👶05👶

71 10 1
                                    


👶Pencuri!👶

Di pagi hari, sekolah mula dipenuhi pelajar. Kelas bakal bermula menyebabkan ramai yang mula berlari ke kelas. Beomgyu dan Taehyun yang baru sampai itu melangkah ke loker masing-masing sebelum berpisah. Taehyun yang hampir sampai ke kelas dihalang seseorang.

"Ye-yeonjun hyung, soobin hyung?"

"Kau! Sebab kau beomgyu buang kami! Kau memang nak cari pasal!"

"Yah, sunbae!"

Jeritan seorang gadis membuatkan yeonjun tidak jadi ingin memukul taehyun.

"Kau siapa nak halang aku!"

Marah yeonjun, gadis itu pula tidak tahu takut.

"Setahu saya sunbae ni baik dan tak suka membuli. Tapi hari ini sunbae dah rosakkan nama sendiri. Nak saya betitahu ma'am Lin?"

Yeonjun terus menarik soobin pergi dari situ. Dia tahu gadis itu rapat dengan pengetua di sekolah ini, jadi yeonjun tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Kang Taehyun, kelas 3-AA? Kelas sebelah, betulkan?"

"Nae, khamsamnimdah sebab tadi."

Gadis itu hanya memberi sebuah senyuman sebelum dia ingin mengatakan hal penting.

"Saya Park Jaenna, kelas 3-AB. Kawan Haneul."

"Haneul?"

"Sebenarnya saya nak jumpa Beomgyu sunbae, tapi jumpa awak pula."

"Ada apa ya?"

"Kelmarin saya beri nombor telefon Haneul kepada Beomgyu sunbae. Sunbae ada pesan bagitahu kalau Haneul tak simpan nombor dia."

"Jadi, Haneul tak simpan?"

"Betul! Disebabkan saya ni kawan baik haneul, dia cerita semua apa yang beomgyu sunbae buat."

"Jadi awak nak saya beritahu Beomgyu hyung yang Haneul tak simpan nombor dia?"

"Tepat sekali!"

"Nanti saya beritahu."

Taehyun memberi sebuah senyuman untuk meyakinkan Jaenna. Jaenna yang seorang yang jujur dan suka mencubit itu terus mencubit pipi Taehyun. Terkejut Taehyun dibuatnya.

"Awak ni comel + kacak + baik. Memang patut ramai peminat."

"Saya dah lambat masuk kelas. Saya pergi dulu, bye taehyun!"

"Bye..."

Taehyun terus melangkah pergi ke kelasnya selepas Jaenna tiada di depannya. Taehyun memegang pipinya yang di cubit itu, senyuman sudah terukir dibibir.

"Jaenna.... Park Jaenna..."

"Oh, Beomgyu hyung! Hantar pesanan aje lah."

👶

"Haneul, ada orang nak jumpa kau lepas sekolah."

Baby Beomgyu (바비 범규) -CBG- [ON-GOING]Where stories live. Discover now