Bab 1 - Penjelajah Baru

696 23 1
                                    

    Nama aku Anis. Aku tinggal di Kelatan dan berumur 18tahun. Cerita aku bermula bila aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke kampus yang terletak di Terengganu.

    Aku bergerak dengan pantas ke dewan untuk pendaftaran bagi kemasukan tahun 1, dengan bermanis muka aku menyerahkan segala dokumen walaupun di dalam hati ini bermacam-macam perasaan telah kurasa. Sedang berdiri selesa di tepi dinding, seorang gadis bertudung labuh juga seperti aku menyambut aku dengan bersalaman.

    Dia mengenalkan dirinya "Nama saya Ummi, saya senior awak disini saya salah seorang housemate saya akan tunjukkan bilik awak" kata Ummi.

Kami pun menaiki tangga Blok C tingkat 3 dimana bilik saya berada, sambil berjalan Aina bercerita serba sedikit tentang Universiti ini,

"Di kampus awak kene berdikari dan bersiap sedia fizikal dan mental kerana hidup di kampus tidak sama seperti dia sekolah biasa jadual ketat kuliah setiap waktu", Aku mengangguk tanda paham.

Kami pun tiba, " Ini ker biliknya ummi?" tanya aku.

Ya kata ummi, aku pun segera membuka pintu dan meletakkan beg di atas katil. Ummi menolong ku menyarung sarung bantal dan tilam untuk kegunaan ku nanti.

Sesudah siap, "Haaa Anis, Cantikkan? Jom kita turun saya akan tunjukkan tempat-tempat menarik di sini".

  Sebenarnya aku ingin mandi dahulu tapi aku tidak mahu melukakan hati kawan baru ku ini. Kami pun turun ke bawah, Sedang asyik berjalan, dua orang perumpuan dari arah depan berjalan ke arah kami.

"Assalamualaikum aina, tiada kelas ker" kata seorang budak perumpuan.

"Waalaikumsalam, awak lupa ke? harini kan pendaftaran mahasiswa baru", Jawab Aina.

"Oh saya hampir terlupa, ini ker junior baru?". Dia bersalaman denganku.

"Hai nama saya Anis saya baru mendaftar sebagai mahasiswi dalam Universiti ini." Kataku

"Oh ye ke, Nama saya pula Nurin ini pula kawan Syakirah dia pemalu sikit orang nya hehe, eh saya nak pergi semula ke bilik sebab saya tertinggal barang" kata nurin

Kami pun beredar pergi, Aina dan aku terus mendapatkan jadual untuk aku. Setelah itu, kami pun mendaftar untuk kos yang aku pilih iaitu sains asasi aku harap pilihan aku ni betul kerana kos ni agak susah sikit berbanding kos-kos yang lain tapi tidak mengapalah yang penting aku perlu usaha lebih dan berserah kepada Allah S.W.T agar Ibu ku meredhai sebagai penjelajah baru yang ingin berjaya dalam hidupnya dunia dan akhirat kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha ibu, Allahurabbi.

Cinta KampusWhere stories live. Discover now