"Makan perlahan lahan.. Tercekik nanti.." pesan anty mal. " Lyaa dh lambat ni ibu.. Lyaa ada interview hari ni.." kata Alyaa.
" kalau ye pun.. Jangan makan macam orang tak pernah makan.. Makan elok elok.." kata uncle wan. "ye lah baba.. Eh.. Lyaa pergi dulu ye..."
Alyaa menyalami kedua ibu bapa ya Dan menuju ke arah keretanya.
°
Sedang alyaa fokus membawa kereta.. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat siapa gerangan yang menelefonnya, Nasha. Alyaa tersenyum lebar. Segera dia menjawab panggilan tersebut." assalamualaikum sahabat.. Interview lagi 20 minit lagi nak start.. Kau kat mana..?" soal Nasha.
"Akuu dah sampai dah.. Aku kat parking bawah.." kata Alyaa.
"oh ok cun.. Aku tunggu kau kt pintu masuk.. Nanti naik floor 5 ambik jalan belah kanan lepas tu terus je.." kata Nasha.
" iye.. Kau dah bagi tahu semalam kan.. Apa ingat aku pelupa ke.." kata Alyaa.
" ye lah.. Jumpa kau kat sana.. Bye beb.. Muah" kata Nasha
Alyaa terus mematikan panggilan tersebut. Dia kini berada di pintu utama company AZ holding. Alyaa teringat kata2 ibunya. Jika melangkah mulakan dengan bismillah dan melangkah masuk dengan kaki kanan.
Alyaa mengikut nasihat ibu nya. Alyaa menuju ke kaunter utama. " assalamualaikum nama saya Alyaa redzuan.. Saya ada interview lebih kurang daripada 20 minit lagi.. Sy nak minta kebenaran untuk masuk" kata Alyaa dengan senyuman yang manis.
Wanita di depannya hanya memandang dengan senyuman tanpa berkata Apa2. Terpesona dengan kecantikan Dan kesopan Alyaa.
" umm.. Cik?"
" ouh maaf kan saya.. OK sebentar ya.. Saya hantar nama ke jabatan atas." kata wanita itu selepas tersedar dari lamunan.
Alyaa melihat ruang lobby AZ holding. Begitu besar dan megahnya. Dan di hiasi dengan chandelier yang mewah di tengah tengah ruang.
" cik.."
" Tak payah lah ber cik cik dengan saya panggil saya Lyaa je.." kata Alyaa sopan. " baik lah lyaa.. Kalau kat sini orang panggil akak, kak Mia.. Jom kak Mia bawa Lyaa.." terang kak Mia.
Alyaa mengangguk Dan mengikuti dari belakang. Sedang mereka menunggu lift. Tiba tiba kedengaran kak Mia memberi ucapan pagi kepada seseorang.
"selamat pagi Tuan Naz.." kata kak Mia dengan senyuman. Tetapi lelaki yang dikenali sebagai Tuan Naz tersebut hanya menganggukkan kepalanya tanpa berkata apa apa.
"dah alang alang Tuan Naz ada.. Akak hantar Lyaa sampai sini je.. Nanti Lyaa ikut Tuan Naz.. Akak pergi dulu ye.. Assalamualaikum.." minta kak Mia.
" baik kak waalaikumsalam.." kata Lyaa. Tuan Naz yang mendengar suara Alyaa mula Timbul satu perasaan. Perasan yang tak dapat di tafsirkan.
°°
Setibanya di lantai 5, Alyaa mengikut Tuan Naz dari belakang. Dari jauh kelihatan Nasha dengan mata yang terbeliak.
Sebaik sahaja Tuan Naz Melalui didepan Nasha, Nasha memberi salam. Nasha Segera mendapatkan Alyaa.
"woi.. Kau tau tak tu siapa?" soal Nasha . Alyaa membuat muka hairan. "tau.. Tuan Naz.." kata Alyaa. "ish kau ni.. Semua orang tau tu Tuan Naz.. Kalau kau nak tau tu lah bakal boss kau.. Dan kau akan jadi bakal PA dia.." kata Nasha.
