8 ; Missing Again

363 65 4
                                    

" Jung Yerim. Wanita berumur 23 tahun. Bekerja sebagai guru di sebuah tadika telah hilang tanpa jejak. Rakannya mula menyedari kehilangannya apabila wanita itu tidak hadir ke tadika pada pagi semalam. Termasuk yang ini, sudah lima wanita hilang dan kesemuanya masih belum dijumpai– "

" Kau ni nak pergi mana malam-malam macam ni? " Soal Chaerin tegas. Matanya memandang ke arah Arin atas bawah.

" Err... Aku nak keluar dengan San sekejap. " Balas Arin takut-takut.

Chaerin mengeluh perlahan.

" Kau ni kan, aku perhati jer. Sejak kau couple dengan lelaki tu, kau asyik keluar malam. Tahu tak kebelakangan ni semakin ramai wanita seusia kita jadi sasaran? "

Arin mengetap bibirnya. Betul kata Chaerin. Sejak dia couple dengan San dua bulan lepas, dia memang kerap keluar malam.

" Tak apalah. Kan San ada dengan aku. Dia boleh jaga aku— "

" Cuba beritahu aku. Kau dengan San buat apa keluar malam-malam macam ni? Jangan kata kau orang buat benda tak senonoh– "

" Taklah! Kita orang tak buat benda macam tu. Dia baiklah, Chaerin. Please stop assume yang bukan-bukan. " Balas Arin pasrah. Chaerin memang suka bersangka buruk terhadap teman lelakinya.

" Aku... cuma risau dengan keselamatan kau, Arin. Naluri aku kuat mengatakan yang San tu... bukannya lelaki yang baik. "

Suara Chaerin mengendur. Dia tahu sebagai kawan baik, dia sepatutnya menyokong hubungan Arin dengan lelaki yang sudah lama diminatinya.

Tapi entah kenapa... seperti ada sesuatu yang tidak kena. Memang tidak dapat dinafikan yang San mempunyai perwatakan yang sangat baik. Tetapi Chaerin berasa ragu dengannya.

Dunia sekarang... mana boleh menilai buku dari luaran sahaja.

" Tak boleh ke kau sokong aku hanya untuk sekali? Dahlah. Aku malas nak perang mulut. Aku keluar dulu. Tolong jangan halang. "

Begitulah Arin. Keras kepalanya memang tidak boleh bawa bincang.










《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now