02

48 2 0
                                    

Aara Qayla terjaga setelah telefon bimbitnya berbunyi berkali-kali. Dalam keadaan malas, dia menjawab panggilan itu.

"Hello..." Suara Aara Qayla terdengar perlahan kerana baru sahaja terjaga dari tidur.

"Hello, baby. Tidur lagi?" Kedengaran suara seorang lelaki menyapa manja.

"Mmm...Kenapa? Arini kan saya off. Lupa ke?" balas Aara Qayla. Matanya masih terasa berat. Rasa mengantuk masih belum hilang. Sesekali matanya terpejam semula.

"Breakfast, jom. Biy ambik kat rumah."

"Eh, tak payah la! Nanti mak bising pulak. Esok je la jumpa kat tempat kerja. Tak payah datang rumah, please..." Nada suara Aara Qayla kedengaran merayu.

"Hm... Kay!"

"Ala... Jangan la merajuk... Saya malas nak dengar mak bebel... Please..." Aara Qayla cuba memujuk teman lelakinya, Huzair.

"Okay. Sleep well. Bye. Love you."

"Okay, bye. Take care." Panggilan dimatikan. Aara Qayla kembali memeluk bantal peluknya. Dia lebih rela tidur daripada mendengar bebelan ibunya itu.

Pada jam 1.30 petang, kedengaran pintu bilik diketuk. Ketukan di pintu bilik itu kedengaran bertalu-talu. Kali ini, ketukan itu semakin kuat bunyinya.

Aara Qayla terjaga. Dia menggeliat membetulkan urat-urat badan.

"Aara Qayla..! Bangun!! Matahari dah tercacak atas kepala pun tak reti nak bangun lagi ke? Apa nak jadi dengan kau ni? Tu solat Subuh ke tidak tu? Bangun, solat Zohor," teriak Puan Jasmine yang masih lagi berdiri di luar pintu bilik Aara Qayla. Dia pasti anak daranya masih enak diulit mimpi.

"Aara Qayla..!"

"Ye, ye, Aara bangun la ni..," sahut Aara Qayla. Ketika itu, dia masih lagi bermalas-malasan di atas tilam yang empuk. Baginya, hari cuti ialah hari untuk dia berehat dan bermalas-malasan. Aara Qayla mendengus kasar dengan wajah masam mencuka. Dia bangkit dari tempat tidur lalu melangkah untuk membuka pintu.

"Baru bangun?" soal Puan Jasmine sambil menjegilkan mata.

"Mmm."

"Apa nak jadi dengan kau ni? Tengok Abang Thariq tu..."

"Tengok apa, mak?" Aara Qayla terus mencelah.

"Pagi-pagi dah bangun, solat Subuh, tolong mak masak kat dapur. Kau tu? Tidur, tidur, tidur! Macam ni nak nikah? Buat malu muka mak je!" Puan Jasmine mula membebel.

"Ada orang cakap nak nikah ke? Tak ada, kan?" soal Aara Qayla. Wajahnya mencuka. Muncungnya sedepa. Ekspresi wajahnya sudah cukup menggambarkan hatinya yang menggelodak panas.

"Ada je nak menjawab, kan? Tengok abang kau tu. Tak pernah menjawab. Mak pun tak ada benda la nak bebel pasal dia," balas Puan Jasmine. "Dah, g mandi. Lepastu solat Zohor. Bilik tu kemas elok-elok. Jangan tahu guna je tapi tak tahu kemas!" pesan Puan Jasmine.

"Hm, kay!" Aara Qayla memalingkan wajah ke arah lain, enggan menatap wajah ibunya.

"Tak payah nak alih muka tu. Masa mak ada je kau dapat tengok muka mak ni. Nanti dah tak ada, jangan menyesal sudah!" kata Puan Jasmine. Sengaja dia berkata begitu.

Aara Qayla terpana. Spontan air mukanya berubah. Dia berasa sungguh terkesan dengan kata-kata ibunya itu.

"Okay la. Aara nak mandi. Nanti Aara kemas bilik. Aara cuti arini."

"Jangan lupa solat Zohor," pesan Puan Jasmine sebelum berlalu pergi. Aara Qayla menutup pintu bilik lalu mengemas tempat tidurnya. Kemudian, dia membersihkan diri sebelum menunaikan solat.

Terlalu MemujaWhere stories live. Discover now