" ouh.. So.. Kenapa cuak sangat kau ni.." kata Alyaa. " kau nak tau tak PA-PA dia sebelum ni lain dari kau.. Diorang semua seksi seksa.. Kalau nak di katakan kau ada lah wanita pertama yang bertudung dapat interview dekat sini.. " kata Nasha.
" sirius lah.. Aduh aku takut lah fat.. Buatnya dia reject aku macam mana? " Alyaa mula risau." lek je.. Aku tau dia akan pilih kau.. Comform.. Percaya lah cakap aku.. " kata Nasha.
" kau ni..macam mana kalau dia reject aku.. " kata aifaa lagi. " Tak akan punya.. Kau kan secretary top ten kat Malaysia ni.. Kalau kau nak tau boss aku Dato Mahmud.. Sanggup fight dengan company lain sebab nak dapat kan kau tau.." kata Nasha.
" Ada ada je lah.. eh.. dah lah aku nak pergi tunggu giliran.. See you after this" kata Lyaa. "Tak payah see you after this.. Aku ada nanti time kau tengah interview.." kata Nasha.
Alyaa hanya tertawa kecil.
°°°
"Alyaa Redzuan"
Alyaa Segera mengikuti wanita yang memanggilnya. Banyak kali Alyaa membaca ayat ayat suci.. Dan ayat penenang jiwa.
Lepas sahaja Alyaa masuk ke pejabat tersebut kelihatan 3 lelaki Dan seorang wanita iaitu Nasha Sedang berdiri di belakang seorang lelaki yang agak berumur. Mungkin itu Dato Mahmud boss kepada Fatimah.
"Sila duduk" arah lelaki tersebut. Selepas Alyaa duduk di kerusi tersebut Nasha mula memperkenalkan setiap seorang dari tiga lelaki di hadapannya.
" saya kenal kan.. Di sebelah saya ini ialah Dato Mahmud bin Haji Mustafa, PENGARAH AZ HOLDING . Yang Di tengah pula, Tuan Nazim Haikal Bin Dato Mahmud, CEO AZ HOLDING . Dan hujung itu pula Tuan Fakri Abdullah, MANAGER AZ HOLDING..
Minta dokumen dokumen yang perlu di bawa beri kepada Tuan Naz. "Alyaa segera bemberikan fail yang di bawanya kepada Tuan Naz dengan senyum.
Nazim yang melihat senyuman tersebut terhenti seketika. Cepat cepat Nazim membuang perasan tersebut.
Nazim melihat dokumen yang diberikan kepada ya. Terdapat 16 sijil kelayakan Dan anugerah tertinggi yang dimiliki oleh Alyaa. Serta dokumen peribadi.
"Alyaa Redzuan.. kelulusan digree, hight deploma, Dan PhD. Secretary Top ten in Malaysia.. Hmm nampaknya.. Saya tak perlu interview awak lebih lanjut.. Semua dokumen awak telah menjawab semua pertanyaan saya. Tahniah.. Awak di Terima berkeja di sini.." kata Tuan Naz dengan suara mendatar.
Mereka semua berdiri termasuklah Alyaa. Tuan Naz menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Tapi Alyaa hanya menganggukkan kepala ya sahaja. Tuan naz juga turut sama.
" awak akan masuk kerja esok sebelum pukul tujuh.. Mesti Datang tepat Pada masa ya.." kata Tuan Naz lagi.
" Terima kasih atas penerimaan saya dalam company AZ HOLDING.. Saya amat hargai.." kata Alyaa dengan lemah lembut.
"sama sama.. Kita besurai.." kata Dato Mahmud. Alyaa mengikuti Nasha dari belakang menuju ke arah pintu masuk.
" yeayyy.. Kan aku dah cakap.. Diorang mesti pick kau punya.. Small metter lah.. Kau kan tip top gitew.." kata Nasha
" kau ni itu namanya rezeki.. " kata Alyaa." lepas ni tak payah lah aku makan sorang sorang.. Aku dah ada kau yeayy" sorak Nasha.
"OK lah.. Aku balik dulu..see you tomorrow.." kata Alyaa Dan berlalu pergi.