6 ; Weird

369 67 7
                                    

" M-Mworago...? "

" Saya sukakan awak, Choi Arin. Tujuan saya datang ke cafe' tu setiap hari isnin dan jumaat sebab saya nak tengok awak. Walaupun hanya daripada jarak yang jauh. "

San tersenyum. Kali ini sehingga matanya tertutup dan pipinya jelas menunjukkan lesung pipitnya yang dalam itu.

Arin memandang ke bawah. Ke arah jalan tar yang kasar itu. Begitu malu untuk menatap muka lelaki di hadapannya itu.

" Awak... tak terima ke? "

Arin terus mengangkat mukanya lalu menggeleng. Orang gila sahaja yang tidak terima lelaki sekacak itu!

" Tak! Bukan tu maksud saya. Cuma... semuanya berlaku terlalu cepat. Saya... perlukan masa untuk memikirkan tentangnya. Saya harap awak tak kisah. "

" Tak apa. Saya faham. Saya bagi awak masa sehari. Untuk memikirkan tentangnya. " San menggosok kepala Arin.

" Kita jumpa nanti, Choi Arin. "

- - - -

" Kau tak rasa pelik ke? "

Arin yang sedang meletakkan barang-barang basah di dalam peti itu memandang ke arah Chaerin.

" Apa yang pelik? "

" Yelah. Dia tu tiba-tiba je confess dekat kau. Mungkin bagi kau tak pelik. Maybe secara kebetulan kau orang suka sama suka kan? Tapi... entahlah. Aku rasa tak sedap hati tahu? "

Ujar Chaerin. Meluahkan rasa gusar yang bersarang di hatinya.

" Aku rasa yang part confess tu, dia main-main kot. Tapi sebenarnya San tu okaylah. Dia baik. Kau fikir negatif macam ni sebab kau tengok berita perempuan kena culik tu. Aku rasa better kau pergi tidur. Esok kita kerja. "

Chaerin menghela nafasnya.

Arin langsung tidak mengendahkan nasihatnya.










《C》KISS MARRY KILL | 최산Where stories live. Discover now