[ Fun fact ]
At taubah : 40
" jangan lah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah ada bersama kita"
" don't be sad, surely Allah is with us"
_____--_--_____
atuk aku perempuan, tak tahu lah kenapa kami kena panggil dia atuk walaupun dia perempuan. Kami sayang dia.
Atuk..
Daripada sepedas pedas ayat yang keluar dari bibir lemah mu..
Hingga selembut sabar yang baru sekarang aku dengar..Sudah berubah..
Entah kenapa.
Makin tenang..
Mungkin tak lama lagi..Aku sayang atuk ku.
Kuat menyuruh hahaha
Walaupun marah marah dalamnya ada nasihat.
Aku memang mudah terasa dahulu.
Hahaha
Sekarang tak sudah, aku makin kuat dan aku ingin makin sedar.Makin lembut kata katanya sekarang..
Pada ku..Ini rahsia,
Tempat meluah rasa kesusahan dan kegembiraan ayah aku sendiri,
Ialah atuk ku.
Segala rahsia ayah ku,
Atuk ku tahu.Iya, termasuk apa yang ibu ku tidak tahu,
Atuk ku tahu.Eh, kenapa aku nangis? Hahaha
Atuk ku..
" riz. Lutut aku ni asyikk sakiiiit je ni. Makan ubat tu, makan ubat ni, tak boleh jalan juga. Ni badanya gemuk sangatt" Comel atuk ku merengek pada ayah ku.
" sakit lututnya? Makan la oat. Makan je oat banyak banyak. Makan brokoli tu. Brokoli tu bagus untuk kesihatan. Minta la zai belikan."
Cara jawab ayah ku. Mesra.
" riz. Tolong urut belakang aku. Aku ada banyak angin nii. Nak sendawa pun susah. Haa belakang tu. Tolong urut kaki ni pulak "
Apa lagi, ayah aku urut la atuk aku. Hehe
Satu hari, aku juga akan urut ayah aku dan ibu aku. Kena belajar ni, hahaha belajar pada siapa? Nanti la fikir.
Tak dapat bayangkan.. Keluarga ku makin tua.. Aku rasa mahu menangis..
Pertamanya kerana, masa terlalu pantas,
Kedua, roda telah berpusing, waktunya bakal sampai.Aku sayang keluarga ku. Aku sayang atuk ku.
Haa!! Atuk ku jaguh berjalan jauh, hanya untuk menjual barangannya.
Ayah aku kecil kecil dahulu susah. Bagaimana agaknya memori ayah aku sewaktu kecil? Memori aku bosan.
Ialah, dulu bajak tanam sama sama,
Atas tanah besar.
Mandi sungai,
Cari kerja upah.
Seronoknya.Sepupu ku pula, ramai yang pernah bekerja di kedai kedai kecil.
Maaf, aku takut.. Tapi aku naaaak sangat sangat." kau memang tak pandai ye? Sapu sapu?" dengan senyum atuk ku berbicara. Sekarang lah.
Reaksi aku.. Kosong. Aku tak tahu nak jawab apa. Hahaha
Dulu.
" apa anak dara sapu macam ni. Bengkok kan badan. Baru boleh sapu kat bawah. Ha duduk macam tu. Sapu kasi bersih. Eh, kau buat apa ha kat rumah? Tak pernah tolong mak kau ke? Ini sapu pun tak pandai. Kalau aku boleh jalan ni, kejap je aku buat."Bapak panjang berleter. hahahahaga.
Aku tetap sayang atuk aku, aku tak kisah pun. Biasala perempuan berleter panjang hahaha. Tapi mak aku je tak.. Pastu turun kat aku..Itu je lah.
Kalau dia tak lama.
Ni lah kenangan aku dengan dia.12 sept. Sabtu.
YOU ARE READING
La Tahzan
Short Storycome closer my friends, let's get into my little adventure as the owl and the moon. a simple story describe me. not as good as others novel, but i already fall in love with this hideous owl character.