing." Aku memusing tubuh Christina agar membelakangi aku.

Bahagian belakang Christina sedikit terdedah membuatkan aku menelan liur. Rambut belakang yang menutupi sebahagian kawasan zip,aku tolak perlahan ke sebelah kanan leher. Bau minyak wangi yang dipakai Christina semakin membuat aku tergoda.

Perlahan-lahan aku menarik zip tersebut ke atas.

"Awak tak pergi ke majlis tu?" Soal Christina tanpa memandang aku.

"Pergi, tapi lewat sikit. Ada hal." Balas aku pendek. Menahan debaran di jiwa.

"Okay dah." Aku memberi isyarat sudah selesai. Christina kembali menghadap kearah aku.

"Alright,thank you tau."

Aku senyum. Christina melangkah kearah biliknya semula, mengambil sepasang kasut bertumit tinggi. Kemudian bergerak kearah pintu rumah. Aku mengekori dari belakang. Menghantar.

"Shane dah sampai ke?" Soal aku.

"Dah, baru je." Dia menunduk menyarung kasut tumit tinggi tersebut. Kemudian kembali berdiri tegak.

"Okay Tak?" Soal Christina meminta pendapat.

Aku tergelak.

"Okay sangat dah tu. Confirm Shane Makin jatuh cinta."

'Aku pun.' Hanya mampu aku bisikkan didalam hati.

Merona merah pipi Christina bila aku puji.

"Yelah tu. Okay lah, dah lambat. Saya pergi dulu. Awak tu jangan datang masa majlis dah habis pula." Pesan Christina dan melangkah pergi.

Aku menghantar dengan pandangan...

"You look so gorgeous,Sayang. Malangnya bukan untuk saya."
Aku berkata perlahan.










#vote#komen#share
Sorry lama Tak update..baru ada masa🤗🤗😂😂😂

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now